Pages

September 18, 2012

Ber'motard' ke Lata Bukit Hijau


Sekali sekala nak bagi anak bini rasa keseronokan membonceng motor jalan jauh sket, selalu dok jenjalan kat area taman je, tapi bila dah ada kesempatan sempena cuti Hari Malaysia ni, aku mendecidekan diri bawak anak bini jalan jauh sket.. Tak jauh mana pun 45km dari rumah..


Tapi dah disebabkan ikut laluan kampung, perjalanan jadi lebih mencabar la,haha..bukan mencabar mana pun, mencabar dari segi nak elak kambing lembu dan ayam melintas..xbley nak speed all the time, abeh kuat pun boleh bawak dalam 70-80km/h, Bila memikirkan anak bini dan keselamatan depa kat belakang, bertambah tambah slow la aku bawak..lagipun dah nama bawak scrambler, more to fun ride dan bersantai..kalau nak laju, baik aku bwk je keta..haha..


Disebabkan ni planning last last minute, kami sampai ke lokasi kejadian dalam jam 6pm, pengunjung lain semua pakat blah dah sebab masa untuk bermandi manda kat Lata Bukit Hijau sampai jam 6pm sahaja..lepaih tu semua pengunjung disarankan pulang bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini belaku..yelah, mana ada orang mandi sungai memalam...ingat cerita "Jangan Pandang Belakang Congkak" ka pa?Lisa boleh la buat lagu tu, tu pun sebab ada payment, kalau xda, takdaq pasai dia nak berendam dlm sungai memalam..hehe


Dok relax relax dalam setengah jam lagu tu, kami pun blah..pusing dalam hutan seround, dan terus gerak balik..kalau sampai awai, boleh la jugak kasi Ian main main air, kalau Abang Farreal dia ada, lagiii la, silap hari bulan suruh aku bercamping kat dlm hutan tu, nak buek cmana, anak dua dua orang memang perenang negara, pantang jumpa ayaq, kompom nak ajak mandi..hehe


Sepanjang perjalanan, Ian ngelat, bantai tdoq..cmana dia boleh tdoq aku pun xpaham, bunyi ekjoz punya la hingaq, bley plak dia tdoq, tapi kalau kat rumah tu, bunyi aku kentut pun boleh terjaga..haha..mungkin sebab syiokkk kena angin kottt..anginnn bayuu, membawa diriku...*ttiba teringat lagu kumpulan KRU..



Next week kalau cuaca eloq, nak try bawak p waterfall Sedim plak..p awai sket, kasi Ian rendam rendam kaki dlm sungai..beliau pasti sangat seronok...mungkin jadi beronok ronokkkkk..
Hoyeahhhh..
posted from Bloggeroid

September 11, 2012

Two Faces

if you're going to be two-faced, at least make one of 'em pretty.
=D

Bukan nak menghina kejadian tuhan..tapi..perangai awak tu sama buruk dgn muka awak la...
Ermm...maaf kerana berterus terang..


posted from Bloggeroid

September 10, 2012

Barang Motocross / Motard For Sales

Lai...lai...laiii...
Ini barang baik..heyyy ini barang baik... Yaaaa...aku nak juai dah barang barang scram yang pernah bertahta di hati motor aku..pakai pun tak lama, dalam 4 bulan macam tu.. Barang barang baik ini terpaksa dijandakan oleh kerana motor aku mula meng"upgrade"kan dirinya..antara barang 2nd yang aku nak letgo ialah..
(sila lihat gambar)







Amcm? Eloq dak? Mesti la eloq bebeh, aku baru pakai sangat sangat.. Semua barang barang ni aku jaga bagai menatang minyak RON97 yang penuh..khekhejhe..

Selain itu, aku jgak ada nak menjuai barang baru, yang tak penah aku pakai..antara barang barangnya ialah:


Sharf cover RM25


BM Hon W Standard RM49.9


Alarm Siren with Mic RM79.90


Brembo Handle Grip RM25


Dasheng Alarm Siren RM45


Alloy stand a.k.a sharf cover..



Barang² lain motocross / motard nih boleh didapati di Soul D'sign Online atau boleh juga nak whatsapp beliau di Hi Abang Soul

P/s: mana mana buyer yg luaq dari kawasan Penang & Kedah, kos penghantaran lain charge ye..
posted from Bloggeroid

My Big Toy -KTN Supermotard-



Banyak lagi nak buat nih...adoiiii...part engine tak kacau lagi.. Tunggu abeh warranty, baru kacau sket part part engine..block, piston, caberator..signal,sidemirror..hahah.. Dah melalut lalut dah aku ni..


Kuuuuuu...jejakkkkk..jalannnn yangggg berrrrlikuuuu...
*buat suara jamal, nyanyi lagu ni..memang x kena laaaa..

posted from Bloggeroid

September 07, 2012

Monoshock KTN

Nak dijadikan cerita, boleh dikatakan hampir 7 bulan aku pakai motor ni, ni baru first time aku betoi betoi layan corner..tu pun sebab follow depa semua ride pi rumah open house Bob kat Island..lepaih abeh makan, terus depa kata nak round island, alang alang dah ada kat sini, aku pun join la..

Time masuk first corner tu, tgah dok sedap lentokkan badan, aku tetiba rasa mcm tayar belakang pecah, pidahhhhh..kata aku dlm ati, tapi setlah diteliti rupa rupanya, monoshock aku ni terlalu lembut, maka dengan itu tiap kali corner swing arm belakang pasti "berjoget zapin", tak pasai pasai aku pun terfollow sama, sehati berdansa la katakan..keesokkan harinya, lelaju p kedai Eman, p tinggikan dan keraskan monoshock, lepaih ni, klu layan corner lagi, bley turun abeh, biaq pipi cecah tar, punya pulunnnn..hehe..

Aku ni plak bukan jenih yg suka ekjos hingaq, maka jgnlah bertanya kepada saya kenapa silenser ekjos saya masih pakai..haha, sebab yang utama! Wa ada anak kecik beb, pepagi kalau nak p keja, start start motor, kompom kompom Ian pun start engine mulut dia sama, haha..wa family man.. Sebab musabab yang kedua ialah, kalau silenser dibukak, lampu signal kat ataih dia kompom hangittt..terpaksa nak adjust tempat baru supaya tak kena haba ekjoz..

Lagi satu masalah, bila mana pomen mangkaq sudah gantikan nut bermata philip kat cover ekjoz aku, bila kena panaih haba secara berlarutan selama 1 bulan, nut besi tersebut akan menjadi karat dan rapuh, dah menjadi satu hal plak aku nk membukak cover ni..demmn.. Tu pun aku terperasan bila semuanya sudah terlambat, planning nak pakai nut Posh, supaya tampak lebih kacak, tapi dikecewan oleh treate nut yang dah rabak..

Dab disebabkan kekecewaan itu, wa mengupgrade system hon girlfriend wa ni, hon yang sedia ada tak cukup kuat, bunyik ekjoz lagi kuat dari hon, maka dengan itu wa tukaq kepada BM Hon..kalau layan offroad tgah hutan, skali hon, boleh menangis babi sama berok kepekakan..kalau dah dibikin motard,skali hon kat lorry, lorry boleh berenti tepi ketakutan..punya hebatnya kuasa Ultraman hon ni..

Lagi satu masalah, bila wa tersalah beli hub cover, aku bley plak lupa hub KTN ni disambungkan trus ke arm..maka dengan itu kalau aku masih berdegil jgak nak pakai hub cover ni, sedikit modified perlu dijalankan, adoiii..buat sementara ni, wa xda masa lagi nak pikiaq pasai benda ni, wa rasa nak juai hub cover ni, sapa sapa yg berminat, sila bayaq kat saya dengan mas kawennya RM25 tunaiiii...tatak untung wooo..

Hat hub belakang, aku modified masuk stand BMX, nokhorommm, punya payah nak cari stand ni kat kedai basikal, dulu time aku skolah, punya la belambak lambak..bebudak sekarang ni dah xpandai men BMX dah ka?seperti biasa, bila barang pelik pelik ni nak letak kat girlfriend aku ni,maka terpaksa la dimodified sket..cun cun masuk..baru nampak mcm aku ni tera main street..hahaha..puihhh...

Besok ingat nak spray sket la part part kat motor tu..xrau la lawa ka dak, aku kalau bab spry mengespray ni masalah sket.hasil xberapa nk kemas..tapi disebabkan benda remeh punya pasai, aku redah jaaa..sok kalau senang senang, wa updated la apasai hasil dia...doa doakan la aku xbuat kelakar kat KTN wa ni sok...hehe.

posted from Bloggeroid

August 30, 2012

Paip Ekjoz KTN Motard


Bahana pi bawak motor pakai seluaq slack kerja... Padan dengan muka aku, bahang paip ekjoz tempias bedai seluaq aku yg boleh dikatakan spesis terancam..*ad 4 helai ja seluaq slack dlm almari..

Oleh yg demikian, kenalah cari kain penebat haba yg slalu keta turbo dok pakai tu balut kat batang ekjos aku ni..masalah dia sekarang, wa xjumpa lagi hat kaler yang wa nak..ada pon kaler putih sama coklat..pernah ternampak hari tu orang pakai kaler lain..mana tah nak cari..

Adoiyaiiii..

posted from Bloggeroid

Ride to Bob CB4's Raya Open House


Agak pelik bagi kawan kawan bila aku kata aku nak join open house umah Bob kat Prnang Island, ye la selama ni kalau depa dok ajak lepak atau meeting sebelah malam, memang la muka aku xkan nampak..
Depa dok ingat bini tak bagi keluaq rumah, kena jaga anak..haha.. Dajei toi..

The main reason awat aku jarang jarang lepak malam ialah, mata aku ni dah kekurangan sharpnessnya especially bila tiba malam, nak pakai spek all the time, memang tak reti, bukan takda spek, dah buat, dah siap dah pun, tapi xbley nak pakai, jadi rimaih..sampai sekarang, aku pun lupa mana tah aku letak spek mata aku tu..demm..

Bila dah ride malam, round island baru sedaq absober belakang aku tlalu lembut,bila layan corner baring, motor berjoget menari zapin..kesian sapa yang ride belakang aku sebab tiap kali corning ue, aku tekan brake ngan bawak slow..potong stim depa nk corner kasi helmet cecah tar..hehe..vila lepak punya lepak, dari ptg sampai malam, baru sedaq, jam dah jam 12am.. Sejukkkk wooo nak ride valik Padang Meha..kiri kanan hutan, bley kecut testis..

posted from Bloggeroid

Love the country, Proud to be Malaysian.



Baca Harakah bukan bermakna saya Pembangkang,
Baca Utusan bukan bermakna saya menyokong Kerajaan.
Rakyat yang bijak perlu tahun cerita kedua dua belah pihak.
Jangan jadi bodoh tak bertempat..ini negara saya, saya sayang negara saya.
Proud to be Malaysian.

posted from Bloggeroid

August 29, 2012

Kesukaran Meniduri Diri

Penyakit yang paling aku benci..susah nak tdoq..adoiii.. Dah dua hari berturut turut jadi lagu ni, bila nak masuk azan suboh, baru mata ni bley pejam..

Banyak benda yang dipikiaq..jadi lagu ni la..otak dah la capacity 1g,dok pikiaq pasai planning masa depan size dia 1t, mana tak overload..



posted from Bloggeroid

August 28, 2012

Ronda Rondi di Petang Hari

Aiyooo.. Asal petang jam 5pm keatas, beliau mula buat peel.. Slagi tak bawak naik motor, selagi tu la asyik merengek rengek.. Bosan agaknya asyik terperap dalam rumah sehari suntuk..

Lain plak peel Abang Farrral dia, suka lepak dalam rumah, sampai aku plak paksa keluar main basikal kat luar..keluarkan peluh.. Kalau ajak jenjalan kat shopping mall pun sama "Ayah, jom balik?"

Herannnn aku..
Tapi aku pun lebih kurang sama gak ngan Farreal, ske lepak rumah dari kluar berjalan..haha..tapi, Farhad ni nmpak cm panas punggung klu dok lelama dalam rumah, terkenan Ayah Ngah dia la ni..

Tapi kalau bab bab melaram, Farreal dah mula menampakkan ciri ciri Ayah Ngah dia, first thing dia buat bila bangun tidur, cuba tekaaaaa...
"Setting" rambuttt beb...make sure sentiasa terpacak,mencanak canak..haha..

Tu baru 2 orang anak laki.. Dah macam macam ragam.. Anak perempuan sok, camano la gayanya plak..hehe..

posted from Bloggeroid

August 24, 2012

Open House Aidilfitri 2012


Dua hari berturut turut rumah aku buat open house, alhamdullilah dapat la menjamu sahabat handai yang dah lama tak ketemu.. Seronok dapat berjumpa balik, macam macam cerita keluaq.especially bila bersembang balik zaman sekolah dulu..

Sedaq sedaq, dah 11 tahun dah aku tinggalkan alam sekolah menengah rupanya, tp hati ni dok budget baru 3-4 tahun baru abeh SPM.. Puiiihhh... Tak sedaq diri..anak dah dua, dok budget masih teenagers..hahah..

Tapi orang tua tua kata, lelaki ni, makin tua makin kacak..hahaha.. Sejauh mana kebenaran tu?try tanya kawan kawan sekolah hgpamtgok..betoi ka dak... *malas la nak masuk bakul angkat sendiri..hahaha

posted from Bloggeroid

August 22, 2012

Eid Fitri d.u.a.k.o.s.o.n.g.s.a.t.u.d.u.a

Alhamdullilah,dipanjangkan umoq untuk menyambut syawal pada tahun ini..dan juga bersyukur dapat berjumpa sahabat handai dan sanak saudara yang pulang bercuti senpena hari raya ni..

Tema baju syawal tahun ni ialah Black and White , macam lagu Micheal Jackson..awwww *sambil pegang testis (trademark MJ). Pada awalnya cadngan Puan Abby nak buat color Pink, dah tentu tentu aku bantah sekeras kerasnya memandang color kulit aku yang putih kemerah merahan ni amat tak matching dengan color pink seperti yang diusulkan beliau..

Bila dikaji semula, akhirnya color hitam dan putih menjadi pilihan,aku memang dah mengidam lama dah nak ada baju melayu kaler hitam ni, rasanya dari zaman sekolah lagi kot...bila aku cadangkan kat Ibu dan Ayah, depa pun setuju.. Chantekkkkk...

Dan lebih menchantekkan keadaan bila Abang Syamsoul Farreal Dubeus beraya dengan kami pada tahun ni..keliaaaa balik.. Sempat jugak dia sambut Ramadhan dengan kami sekeluarga..dapat perlepasan awai dari pihak asrama beliau..toche..toche *bahasa cina kawasan perdalam yang membawa maksud "thank you"

Sepatutnya tahun ni turn beraya rumah Puan Isteri, tapi sebab keluarga mertua pi beraya kat Kelantan, maka kami pun beraya kat Kulim ja pada hari raya pertama,masuk raya ke 2, kami p beraya kat Beruas,family sebelah Puan Isteri, bertambah syiok bila jalan jem, perjalan yang sepatutnya hanya 1jam setengah berlarutan hingga 4jam, terus shoot p Tesco Extra Seberang Jaya untuk membeli barang untuk acara open house keesokkan harinya..
Alhamdullilah, open house yang start jam 12pm dan habis lebih kurang 11pm berjalan lancar, percubaan pertama Puan Isteri untuk masak Laksa Johor mendapat pujian ramai..

Di kesempatan ini,saya ingin berterima kasih kepada sanak saudara, sahabat handai, kawan sekolah, kawan Uniten, kawan Utusan dan kepada semua yang hadir pada hari tu.. Seronok dapat berkumpul ramai ramai,letih tapi seronok.. Alhamdullilah..

posted from Bloggeroid

August 18, 2012

Sepet


Sapa cakap mata Ian sepet? Ni haaa..bukti soheh mata anak Ayah bolatttt..hahaha..

Alhamdullilah..hari ni genap dah usia King Fahd ni 4 bulan.. Yeeeehaaa..

If I didn't like you, I wouldn't love you. If I didn't love you, I wouldn't miss you, but I did, I do and I always will.


posted from Bloggeroid

August 11, 2012

Ketibaan Aidilfitri 2012


posted from Bloggeroid

August 08, 2012

KTN 2nd Services



Walaupun dah pakai notor hampir 7 bulan, milage baru ja cecah 3000 km, sebab motor jarang naik disebabkan ada di bengkel untuk proses pengubahsuaian..

Bila dah 2nd service ni, banyak benda nak kena claim warantty.. Speedo meter, rear break, ekzoz longgar..



Selagi ada warantty, selagi tu la lenjan abes2an..
Hoyeahhhh!

:-)


posted from Bloggeroid