Pages

June 24, 2010

Happy Burfday Anakku...


Assalamualaikum sayang ayah...

Hurm... Awk ngah wat pe la agaknya tuh ek? Sedar x sedar.. Pejam celik, pejam celik, sayang ayah nih dah 3 tahun Nampaknya burfday awk tahun nih adalah yang paling memeritkan buat ayah. Tiada lagi suara anak ayah. Tiada lagi gelak tawa awk Ayah dah slow talk ngan mama nak amik awk tapi apakan daya, request ayah ditolak mentah²...

Oklah sayang, ayah xtau lagi nak buat camana bagi lepaskan rindu ayah kat awk. Ayah xbley nak call awk, xbley nak jumpa awk. Hanya boleh bertanya kabar awk melalui mama. Tu pun kena ikut mood dia. Kalau dia rasa nak angkat, dia angkat. Agak² kalau dia rasa xmau angkat, dia buat dek je la...


Sayang ayah,

Time² mcm nih ayah teringat moment² bersama² awk. Dulu ayah buatkan susu awk pepagi, tukar pampers awk pepag. Time awk tecik lagi, selang 30 minute awk bangun suh ayah buatkan susu. Sok g keja pepagi, ayah xpayah pakai spek mata dah sebab dah ada lingkaran hitam bawah mata. Heheheh... Tiap saat kat tempat keja, ayah rasa x sabar nak balik umah main² ngan awk.Mcm tuh jgak la kalau ayah ada terbaca berita. Bila ada berita² yang kurang menyenangkan diawal pagi, terus menerus ayah call bubu tanya pasal awk. Tapi sekarang, ayah xtau nak call sapa lagi dah....

Sayang Ayah...

Selalunya pepagi awk yang kejutkan ayah suh pegi keja. Setakat nih ader la 3 bijik handphone ayah awk rendam dlm air sbb bengkek ayah xbangun dek bunyik alarm handphone tuh... Kenangan yang paling ayah xbley lupakan bila awk dok ngajuk bunyik ayam kat telinga ayah "kookkk kok..kok... Ayaaahhh banguuun..." Hehehe... Kalau takat dok lanyak ayah suh bangun tuh, toksah cakap la kan. Mmg awk Champion bab² melanyak nih... Huhuhu.. Lepas je sesi² melanyak ayah, awk ajak ayah mandi togather²... uuu.. so sweet la u nih sayang... Hehehe...

Sayang Ayah..

Hurm... Sekarang nih anak ayah dah besar, mesti dah xpakai pampers lagi kan? Tapi awk kena ingat sayang, susu still kena minum tau. Kalau xnak minum susu, cemana nak kuat & sihat cam ayah? Kan sayang kata nak jadik mcm ayah? Sayang kena la kuat makan & minum. Ari tuh ayah datang amik awk, ayah sedey la sket sbb tengok badan awk susut. Hurm... Bila ayah tgok balik gambar² lama awk, bertambah² sedih la ayah. Awk jgn la buat ayah risau... Klu awk xmau makan, xmau minum susu, camana nak gagah perkasa? Kata nak jadik Ultraman? Awak masih baby tecik ayah. You still have to drink milk sayang.. Umur awk baru 3 tahun. Dah besar sok baru la minum coke ke, makan maggi ke, minum kopi ke.. But for now, milk is the most important diet for you.

Sayang Ayah..

Maafkan ayah sayang sebab xdapat bersama² awk time burfday awk kali nih. However, I have surprise for you... hope we can meet soon... I am looking forward to that.



p/s: I Heart U Syamsoul Farreal Dubeus...

June 20, 2010

Happy Father's Day Syam

Assalamualaikum..

Hari ni father's day terus teringat kat anak aku. Rindu kat dia sgt². Dah call dia bnk kali dh nak cakap ngan dia tapi call aku x berangkat. Hurmmm... tah la. Aku pun xtau nak cakap apa. Susah betul nak cakap ngan anak sdiri.

Mungkin ni adalah dugaan & cubaan yang Dia turunkan kat aku.

Aku jadik x paham kenapa dia betul² nak pisahkan aku dengan anak kandung aku sendiri.
Apa lah dosa aku & anak aku smpai dihukum sebegitu rupa.

Last week aku inform dia kata nak amek anak this week.

"Syam, amik anak bulan depan, bulan nih tak boleh sbb awk dah tipu saya. kata amik anak 2 hari, tapi amik seminggu. Patut hantar hari ahad, hantar hari isnin kat mahkamah plak tuh. Hak awk sebulan dua kali sabtu dan ahad 4 hari. Awk amik hari tuh sembilan hari, Jadi nak datang melawat boleh, setakat melawat. Amik tak boleh, T.q"

Berpinar kepala otak aku dapat msg mcm tuh. Aku tertanya² kat diri aku, kenapa jadik mcm nih skali? Sebab duit ke? Sebab dendam ke? Salah ke aku nk berjumpa ngan anak aku? Last month pun aku dah bgtau nk amik sminggu sbb adik aku kawen. Adik aku tuh jgak lah yang jaga anak aku time aku pergi keja masa dia x keja KPJ lagi. Hurmm. tup² dapat call dari beliau kata dah buat report polis sbb aku amik anak aku sminggu.. pergh...

Ya Allah Ya Tuhanku, knapa la susah betul aku nak berkompromi dgn manusia sebegini? Sampai bila benda² mcm ni nak berlarutan? Dalam kepala otak aku xde ingat benda lain, dah tentu² anak aku pasti menderita kalau perkara ni berlarutan sampai dia membesar kelak..

Sayang ayah,

Ayah harap awk x memberontak bila dah besar kelak. Maafkan ayah sayang. Ayah lakukan sehabis baik untuk jernihkan keadaan bak kata perpatah, kalau bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi. InsyAllah, ayah akan kuatkan semangat, I will try to be as cool as possible utk berdepan ngan masalah nih. Awk x bersalah sayang ayah. Maafkan ayah jika ayah selalu menagis sbb awk. Ayah janji ayah x nanges lagi...

Ayah tau awk rindukan ayah. I Miss U Too My Lurve. Miss u badly. Ayah hanya mampu tatap & bercakap ngn gambar awk saja..

p/s: Take care sayang, hari nih ayah call awk bnyk kali sempena fathers day. Last year awk ada disisi ayah. Ayah nk sgt dgar suara anak ayah ni. Nak tgok muka awk. Tapi apakan daya. Nak dgar suara awk pun seems so difficult. hp mamanye ringtone rosak kot. hurmm...
wallahualam..

June 17, 2010

Terima Kasih

Saudara syam yg dikasihi Allah S.W.T.
Hak awk adalah melawat iaitu pada sabtu dan ahad. itu adalah yg diperintahkan oleh mahkamah. Hak menjaga , mengasuh, membela diberikan kepada saya sesuai yg disyaratkan dlm undang2, dan diputuskan dlm mahkamah juga. Jika kurang berpuas hati sila rujuk pada lawyer yg telah awk lantik. saya bukan tidak pernah bertolak-ansur memberikan hari yg lebih utk awk bersama dengan anak bukan? Perkara ni terjadi, awk sndiri dah sedia maklum, mengapa tindakan tersebut diambil.
Jika ade sebarang kemusykilan, awk boleh ajukan permasalahan awk pada lawyer peribadi awk daripada meluahkan statement yg tiada kepastiannya.Thanks dan Assalammualaikum

Terima kasih Puan Fizzy yang dikasihi Allah swt diatas respon anda terhadap post saya yang lepas. Ini adalah bagi menjawab statement2 saudari.

Hak awk adalah melawat iaitu pada sabtu dan ahad. itu adalah yg diperintahkan oleh mahkamah. Hak menjaga , mengasuh, membela diberikan kepada saya sesuai yg disyaratkan dlm undang2, dan diputuskan dlm mahkamah juga.

Tidak saya nafikan memang hakim telah menyatakan hak saya untuk melawat anak dua kali sebulan iaitu pada hari Sabtu dan Ahad. Sesungguhnya saya menghadirkan diri pada hari hakim memberikan kenyataan tersebut. Akan tetapi Hakim juga ada menyatakan bahawa atas budi bicara dan keperimanusiaan bekas isteri sekiranya dia mahu memberikan lebih waktu dan masa untuk anak itu bersama dengan saya. Hakim juga ada menasihatkan bahawa saya boleh 'slow talk' dengan awak untuk dapatkan lebih waktu bersama dengan anak. Malangnya awak tidak hadir pada hari itu. Itu lah yang saya cuba lakukan selama ini tetapi saya tak faham kenapa setiap kali saya cuba nak 'slow talk' dengan awak, tiap kali itu juga kata-kata maki seperti "pergi mampus la dgn lawyer kau, bodoh & kau takda otak ke?" terpacul dari mulut awak.

Saya sedia maklum tentang hak menjaga, mengasuh & membela yang diserahkan pada awak. Alhamdulillah, saya pun tak nak anak membesar tidak kenal mamanya sendiri.

Jika kurang berpuas hati sila rujuk pada lawyer yg telah awk lantik. saya bukan tidak pernah bertolak-ansur memberikan hari yg lebih utk awk bersama dengan anak bukan? Perkara ni terjadi, awk sndiri dah sedia maklum, mengapa tindakan tersebut diambil.

Wahai Pn Fizzy yang dikasihi Allah swt, ketidakpuasan hati saya cuma terletak pada masa yang saya mahukan dengan anak saya. Saya hanya meminta seminggu diberikan bagi saya melepaskan rindu pada anak. Kita memang ada lawyer tetapi hidup kita akan selama-lamanya ditadbir oleh lawyer kita kah? Sampaikan kebahagiaan anak sendiri perlu diserahkan pada lawyer kah? Lawyer itu pun dibayar oleh kita bagi menguruskan kebajikan anak yang mempunyai dua family supaya masa yang diluangkan adil, itu sahaja.

Lawyer hanya membantu bila dua individu mengalami masalah komunikasi untuk bekerjasama. Saya bukan tak pernah mencuba berkomunikasi dengan awak bagi mendapat yang terbaik untuk anak. Akan tetapi saya sendiri tidak begitu faham mengapa ia begitu sukar.

Jika ade sebarang kemusykilan, awk boleh ajukan permasalahan awk pada lawyer peribadi awk daripada meluahkan statement yg tiada kepastiannya.

Kemusykilan saya bukan pada lawyer saya tapi lebih kepada awak. Saya musykil kenapa awak begitu melarang saya untuk berjumpa dengan anak saya. Saya tak faham niat awak. Sedangkan awak sendiri sedar anak juga merindukan saya dan mahu berjumpa dengan saya. Bukan tak pernah saya berada di KL dan cuba pelbagai cara untuk berjumpa dengan anak tapi apa jawapan yang saya dapat?

"Tak boleh"

Kemudian disusuli dengan pelbagai alasan apabila saya memberii pelbagai idea bagi memudahkan awak supaya dapat saya berjumpa dengan anak.Tiada masalah disebelah pihak saya dimana sahaja saya perlu mengambil anak asalkan saya dapat berjumpa dengan beliau. Itu lah sebabnya kenapa setiap kali apabila ingin mengambil anak, awak tak perlu lagi menge'pack' barang2 beliau kerana saya mengerti awak pasti penat.

Saya luahkan dalam blog kerana saya cuba untuk bercakap dengan awak tetapi gagal. Mungkin kerana hormon orang mengandung juga menjadi punca awak kerap marah-marah sampai keputusan yang diambil pun jadi tak rasional. Saya tak kisah semua tu. Bukan saya tak pernah ada pengalaman menjaga orang yang mengandung sebelum ni, jadi jangan risau saya faham keadaan awak. Awak cuma perlu selami hati awak dan berhenti dengar kata-kata orang disekeliling yang bukan sahaja mem'batu api'kan keadaan malah memburukkannya lagi dan yang kene tempias tidak lain tidak bukan, ANAK...

Saya sayang anak saya. Awak sendiri pun tahu macam mana saya sayang beliau. Awak ada masa 21 hari bersama dengan anak dan saya cuma minta 7 hari sahaja kerana tidak lepas rindu saya sekiranya masa yang diluangkan bersama anak hanya pada sabtu dan ahad. Itu pun bukan setiap minggu tetapi dua minggu sebulan. Segala tindakan awak, membuatkan saya lagi percaya bahawa awak cuba nak buat anak lupakan saya ni ayah dia. Saya mohon maaf sekiranya saya tersalah anggap tapi bantu saya untuk memahami awak supaya tiada lagi kesan2 negatif yang akan dilempiaskan pada anak.

Untuk renungan bersama


Ibu dan bapa telah bercerai masih bertanggungjawab dalam hal ini. Untuk itu, jengoklah mereka misalnya seminggu sekali dan telefonlah mereka dengan lebih kerap untuk bertanya khabar. Dengan cara ini, anak-anak tahu bahawa mereka masih disayangi dan ibu atau bapa itu bukannya pergi terus yang mana ini akan memberi kesan negatif kepada self-esteem anak-anak itu.

Bagi ibu atau bapa yang mendapat hak jagaan pula, jangan hasut anak-anak untuk membenci ibu atau bapa mereka. Itu masih ibu dan bapa mereka dan mereka perlu diajar untuk menyayangi dan menghormati ibu atau bapa mereka itu, bukan untuk membencinya. Jadi, ingatlah, jangan tanamkan rasa benci kerana ia juga boleh merosakkan pemikiran anak-anak. Adalah lebih baik untuk membantu anak-anak itu berhadapan dengan realiti baru.

June 16, 2010

Akukah Yang Bersalah?

Assalamulaikum..

Kenapa kau lakukan semua ni? Apa yang kau nak sebenarnya? Kau kata kau tak cuba pisahkan aku dengan anak aku tapi kenapa setiap kali aku nak amik anak, ada saja alasan yang kau berikan? Kau katakan kat semua orang, kau berpendidikan agama tinggi. Kau buruk²kan aku kata aku mcm²... Hello dear, cerminlah diri kau dulu sebelum kata kat orang lain...

Salahkah aku nak jaga/tengok/bermain dengan anak aku sendiri? Aku tak mintak lama. Cuma seminggu je dlm tempoh sebulan. Itu pun kau buat report police? Dia tu anak siapa? Bukan anak aku ke? Yang kau tak bagi sangat aku tengok & jaga dia kenapa? Aku betul² xpaham apa yang kau nak sebenarnya...

Kau katakan kita dah totally finish (thank God.. aku amat² bersyukur). Aku amat² berharap apa yang kau katakan itu datang dari hati kau bukan hanya kata² sahaja...

Kau kata aku tak matang? Apa kau matang ke? Adakah tindakan tak bagi aku melawat anak aku dan hanya bagi aku tengok & amik anak pada hari isnin itu satu tindakan yang matang? Tahukah kau bahawa aku bekerja dari hari isnin hingga jumaat? Tapi kenapa tiap kali aku nak amik anak, kau hanya bagi aku amik anak aku hanya pada hari tersebut? Itukah yang dikatakan tolenrasi, mature dan sgt² berpengetahuan agama yang mak bapak kau terapkan pada diri kau? Bila aku bagitau hari isnin aku berkerja kau kata "Kata sayangggg anak, berkorban la sikit.."
Memang aku sayang anak dan aku dah buktikan aku boleh amik dia hari isnin tapi kenapa kau kene buat mcm tu? Aku sanggup je travel dari Penang ke KL every week... Bila aku terangkan supaya tolong bertolenrasi sikit kau katakan "Its not my problem..."

Aku betul² tak paham apa yang kau nak sebenarnya... Kau dah punya family baru, dah bahagia seperti yang kau selalu canang²kan kat aku. Ketahuilah dear, aku sikit pun x amik pedulik tentang life kau tu. Tak perlula kau nak bagitau aku anything bout your new family. Aku xberminat.. Cuma mmg aku xpaham kalau kau dah bahagia seperti yang dikata, kenapa masih perlu lagi kau nak bermusuhan dengan aku?
Kenapa nak pisahkan aku dengan anak aku?
Apa salah anak aku tuh sampaikan kau nak pisahkan dia dengan ayah kandung dia sendiri?
Aku bersyukur kau dah happy... Sumpah demi Allah aku bersyukur...

Tapi ketahuilah der. Action speaks louder than words. Kau boleh katakan kat semua org, kau tu baik. Kau mmg pandai bercakap. Aku memang kagum dengan kepandaian kau bercakap tapi perbuatan kau menunjukkan tak apa yang kau cakap tu?

Dengan nama Allah, aku sikit pun xde masalah kalau kita boleh duduk semeja. Aku, kau & suami kau, sembang² dan bincang pasal kebaikan & kebajikan anak. Aku mengharapkan benda tu berlaku. Apa saja untuk kebaikan anak aku, aku sanggup lakukan. If one day, anak aku bersuara "Ayah, jom kita bercuti ramai² dgn mama?" and I will say "OK sayang.." kalau itu yang anak aku mahukan bagi memastikan dia happy dan tak rasa terasing...

Kau tahu tak, anak tu menderita apabila dia besar kelak? Dia lain dari yang lain. Jika kau terus menerus dengan pendirian kau mcm nih, sampai bila pun masalah ni xkan habis. Kau tak bolehlah nak memunya anak tu sorg. Dia jugak anak aku. Dia jugak berhak bermanja² dgn aku..

Deyy tambi, jgn lah sebab sifat kepala batu kau tu, anak akan terseksa. Kita dah tak ada apa² jadi jangan libatkan anak dgn pemasalahan kita ni.
Anak akan rasa bahagia jika dari sekarang kita terapkan pada dia bahawa dia punya kluarga yang besar. Ada dua mak, ada dua ayah. Tak guna kau nak memunya anak tuh sorg sebab sudah pasti aku AYAHnya....

June 14, 2010

How To Drive Your Wife Crazy

Disini ader beberapa contoh² cara untuk mengcounter attact serangan² mentaliti oleh isteri @ isteri²...

  • Start asking her questions (don't mistakenly do anything) about cooking, cleaning, and laundry. Say, "I think it's time I learn to take care of myself. You know, just in case."
  • Volunteer to cook for her. Make sure it's real greasy. Use every pot and pan in the house and be sure you spill and/or drop some of everything everywhere.
  • While brushing your teeth, flick the toothbrush first at the sink and then at the mirror.
  • Never ask her to get you something from the kitchen when she's in the kitchen. Let her spend a good 30 minutes in there and when she reaches the sofa with a sigh of relief say, "Will you PLEASE do me a big favor and get me a coffee, my back is just killing me today.
  • Be sure to load up all your pockets with tissues before you drop them in the clothes hamper.
  • Leave yourself a trail of clothing, towels, dishes, and everything else you put your hands on. This will ensure you never lose your way.
  • Wait until she's overwhelmed with work (Weekly Opportunity) lean in close and say, "Did you see how dusty the leaves on your house plants are?"
  • Put on a TV program and them pretend to keep falling asleep. Wake up each time she tries to change the channel and say, "Quit it, you know how much I looked forward to watching this. Don't be so selfish."
  • Wait until she is totally engrossed in a movie then tell her something is bugging you and you really need to talk about it. Be sure it's as stupid, boring, and long winded as you can make it.
  • Wait until she's finally lost a few pounds on that diet. Start having uncontrollable urges for her favorite sin foods. (Most effective between 8-10 PM) When she repeatedly declines, stick it in her face anyway and say, "Oh, stop it! A little ________ isn't going to hurt you." Continue until all weight is regained. Then ask, "Hey, you've been on that diet a long time now, how much have you lost?"
  • Keep calling her at work to find out what time she plans to get home and what she plans to make for dinner. Make sure your just not in the mood for whatever she's making.
  • When the opportunity arises be sure to cut the grass in your brand new white sneakers.
  • When you retrieve your clothes from the closet leave the hanger in place and pull on the clothing until the hanger is mangled enough to allow the article to slip off.
  • Tell her something for the first time and act shocked that she didn't know about it. Pout and exclaim, "And you have the nerve to say I never listen to YOU."
  • When you know she's grocery shopping, disappear! Come home just in time to watch her carry the last bag in. Grab the receipt and say, "I'll get the rest of it for you dear." Feign suprise when she says that's it. End with, "This is all you got for how much?"
  • On the odd occasion you actually clean up a disgusting mess you made, use the best towels in the house.
  • As your stomach grows just wear your pants lower and flop it over the waistband.
  • Than brag that unlike your wife, you still wear the same size you did when you got married.
  • Wait until the night before you go on vacation and say, "Hon, you know the underwear and socks you packed for me? Well the elastic is shot and I need new ones."
  • Always leave the shower head at just the right angle to hit her in the face with that jet of cold water when she turns it on.
  • When doing filthy jobs around the house be sure to wear your good clothes.
  • Harass her into telling people a story and proceed to interrupt every other sentence with , No that's not what..
  • Whenever something is ready to break make sure your wife is the next to use it. When it breaks, look at her and say, "What the hell did you do. I never had a problem with it."
  • Whenever the dog, cat, or the kids are being cute they're yours. When they need something, they're hers.

Selamat mencuba...renung²kan..dan selamat beramal..

June 08, 2010

Men's Logic


A man and his wife were in a court for their divorce case.

The Problem was who should get custody of the child.

The wife screamed and jumped up and said: "Your Honour. I brought The child into the world with all the pain and labor. The child Should d be in my custody.”

The judge turned to the husband and said: "What do you have to Say in your defence?"

The man sat for a while contemplating...then slowly rose. "Your Honor... If I put a dollar in a Pepsi Vending Machine and a Pepsi Comes out... Whose Pepsi is it... The machine's or mine?"

June 07, 2010

A.l.h.a.m.d.u.l.l.i.l.a.h

Sayang ayah...

Akhirnya ayah dapat jugak dapat cakap & ber"3G" ngan awk...

Sayang ayah..

Undang² dunia & manusia² sekeliling mungkin dapat memisahkan awk & ayah.. Maka bersabarlah sayang. Kuatkan hatimu, kentalkan semngatmu. Anak ayah ada semua tuh. Ayah percaya awk boley buat. Awk anak Syamsoulnezam, cucu othman salleh...

Insyallah, one day.. the truth will come out...

June 06, 2010

Sayang Ayah


Salam anak ayah,

Apa kabar awk agaknya ye? Semalam ayah mimpikan awk lagi... Dah lama sgt ayah xdpt bercakap dgn awk.. Rindu sgt² rasanya... Sekarang nih musim cuti sekolah, maka banyaklah undangan² perkahwenan yang ayah kena pegi tapi ayah malas nak pegi sbb kat sana nanti akan ada ramai budak² yang sama baya ngan kamu. Bila tgok dorg je ayah sebak.. Ayah rindukan awk sangat²... Maka ayah rasa, lebih baiklah ayah dok je rumah senyap²... kemas² umah dan buat apa² yang patut utk sibokkan diri ayah nih.


Sayang ayah...

Ayah ingat lagi time mama kamu ngandungkan kamu. Bila mama kamu cakap je dia pregnant, ayah rasa ayah lah orng yang paling happy dalam dunia nih. Ayah x bagi mama kamu wat kerja² umah & berat² takut anything happen kat awk yang dalam perut tuh... Tiap kali ayah balik kerja, ayah akan nyanyikan lagu "my baby you" kat awk.. Time tuh awk dlm perot lagi.. Ayah xsabar nak tunggu awk kluar tengok dunia nih... Ayah dah janji ngan diri ayah yang ayah akan jadik ayah yang baik buat awk... Kadang² terpikir gak ayah nak transfer awk masuk kedalam perot ayah, apa kan daya. Mmg mission tuh mission impossible.. :p


Sayang ayah..

Tanggal 23-06-2007, mama awk dah kata nak terbesalinT time tuh bubu & yayah turun dari kulim. Yayah amik cuti seminggu sbb sepatutnya awk dah lama dah kluar. Thats why yayah amik cuti awal. Semua org x sabar nak sambut awk kat dunia nih. Ayah tunggu kat hospital tuh dari pagi sampai la 24-06-2007 jam 0400 awk pun lahir ke dunia nih. Time mama kamu dalam labour room, ayah asyik dok merayu² kat nurse tuh nak masuk sbb nak tgok kelahiran awk. Tapi dah procedur hospital kerajaan. Ayah xbley nak masuk. Smpaikan nurse kat hospital tuh pun naik nyampah tgok muka ayah asyik dok merayu² kat dia. Siap nurse tuh perli ayah, "Org lain pun nak beranak jugak,tapi xdelah mengelabah cam awk" hahah.. Nak wat camana. Ayah terover xcited sbb awk my offspring. Syamsoul Jr. Bila awk lahir je, yayah amik lagi cuti seminggu... Yayah & bubu dok kat umah kita utk jaga awk & mama awk.. Bila awk lahir je, ayah terus msg smua org yang ada dlm handphone ayah nih... Ayah nak bgtau smua org yang ayah dah jadik sorg AYAH... kecoh kan ayah? :p


Sayang ayah...

Awak ingat x lagi time (11-08-2009) awak kena admitted kat KPJ Penang sbb demam panas. A nite b4 tuh, ayah dah rasa dah awk nak demam sbb awk mmg suka tido bwh ketiak ayah nih. Time ayah pegang dahi awk, rasa panas dah sangat².. Nde dah pesan kat ayah suh beli digital temperature utk sukat suhu badan awk... Time tuh awk sikit pun xnanges, merengek², awk masih active. Kuat sungguh anak ayah nih. Bila ayah check je tempurate bdn awk, 39.8 darjah celcius. Perghh... Mengelabahnya ayah Allah je yang tau. Cepat² ayah bawk awk p KPJ. Dah la time tuh musim H1N1. Husshhh... mintak simpang 44 malaikat... Ayah bgtau nde & mama kamu. Nde terus turun dari kl sbb nak jaga kamu... Selama 4 hari 3 malam ayah, nde, bubu, yayah & ibu jaga awk scara bergilir². Ayah xbley nak tdo langsung sbb bila awk tdo, ayah xbley tdo sbb risaukan awk. Every 5 minute ayah check ur breathing and of coz la bila awk jaga, ayah xbley nak tdo. Awk dok ajak ayah main². Bila nurse nak cucuk jarum masukkan air kat tangan awk, awk nanges teruk sgt. Time tuh ayah rasa nk terajang je nurse tuh. Tapi seb baik la dia buat tuh sume for your own good, Xjadik ayah nak boh penyepak.. yang paling ayah xbley tahan bila awk cabut jarum tuh, darah kuar bnk. Awk xnanges, ayah plak yang rasa nak pitam tgok darah awk. Terus nde suh nurse balut jarum kat tangan awk tuh dgn bandage...


Sayang ayah...

Time bulan puasa 2009, awk dah diambil... Dunia ayah tiba² jadik gelap. Time malam paling menyeksakan ayah Ayah tgok tepi kat ketiak ayah, awk xde. Ayah carik awk satu rumah. Ayah ingatkan awk dah bangun tdo tapi rupa²nya awk dah pergi tinggalkan kan ayah. Awk dah masuk asrama. Tiap² hari ayah call warden awk nak tgok muka awk wlupun ayah tau awk xbrapa pandai nak cakap lagi time tuh. Sungguh seksa ayah rasa. Ayah rasa kosong. Dunia nih dah xbermakna buat ayah. Gambar² awk pengubat rindu ayah. Tiada lagi gelak tawa awk. Tiada lagi tangisan awk. Bila ayh balik keja, awak xde nak smbut ayah... ari² ayah mandi sorg diri... Tdo sorg... Makan sorg.... Dari kecik ayah jaga awk. Bgn tgah² pagi, tukarkan pampers awk, buatkan awk susu, mandikan awk. Masak je ayah xreti. Klu ayah reti, ayah buat smua skali...


Sayang ayah..

Ayah doakan awk sihat² slalu Jjgan nakal². Sekarang nih ayah xtau mcmana nak jumpa awk, nak call & bercakap ngan awk. Ayah tau, awk pun rindukan ayah sebagaimana ayah rindukan awk tapi nak buat mcmana sayang. Awk xsama dgn org lain. U r special... so special to me... u r my evrything. Insyallah, ayah akan buat yang sehabis baik utk kita bersama lagi. Awk dgar cakap penjaga awk skrg nih tau. Jgn kuat melawan...


Sayang ayah,

Apa yang terjadik nih bukan salah awk. Bukan salah sesiapa pun. Dah ditakdirkan kita begini. Awk masih kecik untuk memahami semua ini. InsyaAllah, one day you'll know the truth & understand the situation. Jangan dengar cakap² org sayang. Dorg xtau apa² Hanya penambah & penyedap cerita. Insyallah, one day bila masanya tiba dan awk dah cukup matang utk tahu cerita disebalik perpisahan ini, ayah akan ceritakan kat awk...


p/s: i miss u badly Syamsoul Farreal Dubeus bin Syamsoulnezam....