Pages

September 20, 2011

Family Reunion BenYahya 2011


Seronok rasanya hati nih bila dapat berkumpul reramai..yang sanggup turun dari selatan tanahair, dari pantai timur semata-mata untuk memeriahkan majlis reunion BenYahya tahun 2011..



Nak plak dijadikan citer, puan isteriku plak ader ngajar hari tu, maka atas sebab yang tak dapat dielakkan tuh, kami suami isteri terpaksa la datang lambat ke lokasi kejadian... bila sampai-sampai je dah tgok acara senam erobik dan acara-acara sukan yang lain sedang giat dijalankan...*cisss... ayam den terlopeh... kataku didalam hati..


Walaupun tak ramai yang dapat join perhimpunan keluarga kali ini (hanya 17 family) yang datang tapi syukur ke hadrat ilahi. Berkat hasil kerja Abg Kecik, Abg Shahabudin and team, perhimpunan kali ini dijayakan dengan penuh gilang gemilang... Ketidak ramaian dan kehadiran ahli keluarga Syed Hamzah Benyahya ini mungkin kerana faktor tarikh di tengah-tengah bulan mengambang penuh disaluti plak time lepaih raya. Maka... *erkkk.. paham-paham je le... huhuhuh...


Alhamdullilah, setelah apa yang terjadi.. Maka, pengajaran yang dapat dilihat disini ialah jika mau bikin Family Reunion lagi, pemilihan lokasi kejadian haruslah dipilih at least 6 month dari tarikh kejadian bagi mengelakkan kejadian lokasi family day fully booked.. ngeh..ngeh..ngeh..


Hurmmm...mengikut servey secara rawak, rata-rata ramai yang bersetuju untuk mengadakan Family Reunion BenYahya ini di pusat-pusat peranginan. Selain dapat merapatkan silaturrahim, kita jugak dapat melancong bersama-sama family tersayang...
Maka dengan itu, saya dengan ini mencadangkan Family Reunion BenYahya bagi tahun 2013 diadaan di Pulau Perhentian, tak pun kat Pulau Pangkor..

Hehehehe...


p/s: Ayah & Nde harap Farreal dapat join family reunion kali tuh...

Raya d.u.a.k.o.s.o.n.g.s.a.t.u.s.a.t.u


Wah..wah..wahh buleeee...

Tup tap tup tap..dah nak abeh dah bulan syawal bagi tahun 2011 nih..sebelum cerita raya 2011 aku nih membasikan dirinya..maka moleklah aku memulakan catatan sket pasai Raya 2011 nih...


Alhamdullilah,tahun nih aku dah mulakan sesi beraya sebagai seorang suami... yeeehaaa... hehe.. tak macam tahun-tahun lepaih.. Aku beraya solo molo.. Ke"solo"an amat jelas terasa apabila anakanda Farreal dah balik ke asrama penuh beliau.
.

Tahun nih sambutan raya di'delay'kan sebanyak 6 hari memandangkan Farreal beraya kat sebelah Mama dia dulu.. Raya ke 6, laju-laju aku ngan Puan Bini pi jemput beliau kat nun jauh di Subang Kolompo tuh...semamangnya kedatangan kami untuk menjemput beliau amat dinanti-nanti.. Udah kata 31 hari tak jumpa.. Maka, dia punya gedik time jumpa aku tuh memang tak dapat dibendung lagi... hehehehe...


Walaubagaimanapun, tradisi Open House kat rumah aku nih masih giat dijalankan.. Pada raya yang ke-2, para sahabat handai dan sanak saudara datang beraya ke rumah sampai jam 1pg... wahh... syiok sungguh... Kawan-kawan masa time belajaq dulu kat sekolah menengah sama Uniten datang beraya kat umah aku nih yang jauh di pelusok dunia.. Tak lupa jugak kengkawan opis dari Kolompo nun... Sesungguhnya kami amat bebesar hati dan mengalu-ngalukan kedatangan kawan-kawan... TERIMA KASIH sebab sudi datang dari jauh untuk beraya kat rumah aku nih... Raya ke-3 pun sama jgak.. kawan-kawan still datang beraya... ALHAMDULLILAH...


Dikesempatan ini jugak ,aku & family ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mr. Nizam & Family, Puan Nadia Harnisa & Suami, Mr. Azizi & Isteri, Mr. Shah Indra & Family, Mr. Khairi & Family,Mr. Zyrul & Family, Mr. Syed Ariff & Family, Mr. Lan & Mrs. Eva, Mr. Amet, Mr. Syafix, Mr. Zahid & Family, Mr. Sayuti & Family, Mr.Suhairi & Mrs. Idayu, Mrs. Shamihah & Family,Miss Nadia Ismail,Mr. Zulhilmi Ahmad, Mr. Ijad & Mr. Pidot, Mr. Zamri, Mr. Azizie Ramli... wahhh... Time-time lagu nih la otak aku jem... tak hingat. Ramai tetamu yang hadir.. haha.. Dan semua tetamu-tetamu yang lain... serta sanak saudara...


Walaupun Farreal balik beraya kat Desa Aman ni raya yang ke 6, tetapi duit raya pun dapat jugak... Ini menunjukkan kawan-kawan ayah still ingat kat awak.. Walaupun awak takde kat sisi ayah... Walaupun tuan empunya badan takda kat sini... opsss... Dun worry. Duit raya awak dah selamat ayah transfer ke bank awak... psstt.. pssstt... Agak-agak klu ayah terdesak, nak pinjam sat duit raya awak tuh buley? ngeh...ngeh...ngeh...



Dikesempatan ni, aku dan Family ingin menyusun sepuloh jari kami yang gebu-gebu lagi montok ini memohon kemaafan seandainya aku dan family aku da menguriskan hati, menyentapkan paru-paru, menghiriskan jantung para sahabat dan sanak saudara serta saudari sekalian. Ampunkan kami.. Sesungguhnya kekadang didalam keseronokan kita bergurau senda, secara sedar tak sedar, kami ada menguris hati... Maafkan segala kekhilafan diri ini..

p/s: TERIMA KASIH...

September 19, 2011

Terjahan Baloq


Nak updated blog...sembang pasai Raya 2011 & Family Reunion..tapi mcm malaih...erkkk..bukan macam lagi nih, ni dah betoi2 malaih...heheheh..

Maka, layan la bola...Man U vs Chelshittt..mwaghahahah...

Glory-glory Man Unitedddddd....

p/s: Rindu nak p stadium tengok bola ngan anak ayah lagi...
"MALAYSIA...MALAYSIA..."

September 14, 2011

Etika Bertalipon


Antara sedar tak sedar,kebanyakan kita tidak mempunyai etika yang betoi ketika ingin menghubungi orang lain, tak kisah la siapa pun yang kita nak talipon tuh, aweq kita ka, balak kita ka, mak kita ka,client kita ka, mahupun skandal geli-geli kita ka..*erkkk...

Most of us, kalau nak talipon tuh, slagi orang yang dihubungi tu tak angkat phone, slagi tu la dok call-call...sampai nak pecah speaker henpon chaplang aku...PERNAHKAH anda terpikiaq kalau call tak berangkat tu, aku tengah mandi ka, semayang ka, bersenggama ka,tengah meeting ka, tengah on call ngan orang lain ka..pendek kata, i'm not be able to answer your call at that moment...*perghhh...speaking omputeh..gilaaa kentang...

Andai kata la tujuan nak menalipon aku nih atas sebab-sebab yang maha penting...apalah salahnya kalau panggilan yang ke dua tuh yang tak berangkat anda boleh tinggalkan "PESANAN SUARA" atau dalam bahasa mat salehnya, "VOICE MAIL".. Selaku manusia yang normal, aku pasti akan call balik...secaplang-chaplang henpon aku pun, pasti akan tertera number insan yang dok miscall aku tuh..melainkanlah henpon chaplang aku nih screen dia dah jahanam akibat aku baling kat anjiing yang slalu dok main kejar-kejar dengan aku dikala aku berjogging petang-petang...


Bersama-sama ini, aku sertakan sekali etika yang berhemah untuk kawan-kawan dan sanak saudara malah pembaca semua untuk kita sama-sama berganding bahu mempraktikkan cara yang amat mudah untuk membuat panggilan telepon..

  • Limitkan miscall anda sebanyak 3 (tiga) kali secara berturut-turut...dimana kali ke 3 tu, tinggalkan la pesanan suara..pesanan suara tuh plak, sila detailkan diri anda bagi memudahkan aku menghubungi anda balik andai kata anda membuat panggilan dari telepon public mahupun opis...contohnya "Salam Syam..tolong call I balik, Maya Karin dari MIG Production" nak lagi chantek, sila sertakan sekali no phone, tak payah la aku mengagau-gagau cari no phone anda kat yellow pages.. Elakkan bagi voice mail hat macam nih " Salam Syam..nanti call aku balik wei...?!" Haaaa...hat nih memang saja nak cari mampuih..kalau tiap kali aku dapat voice mail tu terpampang skali gambaq muka anda , takpa jugak..lain la kalau anda tu mak saya ka, ayah saya ka, bini saya ka, takpa la jugak, sebab suara-suara nh memang aku dah lali sangat,sebab selalu dok dodoikan aku sebelum aku tidoq...
  • Andai kata tips kat ataih nih masih tak jalan, sila rehatkan jari-jemari anda yang gebu-gebu tu untuk 15-30 minute, baru call balik...
  • Kalau masih tiada panggilan balik dari saya selepaih itu, sila SMS direct kat saya...tau la saya call balik lepaih tuh...
  • Dah kata malang pun tak berbau, lepaih dok buat & follow tips-tips dan etika menalipon nih, tetapi saya masih gagal dihubungi, ini mungkin bermaksud henpon aku dok ah kat mana-mana,tak pun tinggai kat umah...tinggai dalam keta takpun sudah kena rembat ngan mat gian...
  • Elakkan diri anda menalipon kawan-kawan anda pada jam-jam yang tak munasabah sekiranya tiada agenda yang penting untuk dibincangkan, seolah-olah besok tiada lagi bagimu..contoh perbualan yang dapat dilihat disini ialah "Salam Senah, sorry la kacau hang jam 3am nih...aku nak tanya, besok jadik ke kita pakai baju kaler maroon?" takpun anda call kawan anda jam 3am, pastu tanya soalan gampang " Wei Leha, hang dah tidoq ka?" dah hang call tgah-tengah malam...takkan tengah cat pagaq rumah kot?
  • Elakkan diri anda dari meroyan-royan tak tentu pasai seandainya orang yang anda ingin hubungi gagal dihubungi dengan cara memaki hamun di fesbuk atau meluahkan kebebaian a.k.a kekecewaan anda.. Dengan cara ini kekkurangan kecerdikan anda dapat dilihat oleh orang lain..selalu-selalu berpikiran positive sket...ingat sama, orang lain pun ada life lain jugak..lain la, memang kawan anda tuh dok gantng henpon dia kat lehiaq wlupun tgh semayang...makan...bersukan dan sebagainya..

Dari side pemanggil yang tak dapat dihubungi tuh, bila orang dah call dan nampak ada miscall tuh, rajin-rajinlah call balik kawan tuh, abeh caplang pun, bg la msg, tanya dia nak apa...aku pun selalu gak berdepan dgn manusia-manusia hat mcm nih, tak reti bagi feed back balik..lebih-lebih lagi kalau aku call tuh nak collect hutang...sebelum nak berhutang tuh, dia punya call..boleh cayaq speaker henpon aku nih dengan ayat-ayat dia..klu berdepan dengan orang macam nih,buang masa ja nak call-call...pi jumpa terus..tak bley lari mana dah... dah nama pun dok Malaysia...pusing-pusing, nampak muka dia jugak...

Lagi satu tips kepada pemanggil yang tak dapat dihubungi tuh, rajin-rajin la check henpon anda sebelum tdoq..check msg-msg yang tak reply & yang perlu direply..dalam kesibukan harian,kadang-kadang time-time sibok tuh, kita lupa orang dok hantaq message @ voice mail kat kita...maka, sebelum tdok tu biasa-biasakan diri check smuanya...baru la bley tdoq ngan lena...


p/s: Dah besaq sket nanti, Ayah bagi awak henpon satu eh Farreal...bley la kita men-men msg memalam..Ayah pun bley la call awak slalu...ngeeee....

September 13, 2011

Aduh... sikit punya hal lah...


Hemoh..hemoh..hemoh..
Baru mintak tolong angkat brg anak kat bawah rumah.. dah bebai²..
Saya tak mintak pun awak jemput saya masuk minum² ka, makan² ka kat rumah awak, mai beraya dulu ka kat umah awk, lepak dulu ka time hantaq tu, paksa awk belanja saya makan ka.. haishhh.. tak mintak pun.. tak perlu la nak bebai². Tak luak sesen pun pun duit awk.. Yang nak marah² pasaipa? Marah sebab hantaq malam?
Tak remaja la mcm ni beb. Klu p Beronggeng Rokeah Nonggeng, balik jam 2am-4am takde hal pun.. Ni turun bawah sat pun dah mencuka... Saya hantaq sblm jam 12am.. pun nak hangiiinnnnn?

Molek bebenor la pe'el terpuji deme tu... naissss...
Tu belum suruh amik kat Kulim lagi tu.. Kalau terpaksa pi amik & hantaq sendiri KL ---> Kulim tu camana la gamaknya ye? hurmmm...
Saya sangat goyang la awak marah².. saya sangat takutttt.. *sambil menari² ketakutan..

Jgn la marah beb... cuba senyum sket.. bukankah senyum tu satu sedekah...?

Awak kira awak punya biadap je ye?
Biadap orang lain tak mau kira...?

Bukan kah mak bapak kita dah ajar suruh kita beradap...?
Jgn la berkira sgt beb.. tak jatuh miskin pun klu kita ni berbudi bahasa..
p/s: Farreal, remember this.. BUDI BAHASA BUDAYA KITA.. buat BAIK BERPADA-PADA, buat jahat JANGAN SEKALI.. we always ♡ you..

September 07, 2011

Mahkamah Dunia


Dear Farreal,

Alhamdullilah...raya tahun nih, kita dapat bersama lagi kan Farreal? Setelah 31 hari tidak ketemu,cuma bercakap melalui phone saja, akhirnya Ayah dapat jugak amik awak selama seminggu...rasa mcm kejap sangat je kita spend masa seminggu,pejam celik-pejam celik, dah nak hari Khamis...aduh...cepat tul masa berjalan...

Dear Farreal,
Ayah happy sangat tengok awk happy tidur bilik awak, cuma sebelum tidur awak akan suruh Ayah tidurkan,last time awak boleh je tidur sorang sorang,tapi kali nih tak bley plak, asyik nak tidur kat ketiak keramat ayah nih...hehehe..nikmat sangat kottt...?


Dear Farreal,
Ayah masih lagi tak boleh lupakn pertanyaan maut awak semalam,ayah terkedu,tergamam lantas tersentap dengan pertanyaan awak tuh...sedang awak main-main kat atas, ayah yang dok mengedit gambar Raya kat bawah nih diajukan soalan maut...buat pertaa kalinya, Ayah takde jawapan untuk persoalan awk nih..

"Ayah...kenapa Ayah 'selalu' tinggalkan Ues? Ues nak ikut Ayah..kenapa Ayah pergi biarkan Ues sorang-sorang?"

Berkali-kali awak tanyakan Ayah soalan tu,dimana semasa dipertengahan ayat tuh, awak tiba-tiba menangis...

Hati Ayah nih tiba-tiba jadi panas + bahang..bukan sebab marah, tapi sebab hiba + sedih + sentap anak Ayah ajukn soalan yang dmana jawapan dia Ayah tak tau nak cakap apa...takkan Ayah nak cakap..

"Ok...ok...Ayah takkan tingglkn awak lagi, Ayah akan selalu disamping awak...Ayah takkan tinggalkan anak ayah nih...Ayah janji.."


Ayah taknak tabur janji-janji palsu, Ayah taknak berbohong kat awak, hakikatnya Ayah tak berkemampuan nak berada disamping awak sepanjang masa...Ayah hanya boleh melawat awak sebulan dua kali sahaja..mengikut perintah MAHKAMAH DUNIA.. Lebih dari itu atas belas ehsan Mama..kalau Ayah berkeras amik awak lebih dari tu, possibility Ayah tak dapat jumpa langsung dengan awak sangat tinggi..Ayah tak sanggup amik risiko tuh..kalau bab lain memang Ayah risk taker..kita kena belajar bersyukur...walaupun sebulan cuma dua kali kita dapat berjumpa + spend masa togather-gather...

Dear Farreal,
Ayah ngan Nde akan slalu doakan awak dapat yang terbaik untuk diri awak...

p/s: Bulan November nih, awak cuti sekolah kan?nanti Ayah amik awak untuk medical check-up,bley awak bersunat sekali...wahhhhh...anak Ayah dah bujang seyyyyy...
=)