Pages

February 17, 2011

Cer citer.. cer citer...

Haaa.. nak bercerita la aku ni pun.. adalah sorang hamba Allah tu, tah berapa kali la aku nak kene cakap benda yang sama tapi tak pernah khoottt nak faham. Agaknye dia ada la duk baca komen² pada salah satu status aku kat fb (refer kat bawah) yang telah menyentapkan dia.. Makanya, meh ler aku share ape yang dia tuju kat kami suami isteri neh. Terang lagi disuluh la dia duk tuju² kat aku dgn isteri keeennn.




Alhamdulillah... Syukur.. Mesti hadir perasaan puas dia tu... Aku syukur sebab dia mesti puas sangat dah tu..

Memang la dia duk DIAM sesaja sampai aku call nak sembang dengan anak aku pun direject²nye berkali².

Amboiihhh punya marah kat isteri aku tu sampai isteri aku cakap pasal anak pun dia nak'meroyan'. Isteri aku kesian dekat Farreal tu sebab nasib Farreal pun sama macam dia. Tambah dah jadi mak-tiri. Pelik betul aku haiiihhh dia buleh tak suke pulak isteri aku sayang anak mcm anak sendiri. Siap cakap isteri aku pulak penyebab perpisahan dia dengan aku. Haishhh... Aku tertanya² jugak siapa yang bawak kes ni ke mahkamah ye? Siapa yang meminta cerai ye? Siapa yang bawak kaum kerabat suh ceraikan dia ye? Isteri aku ke yang buat semua tu?

Benda yang dah lepas jugak yang dia nak bangkit²kan. Bukan dia dah kawin ada anak dan bahagia ke? Alhamdulillah... Itu yang aku dambakan. Syukur.. Menjadi persoalan betul kenapa pasal rumahtangga dulu jugak nak diungkit?Ayo..yo.yooo..lu mau bukak lu punya pekong di dada ka?mau saya terangkan secara detail kah?i dont think so la tanggachi...nanti sendiri yang tersipu malu kemaluan..*sambi tutup mata..

Masa aku tak kawen lagi, suh aku kawen cepat². Aku dah kawen, dah ada family pun tak puas hati lagi tu.. Nasihat suh isteri aku beranak cepat.. Ish ish ish.. itu kan kuasa Allah tu nak beri zuriat. Kita berusaha.. Aik?? perlu ke pulak aku nak update bagitau usaha² yang aku dengan isteri lakukan..? Tak munasabah betul.. What ever the fart it is pun, aku dapat anak dengan isteri aku sekalipun, Farreal tetap dibawah tanggungjawab aku keennnn... Aku still bapak dia keennn...

Uuuii kalu kutuk aku tu.. giler cam best je ek.. Tak kesah la. Ko ada pendapat ko kan.

Kenapa ye aku ambik anak sampai dua bulan hari tu? Tak susah pun aku nak recall sebab²nya.

1. Dulu masa ko kawen, sampai sebulan aku tak jumpa anak since ko kate nak bawak anak pi honeymoon sekali.. Bila aku tak setuju, ko kate nanti bila tibe masa aku kawen dengan Azrul ko akan bagi masa yang sama. Aku redha. Hari bahagia ko. Takkan anak takde pulak. Ade ke lepas daripada tu aku balas dendam ambik sampai sebulan macam ko buat? Still balik semula pada schedule biasa keennn? Ye la masa tu pun ayat², cara ko bercakap mmg baik tak ingat.. Pijak semut pun kire tak mati nih.. Bila tiba pulak time aku, ko nak bagi dua minggu je? Kan ko kata suh ambik dia 12Dec dan hantar semula 31Dec? Tak ke dua minggu je tu?Ish ish ish.. Sape laaa yang tak bertimbang rasa ni? 'Janji Manismu' bak kata lagu Aisyah yang femes amos tu.. Bila dah berjanji boleh senang² je lupe ek?

2. Aku ambik anak bawak balik aku senyap je ke? Aku tak bagitau ko ke? Aku tak cakap yang aku nak ambik dia sempena kenduri dengan masa ko dalam pantang? Aku bawak balik dia tanpa pengetahuan ko ke? Setiap kali aku bawak dia balik ke KEDAH (perjalanannye bukan 5-10 minit yee) aku mmg tak inform kah? Tiga kali yang aku ambik anak drag lelama tu sesaje je ke? (Kedah ngan KL ni dekat gamaknyee yeee...)
  • Ish ish ish.. Kan ke bawak jumpe ayah dan ibu yang dah berbulan lamanye tak jumpe cucu yang mereka duk jaga sejak dia lahir... If bawak jumpe hari ni, takkan esuk nak balik dah? Berapa jam je macam tu ayah dan ibu leh spend time dgn anak? Bertimbang rasa ke camtu?
  • Kan Abby kawen? Bukan dia ke yang duk tolong look after jugak anak tu sejak lahir?Abby tak cukup close dengan anak ke bila dia yang duk jadi babysitter??
  • Bukan aku akan kawin ke time nak ambik anak lama tu? Ko dalam pantang, sape nak tolong tengok makan pakai anak kalau bapak dia masih ada..?
Bagi tau aku, adakah aku 'menculik' anak sendiri namanye tu bila aku bagitau aku bawak dia pi mana dan ko sendiri sedia maklum anak itu berada dimana... keennnn?

3. Memang la aku boleh jumpa anak sebulan empat kali, tapi bukan hakim masa tu ada cakap, kalau aku nak spend masa dengan anak lebih daripada tu pun takpa ke? Bukan berdosa pun aku jumpe anak lebih dari dua hari.. Ikut budi bicara si ibu. Owh ye.. ko tak datang masa hearing tu... Mana ko tau hakim cakap macam mana. Aku je yang yang sanggup turun dari Kedah ni menghadirkan diri walhal ko duk bukan jauh pun.. keennnn..

4. Ko kan dalam pantang masa tu. Farreal sape yang jaga? Apalah salahnya ko adapt dulu dengan environment ko. Farreal bukan duduk dengan aku pun. Tiap² hari ko boleh jumpa dia.

So, sekarang ko dah balas dendam keeen? Ko langsung tak bagi aku ambik anak, even bersembang dengan anak. Setiap kali ko marah aku, ko ugut aku. Takkan bagi anak langsung kat aku lah.. paling senang ko buat, aku call nak cakap dengan anak, ko langsung tak bagi. Itu pun tak puas hati lagi tu. Sedangkan anak dengan ko tu still lagi ada perasaan tak puas hati.. Tang mana tu yang ko kate ko tak nafikan hak aku sebagai seorang ayah?

Ke sebab yang paling utama bagai dikata aku tak bagi nafkah tu? Setiap kali aku hantar anak, aku bagi tangan kosong ke? Baju aku tak bagi ke? Makanan dia aku tak bagi ke? Tu bukan nafkah dia ke? Ke ko nak duit?? Ko kate ko mampu? Kalau rasa tak mampu, bagi aku je jaga. Ni dah hampir dua bulan aku tak boleh jumpa dia, even cakap dengan dia, call aku pun ko tak pick up, aku nak bagi keperluan dia kat ko mcm mana? Sapa yang sombong sangat lepas tu lepaskan marah 'meroyan' tak tentu pasal sekarang ni agaknya?

Sudah² lah berhasad dengki... Benak hati tu nanti..
"Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya."
Buat si batu api (dah la tak kenai aku dengan isteri. Duk dengaq ceghita sebelah pihak. Tak pasai² dia pulak yang lebih sudu dari kuah) yang suka menghasut: Orang yang dengki itu mungkin akan mengumpat & menjadi batu api padahal ia menyangka ia telah berbuat baik, syaitan pula mengajukan alasan-alasan kepadanya untuk membenarkan perbuatan buruk tersebut supaya dia terus terjebak di dalam fitnah.

Meh sini nak habaq mai pasai hukum karma.. Gheti baca tak?

Hukum Karma Bukan Kepercayaan Islam

Hukum karma, tak ada satupun nash Al-Qur’an menyebut tentang hal ini, begitupun Hadits Shahih. Hukum ini tak dikenal dalam agama Islam, tapi merupakan kepercayaan agama lain yaitu Budha (karmaphala). Balasan atas perbuatan seseorang selama ia hidup di dunia, telah diatur sedemikian rupa menurut agama Islam. Terdapat proses dimana seseorang akan mendapat balasan atas perbuatan, baik maupun buruk, dilakukan oleh Sang Pengadil Tunggal (Maliki yaumiddien) di akhirat kelak, bukan di dunia. Jika terdapat dimana seseorang melakukan perbuatan baik atau buruk terhadap orang lain, dan kemudian ia memperoleh balasan yang sama seperti ia memperlakukan orang lain tersebut, maka itu hanya bersifat kebetulan.

nota di kaki: Angpa ada otak ada akai kalu, pandai² pikiaq.

Apa yang disentapkan: