Pages

March 20, 2020

Tranformasi Gobok Baju dari Dapur Gas

Minggu nih, aku bikin gobok dengan mengunakan 95% barang terpakai yang sebelum nih adalah besi dapur gas yang dah patah & reput, maka aku gunakan part part besi yang elok lagi untuk buat frame gobok nih..
Antara dugaan yang melanda ketika penyiapan project ialah kekangan masa bertukang, memandangkan workshop belum siap sepenuhnya, so, bila time hujan je takleh la nak bikin project nih, nak buat siang plak panas dia takleh nak dibawak bincang..Ditambah plak nak kena potong + welding + spray dengan trim balik besi yang dah terpakai nih, amik masa yang lama lagi la kalau nak dibandingkan kalau beli besi baru (potong & welding ja)
Kayu pine plak sengaja aku tak taruk cat clear sebab aku suka bau dari kayu pine nih, so kalau dah cat, hilanglah aroma kayu pine nih..Papan nih datang dari project sinki 5 tahun sudah, yang tak pernah guna pun, bila dah siap, tak tau nak buat apa dengan sinki tu, last last biar mereput je belakang rumah..
Konsep untuk project kali nih, adalah rusty and clean, so memang aku sengaja tak hilangkan signature "fragile" yang ada pada papan plywood tu..
Bagi menambahkan lagi kehenseman gobok nih, sebanyak 2 biji down light digunakan (downlight nih pun recycle, khekhekhe)
Secara keseluruhan, tempoh untuk siapkan gobok ni adalah 5 hari, andai kata kalau gunakan besi baru, tempoh yang dimungkin diambil hanyalah 2-3 hari sahaja.
Planning asalnya nak buatkan pintu sama dengan laci, tapi memandangkan barang tak cukup, aku biarkan je la open cam gini, sok kalau ada kayu lebih², aku buatkan la laci sama pintu dia.. buat sementara nih, pakai je la cam gini..hahah
Video keseluruhan project nih akan diupload sepenuhnya di


Memana kengkawan yang belum subscribe tu, dijemput untuk subscribe ye, jangan malu malu, abang tak makan orang..