Pages

September 29, 2010

My Dinner ~Bujang Style~




Dok tak dok, time² macam nih,dengan hujan....dengan kedai makan yang agak jauh...membuatkan perotku yang kiut lagi sexy nih mendendangkan lagu slow rawk..

Tanpa melengahkan masa,atas sebab kasihankan perotku yg sexy itu lebih meraung² manja mintak diisi,aku terus menerus mengorengkan ayam Goreng Ayamas + Hotdog Black Pepper jugak dari keluaran Ayamas...fuh... agak jenuh jugak la menunggu nak defrost kan ayam goreng sama hotdog tuh dari peti ais...

Akhirnya penantianku berbaloi,berbekalkan dapur + minyak masak dan kuali yang bernilai RM 15.90 yang dibeli di pasaraya Ah Yap,proses mengoreng ayam & hotdog nih berjaya dijayakan..

Untuk sesi membuat kuah ala bujang nih, saya mencampur adukkan Mayonis + Thick Mint Sauce + Motreal Chiken, hasilnya... WALLA♥

September 21, 2010

Kenduri Doa Selamat & Open House Desa Aman


Assalamua'laikum...

Alhamdullilah, akhirnya dapat jugak aku menjamu kawan² & sanak saudara dengan mengadakan Majlis Doa Selamat untuk house warming & open house sempena Hari Raya Aidilfitri. Ingatkan nak buat Aqiqah skali... Haish.. Sesungguhnya kita merancang, tuhan penentu segala. Skali budget xlepaih la pulok... Insyallah, ada rezeki lebey laju² aku buatkan Aqiqah utk Farreal.. Susah la sket sbb Farreal dok kat asrama. Bkn slalu boleh balik ke rumah dia nih... hurm...

Doa selamat start lebey kurang pukui 9pm. Lepaih solat Isya', para jemaah masjid laju² datang ke rumah utk mengadakan bacaan doa.. Imam dia muda lagi.. Masih dlm 30an rasanya...

Selesai bacaan doa, para hadirin dijamukan dengan bihun sup bersama ayam BBQ yang mempunyai dua perasa. Almaklumlah, 1st time buat kenduri & menjamu orang di rumah baru ni maka tak dinafikan banyak la kekurangnya. Terlambat membakar ayam BBQ contohnya maka agak kelam kabut la sket. Ayam yang ditunggu² lambat masak.. Haishh... Ampunkan saya para tetamu sekalian... Saya budak baru belajar..

Terima kasih jugak kepada Ibu, Ayah, Abah, Abby,Khairel,Yana & Ekin kerana banyak menolong kami (aku & azrul) menyediakan juadah untuk para tetamu..

Memang ramai tetamu yang hadir antaranya wakil dari UMES (hanya Abg Man Graphic sorang), kenalan² ex² student SMK Keladi (Ijam, Iwan, Syamsul Qamar, Ameq, Syed, Ijat.. Haishh.. Banyak sgt aku nak taip nih.. Lenguh..) Tapi xpa,aku serakan gambaq, senang sket... huhuh..

Tak dilupa En. Meor Azman bersama Isteri dan photograper yang disegani di utara tanah air, org kuat Kaki Lensa En. Alang Arjuna bersama Isteri pun ada sama... Tq brooo...

Aku, Azrul & Farreal ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada tetamu² yang hadir bagi memeriahkan majlis kami yang xseberapa ni. Di kesempatan ini juga kami ingin himpun sepuluh jari termasuk jari kaki sekali, memohon maaf diatas kesalahan & kekurangan yang ada pada majlis itu..

Wassalam...

p/s: we ♥ farreal

Penukaran Nama


Assalamu'alaikum...

Baru² nih ada teman² yang bertanyakan tentang nama anak aku dah nak ditukarkan... dari Syamsoul Farreal Dubeus ke Muhammad Rifqi?Ruski? hurmmm... something like that la...

I've been wondering, wut on earth janda aku buat huru hara mcm nih. Kesian la kat anak aku. Bila ngan aku, panggil dia, Farreal @ Ues @ My Love, tapi bila ngan mama dia bertukar plak jadi Ruskhi? Apa kejadahnya dia buat mcm tuh?

Ye.. bukan senang² nak tukar nama kat JPN... tapi kalau nama panggilan dah lain dari nama sebenar, x ke keliru anak tuh nanti?dengan penceraian & penukaran nama dia, mcmana la emosi dia bila dh besar nanti? Pastinya dia akan keliru dan memberontak disebabkan percanggahan² yang x sepatutnya bagi aku berlaku...

Aku x penah kisah dia nak buat apa tapi bab anak aku, boleh tak kau jangan usik? Deyyyy, aku bapak dia la... Aku jgak ada hak. Hidup dia dah complicated kenapa perlu kau complicatedkan lagi? Apa masalah kau?

Apa-apa pun niat baik kau still ada. Pahala tetap dapat walaupun sekadar niat. Alhamdulillah.

AKAN TETAPI..... yang menjadi tanda tanya aku sekarang ni ialah betul ke niat kau nak tukar nama anak atas alasan tersebut?

Ini kerana terlintas di benak otak ni yang nama husband kau mempunyai Muhammad di depan. Adakah???

Hujah pertama.

Hujah kedua - Sekiranya betik bagai dikata nak memperbetulkan kesilapan lepas (dgn menukar nama anak), kenapa tak ditukarkan nama kau sekali yang tak da makna tu jadikkan ada maksud? Bukan ke kita patut ubah diri sendiri dulu baru leh ubah orang lain? Kene tunjuk contoh baru orang leh ikut dengan rela hati. Bukan pakai suruh je orang buat baik walhal diri sendiri masih di takuk lama. Astaghfirullah..

Dalam nak mendidik anak especially, cara yang terbaik ialah dengan menunjukkan contoh baru anak ikut.

Nak anak jadi lemah lembut, kite kene lemah lembut tutur bahasa juga budi pekerti bukan sahaja dengan anak malah dengan orang lain sekali pun.

Nak anak jadi hormat pada kita, kita kene tunjuk hormat pada mak bapak kite sendiri.

Nak anak jujur dengan kita, kita tak leh tipu anak. Kene senantiasa jujur dengan dia.

Nak anak jadi seorang muslim yang baik, solat, puasa, obedient.. well there's no secret recipe to that.. Kita kene jadik muslim yang baik jugak..

In short, semuanya berbalik pada diri sendiri dulu. Bukan ubah orang lain kite terus dapat result dia.

Isunya cuma kecewa la dengan tindakan kau tu.

Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal. Walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

September 08, 2010

RAYA d.u.a.k.o.s.o.n.g.s.a.t.u.k.o.s.o.n.g




Assalamua'laikum...
Alhamdullilah, raya tahun nih menjadi begitu bermakna kerana dapat beraya bersama Taiko Tecikku itu. Dapatlah aku melepaskan rindu dendam yang telah lama bersemadi di sanubari nih walupun xlama. 10 hari je, rasa mcm 1 hari. Masa berlalu... tup tap.. tup.. tap.. dah nak kena masuk asrama balik... ='(

Disebabkan masa yang singkat itu jgaklah, ayah bawak je awk ke tempat keja ayah. Heheh.. awk jgak yang nak ikut... Time² sbelum cuti raya, xramai yang ada kat opis. Just u & me. Nasib la baik awk tuh suka menulis & melukis. Bagi pen & kertas, terus senyap.. hurm... Ayah simpan lagi ultraman yang awk conteng ABC tuh. Kagum ayah awk cepat tangkap apa yang ayah ajar...♥

Setiap kali lalu depan McD, mesti ayah teringatkan perbualan kita..

"Farreal, awk nak makan apa ari nih? McD ke?Pizza ke KFC?

dan yang mengejutkan ayah awk jawab..

"Kita tengoklah dulu nanti mcmana eh ayah?"

Haiyah... sayang.. awk baru je 3tahun 2 bulan tapi cara awk bercakap tuh kadang² mcm budak umur 7 tahun plak.. huhuhuh..

Puas jgak la hati dapat spend masa ngan awk. Boley dikatakan every single moment kita spend masa togather².. Cuma a day b4 awk nak masuk asrama, awk kata awk nak tdo ngan bubu & yayah. Last² awal² pagi bubu dah call ayah suh amik awk sebab awk nangeh sampai bengkak² mata nk kat ayah. Heheh... apa la hero ayah nih. Kan ayah slalu pesan budak lelaki mana boleh menangis slalu..


p/s: I Heart You Syamsoul Farreal Dubeus♥