Pages

December 25, 2011

Wish You, Good Nite Jr.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Ahhhh..sudah..pe'el lama dia dah jadi balikkkk..datang bulan gamaknya..emosi tak stabil..

Gud Nite Syamsoul Farreal Dubeus.. Jangan lupa baca doa tdo,basuh kaki + gosok gigi..

P/s: Ayah & Nde,saaaaaayang Uessss... :)

December 22, 2011

Oh Kome,Sekolah Udah Bermula..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Macam tak percaya,next year Farreal dah start sekolah tadika,hehehe..kejap je rasanya. Dah 5 tahun anak ayah ni..

.انشـــــاء الله..
Kalau xde aral melintang,umur Ayah & Nde panjang, we'll be there on your 1st day awak masuk skolah..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..
Mama,kasi amik awak seminggu sebelum awak start skolah.Maka, boleh la kita beli barang² belajaq awak..kasut + beg + baju + alat tulis + stokin + spender + buku² + kaler maler dan apa² yang patut la kan..

Seperti biasa, ayah plak yg excited terlebih..hehehe..rasanya awak xde masalah kot nk kenal ABC, nak menulis pun xde masalah, berbekalkan pen ngn dinding umah (padahal,buku utk awk menulis & melukis dah belambak² ayah beli,dinding jugak sasaran awk) kita ni,hasil seni awak melukis & menulis telah dibuktikan..Nde pun dah ajaq kan ABC & 123 kat awak kan sebelum ni..Ayah tgok cepat je awak catch up apa yg Nde ajaq..bley la ganti Adi Putra anak ayah ni..huhuhu


Ayah & Nde,doakan suatu hari nanti awak jadi orang yg berguna kepada bangsa & negara..belajaq tu rerajin.. Klu ikut kepala otak Ayah,nak je ayah hantar awak kat sekolah cina,kasi awak tau berbahasa cina..kira nanti,awak boleh bercomunicate 3 bahasa la, Malay + English + Mandarin = Powerrrrr..
.انشـــــاء الله..

Tapi klu sekolah kat jenis kebangsaan cina tu,awak kena work extra harder la than bebudak lain, ptg hantaq plak skolah agama, biaq seimbang duniawi ngan akhirat..


Apa² pun,kami doakan yang terbaik utk masa depan awak..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...

P/s: All the best Syamsoul's Junior..

December 21, 2011

Anniversary

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

اَلْحَمْدُلِلّهِ

Syukur ke hadrat ilahi,tarikh 19hb ni dah genap la usia setahun perkahwinan aku.. Rasa macam baru minggu lepaih ja aku pegang tangan pak mertua aku akad nikah..tup tap tup tap dah setahun dah ghupanya kami bergelar suami isteri..
Ngeee...

Harap² kebahagiaan yg aku miliki ini akan kekal hingga ke akhir hayat..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ..



P/s: Orang kata 5 tahun pertama perkahwinan is the tougher year.. sikap bertolak ansur + saling percaya antara satu sama lain + slalu berlaku jujur + tidak pentingkan diri sdiri = kunci
kebahagian sesuatu hubungan..



Ayah sayang Nde & Farreal..
Thanx to اَللّهُ for sending you my loves..

December 15, 2011

Bilik Termenung ★ Bilik Mandi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Masa dulu,time aku kecik², aku slalu berangan nak bilik ayaq yg chantek,ada bathtub, ala² resort kat Bali..balik gheja bley berendam dalm ayaq buih..fuhhhh..heaven...
khekhekhe..

Tah bila la angan² aku ni jadik kenyataan.. Kena gheja lebih keraih lagi..simpan duit lebat²..kasi renovate itu toilet..

P/s: Bilik ayaq anak bujang ayah Syamsoul Farreal Dubeus dan adik perempuan beliau..Ayah decorate sket kasi chantek..xda la chantek mana pun,kasi sedap mata memandang ja..

December 14, 2011

Ber"Water" Rafting di Sungai Sedim


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Minggu ni saja 2x dah aku bawak bini ngan kawan² pi mandi ayaq terjun Sedim.. Keindahan dan kesejukan ayaq Sg Sedim membuatkan aku tertarik dan tak malu² nak bawak kawan² yang datang dari jauh..

Rata² kengkawan yang mandi sini memang puas hati.. Kebersihan sungai dan alam sekitar menambahkan lagi kerancakan kami bermandi manda..

Bayangkan la, sudah lebih 15 tahun aku datang berpicnic kat Sedim ni tapi baru² ni je aku terbukak hati nak bertanyakan package water rafting yang ada kat Sungai Sedim ni..


Untuk package sehari, sorang dikenakan RM180 tapi untuk package 2 hari 1 malam, RM280. Kalau ramai, bley dah tokey tu bagi diskaun.. Lagipun kalau lagi ramai, lagi la syiok join activity berwater rafting ni.. Sebelah malamnya plak, bley buat bbq kat kem.. Segala peralatan memasak disediakan. Peserta cuma bawak bahan mentah ja.. Tukang masak pun ada.. Makanan hanya disediakan oleh pihak penganjur utk lunch sahaja..


Jadi kepada kawan² yang nak merasa berwater rafting ni, jom pakat² kita planning.. Bagi yang sukakan activity lasak la.. Jiwa betoi² kental.. Yang berani tergolek tgah² sungai yg ayaq dia deras dan berbatu².. Wahhh.. Bagi aku syiok la.. tapi "kaki" xramai.. xkan aku ngn bini aku je nak layannnn.. Kalau xnak @ takutkan activity lasak ni, hgpa naik je la ferri penang tu. Baju pun tak basah.. Siap boleh dok dlm keta lagi.. Fuhhh.. Punya mencabar... khekhekhe..


P/s: Farreal dh besaq sket,kita berwater rafting plak eh? Syioookkkk ooooo... Yuhoooooo..!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ayah Pun Botak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Ntah apa tah "pertunjuk" yang aku dapat nak potong rambut botak ni aku pun tak tau.. Tetiba je rasa nak botak.. Sejuk je mata memandang kot.. Bak kata Harith Iskandar "Halusssss...je"

Mungkin lepaih tgok Farreal botak, tak sakit mata memandang kekusutan rambut beliau sebelum botak tu kot menjadi salah satu faktor utk aku potong botak sama..

Sebelum botak ni, every month nak kena potong rambut kat salon. Melayang RM17-RM30 tiap kali potong.. Ni kalau potong botak kat kedai india RM7. Settle masalah.. siap dia tolong massage kepala lagi.. Aku bab² massage me"massage" ni memang pantang tolak.. hehehe..


P/s: Dah botak² mcm ni pun orang still kompius aku ngan Jacob *co-star dlm filem Twilight tu..
"Excuse me, are u Jacob?" Kata aweq kaunter ticket GSC time aku nak beli ticket last time.. benciiiii I...

Journey to Krabi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ..akhirnya impian aku nak bawak anak bini kluaq pi bercuti dan berjalan² kat oversea akhirnya tercapai..

Tak dinafikan,bercuti² kat luaq negara ni lebih menjimatkan lebih² lagi kalau bercuti kat Thailand & Indonesia..

Sebelum bawak masuk kereta ke Thailand, kami berenti sat beli insurance Thailand dekat Pekan Chanlon. Utk kereta sedan RM21 dan kereta MPV RM24.. Isi minyak full RM70..

Perjalanan tertangguh dekat sejam kat immigration Thailand sebab kena turun kereta, check passport sorang².. Setelah settle everything, dalam jam 2ptg baru kami bertolak. Singah makan kat Trang + buang ayaq + makan kat pekan Krabi, jam 8malam jgak kami sampai resort..

Kami stay kat Ao Nang Cliff View Resort. Aku amik hat ada kipas ja. xbley amik yang aircond memandangkan Farreal allergic dengan aircond + kami dok dlm bilik hanya utk tdoq dan mandi saja. All the time p merayap kluaq.. Kos utk sebilik ni 4hari 3mlm + breakfast = RM250 *termasuk 18% tax. Kawasan resort sgt memuaskan sebab ada wi-fi, swimming pool, spa & sauna + massage dan yang lebih penting, makanan dia semuanya halal sebab tukang masak + pekerja dia muslim (siap bertudung lagi) dan dapat free island hoping utk dua org..*Barracuda Travel & Tour

Keesokkan harinya, kami pi Hong Island. Bodek punya bodek, bargain punya bargain, sorang kena bayaq dlm 820 bath. Kanak² free of charge. Sesapa yang tak p island hoping, memang sia² je la dia bercuti kat Krabi ni.. Dia punya ayaq laut, SubhanAllah.. Jernih dan bersih dia mcm ayaq mineral water dlm botoi ayaq tu..

Depa start pickup kat hotel jam 830am waktu Thailand. Kalau waktu Malaysia jam 930am.. Jam 3pm, depa hantaq balik.. Sampai² ja hotel, p plak cari motor sewa. Senang sket nak gerak p jenjalan keliling Krabi ni.. Bwk keta susah sket la nak parking. Org kedah kata "ghenyah".. Kos utk sewa motor ni 350 bath utk dua hari. Isi minyak 50 bath. Kalau isi penuh 120 bath. Tak payah la gatai nak isi penuh, Krabi ni besaq mana la sgt.. Isi setengah ja cukup..

Petang tu ronda² naik motor kat pekan Krabi, tangkap gambaq kat stadium muay thai.. Kos utk menyaksikan Muay Thai ni 800 bath.. chaiittt.. hat ni mahai. Kat area umah aku ticket dia RM5 ja skali masuk.. So aku ✗ teruja sangat la tengok muay thai tu.. Betoi² cekik darah.. Mat saleh pekak ja yg sanggup bayaq semahai tu smata² nak tgok.. Depa pun bukan lawan betoi².. More to entertained penonton smata².. Tapi kalau nak tgok hat real, yang pecah² muka, yang koyak² hidung, mai la umah aku.. Sebulan skali ada pertandingan kat dewan skolah area umah aku ni.. Tu pun kalau hgpa gamak la nak tgok hidung patah.. muka koyak.. darah bersembuq..

Hari ke tiga plak, kami pi naik gajah.. Seperti biasa, adegan bargain mem"bargain" dijalankan. Dapat la sorang 640 bath sorg. Buleh naik gajah sejam. Hat nih pun mahai aku rasa tapi disebabkan xpenah naik gajah, dah alang² sampai tu, layankan aja. Farreal mmg la xcited tak hengat donia.. 1st time bagi kami naik gajah. Yang Nde dia plak, time gajah masuk sungai tu, mulut terkumat kamit baca doa. Tah² doa tido pun dia bantai baca skali gamaknya.. heheheh.. tp mmg gerun beb time gajah tu turun curam sungai.. Dah la tinggi. Kepala otak aku dok terbayang bebukan.. goyangggggg...

Sepanjang kami kat sana. Time lunch dan dinner, kami makan kat Adam Bungalow. Lokasi kedai makan ni bertentangan dengan masjid dan 7E.. Kami makan hidang.. Mcm² order.. Ayaq plak mcm² jenih.. Sedap pun sedap + siap ada free wi-fi lagi.. Kos makan utk 8 dewasa 5 kanak² bersamaan 1400 bath ke 1700 bath... not bad jugak harga dia..

Hari yang ke 4, Puan Isteriku yg gedik² manja nih nak p cuci rambut beliau memandangkan lepaih mandi laut last time, rambut beliau yang halus dan mulus bertukaq jadi berus dawai. Kos utk cuci rambut ialah 250 bath. Dia keringkan guna hair dryer siap dengan Iron lagi rambut beliau yg panjang tu. Sepatutnya harga cuci rambut tu 200 bath ja tapi sebab rambut panjang, extra charge dikenakan.. Sementara menanti beliau mencuci rambut, Farreal & Ayah pun merondakan dirinya, pergi bershopping.. Seriously, harga barang² amat mahai.. Baju t-shirt I ♡ Krabi, dia bukak harga 250 bath. Tawaq punya tawaq dpt la 150 bath. Pastu aku memang malaih nak tawaq lagi.. Bayaq dan blah.. Menyampah aku nak menawaq² ni.. Lagipun apa yang ada kat Krabi, senang² aku jumpa kat Batu Feringgi. So, aku ngan isteri, xda la bershopping apa pun,takat beli fridge magnet + baju I ♡ Krabi sebagai tanda ingatan (harammmm sampai sekarang aku ✗ pakai² lagi.. Dok eloq ja dlm plastic tu) dlam jam 2pm, kami pun bertolak ke Hatyai..

Kami sampai Hatyai jam 8pm. Disebabkan takda dalam planning, menggagau jugak la cari hotel nak stay. Kebanyakan dah fully book sebab weekend, hari sabtu mlm minggu.. Time tu dah kecewa sgt dah. Kepala hotak dah ingat nk balik terus Malaysia tapi tetiba plak time tunggu sebijik lagi kereta, terpandang Grand Hotel. Aku & Aznor try tanya. Nasib la baik ada lagi bilik.. Harga utk semalam 1390 bath.. Malam tu pi makan kat Restoran Hameed. Lepaih makan memasing dah tak larat, teruih masuk rehat dlm bilik hotel,memasing panggil amoi tukang massage 300 bath utk Thai Massage / dua jam @ 500 bath oil massage / dua jam.. lepaih tu memasing terbongkang keletihan..

Besoknya, breakfast kat Restoran Salma, makan nasik lemak, roti canai, ayaq kelapa utk 5 orang dlm 350 bath.. Dalam jam 2pm, kami bertolak balik dari Hatyai ke Danok bersamaan 53km. That means dlm setengah jam dah sampai Danok. Time kat Danok ni la bershopping sakan. Harga barang murah la jgak klu nk compare dengan Malaysia..Jjam 7pm bertolak balik Desa Aman, tapi stuck kat Immigration Danok nak masuk Bukit Kayu Hitam almost 2 hour.. Kereta banyak.. Jalan jem tak hingat..

Secara keseluruhannya, kalau niat nak p bercuti² kat Krabi ni, mmg puas hati. Terus hilang rasa letih lepaih tengok keindahan alam.. Tapi kalau niat nak bershopping kat Krabi ni.. hurmmm.. Better think twice.. Harga lebih kurang kat Malaysia.. Next time kalau nak buat road trip ke oversea lagi, kena standby Walkie Talkie. Kat sana susah nak communicate bila berkonvoi..coverage takdaq..

P/s: Ayah & Nde xkan lupakan kenangan kita tiga beranak meredah banjir dan hujan time malam ketiga.. Farreal punya la excited dapat main hujan meredah air dengan motor.. Dah mcm naik speedboat.. Sepanjang jalan Farreal menjerit "Uuuuuu...wahhhhh..besttttt".. Suka la tu dpt main hujan, nasib baik la awak tak demam.. اَلْحَمْدُلِلّهِ.. that one is "PRICELESS"

December 13, 2011

Bersunat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..

Setelah 8 hari tak bagi mandi, asyik dok lap badan & bersihkan luka berkhatan, akhirnya petang semalam Farreal dapat meneruskan aktiviti yg paling dia suka.. MANDI...

Setelah Ayah dok tanya pandangan orang ramai, termasuk kawan² Ayah yg gheja dokter & nurse, Ayah memberanikan diri kasi Farreal mandi.. Menurut kawan ayah tu, luka lambat baik kemungkinan besaq disebabkan infected dengan kuman.. bila kasi mandi, kuping² yang melekat kat puney tu dapat dibersihkan serta merta.. kuping² akibat ayaq bisa memang payah nak bersihkan. Budak² akan rasa nyilu & sakit lite² kalau takat dok lap semata².. Tak sampai hati nak lap kalau budak² asyik dok menjerit kesakitan tiap kali nak bersihkan..

Dokter pun xgalakkan bersihkan puney guna dettol sebab kandungan dettol tu sendiri ada bahan penghakis. So, kalau nak bersihan puney tu, better guna ayaq biasa saja..

Bagi aku plak, pada hari ke lima, baik suruh berendam sket bagi ayaq biasa yg dh kering tu kembang. Senang nak cuci.. Luka pun cepat baik..

Ada juga mitos suruh mandi ayaq laut.. tapi depend jugak ayaq laut yang mcm mana. Klu sebersih ayaq laut kat Krabi tu, takpa la kot.. Tapi kalau ayaq laut se"bersih" ayaq laut Pantai Port Dickson @ Pantai Bersih, Butterworth ni, lupakan saja la niat tu.. Satgi tak pasai² infected ngan kuman sebb laut tu "bersih" sangat..

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ, lepas Farreal mandi laut kat Krabi, mmg nmpak perubahan yg ketara. Luka kat bawah puney yang selalunya amik masa yg sangat lama utk kering, terus kering serta merta.. sebab sebelum ni, luka bawah puney tu, still xkering lagi.. dok lembab ja..

Sekian...

P/s: Ayah & Nde ♡ Farreal..

November 24, 2011

Perniagaan Melayu

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Tiga hari lepas,aku melilau² kat sekitar Bandar Perda untuk mencari saloon,memandangkan rambut dah panjang,dah kembang macam singa afrika.. Saja je aku cari kat area Perda memandangkan aku ada appointment kat situ,so lepas je settle kerja aku pun melilau la mencari saloon rambut. Baru la aku sedar majority peniaga kat Perda ni orang melayu,bandar yg besar,tapi percaya atau tidak,takdaq langsung saloon rambut!?

Orang melayu ni bagi aku ada satu je masalah,kalau nak berniaga tu suka ikut orang,tak reti nak pikiaq sendiri nak buat apa, bukti dia ada depan mata, kalau kat block kedai tu ada 10 bijik kedai 4 daripada kedai tu jual benda yang sama, kalau sorang bukak kedai juai tudung,hat sebelah pun bukak kedai juai tudung,kalau block tu dah ada kedai makan,nak bukak jugak kedai makan kat sebelah tu.. "Kedai Makan Mak Jemah" ,"Restoran Sedap Sokmo" , " "Warung Masakan Kampung Maya Karen".. Bila tengok², semua juai benda yang sama, service yang sama, dok pulak bersebelah²an.. Yang membezakan hanyalah kesedapan..

Bila dah bukak & provide benda yang sama, ofcoz ada kedai yang lebih maju dari kedai² yang lain..maka bila kedai yang ✗ maju,bankrup,mula lah nak salahkan orang..kena santau la,kena lindung la.. Yaaa..memang xdinafikan, ada jugak orang yang meniaga cara kotoq..tapi bagi aku, reason nak kena santau tu biaqlah reason yang last skali..pasti ada masalah teknikal lain slain dari kena santau ni..

Orang² melayu ni,apa yang aku nampak ialah tak pandai sangat nak mencari peluang perniagaan,suka sangat tiru orang lain,tak pandai nak pikiaq sendiri nak peluang perniagaan yang besaq,banyak lagi benda yang boleh dijual,tapi still jugak nak meniaga benda yang dah belambak² kat pasaran..contoh yang boleh dilihat disini ialah, kalau musim orang dok cosmetic, smua nak buat..kalau sorang buat perfume,semua nak tiru..ingat lagi tak last two year,masa musim orang dok gila nak menternak cacing? Haaa..smua pakat ramai² buat benda yang sama..cacing la, lintah lah,keli la..semua pakat tiru..xbley nak pikiaq sendiri nak meniaga apa,dah tentu² orang tu dah start,yang nak p folo dah kenapa?

Dan natijahnya, business tak sampai setahun dua, dah bungkuih.. Bila penawaran melebihi pemasaran, susah la hangpa nak "hidup" kalau benda dah terlalu banyak kat pasaran..memang la rezeki masing²..tapi kena pandai jugak mencari rezeki..jangan dok main terjahhh ja.. Kena la buat marketing strategy,marketing research sebelum nak meniaga,kalau nak business kita bertahan lama..kalau boleh tu biaq sampai jadi turun temurun,sampai ke anak cucu cicit piut..

Benda yang sama jugak kita dapat tengok kat fesbuk,correct me if I'm wrong..rasa nak tampaq² ja klu depa dok tag nama aku kat product² depa,nak tag pun agak² la,aku mana pakai tudung derrr..baju kurung pun aku xpakai..xpayah la dok tag..nak suruh belikan utk bini aku pun,tag la bini aku tu,yang nak tag aku tu apakejadahnya?

Banyak lagi business yang tak dimonopoli orang melayu,contohnya saloon rambut, yang aku tau,satu²nya beras keluaran bumiputra kat malaysia ni ialah beras cap langsat,hat lain semua bangsa lain yang punya..sama jugak la dengan kes beehoon.. Amat² susah nak jumpa product² ni kat pasaran especially keluaran bumiputra..tah ada ka tak beehoon keluaran bumiputra..xnampak pun kat pasaran?

Tak payah la kita nak meniru orang lain,cari identiti sediri..kalau nak lama dalam market..kalau asyik tiru ja,orang buat apa,kita pun nak buat,boleh tu boleh,tapi tak lama la business tu..susah sebenaqnya nak compete dengan business yg sejenis di market..lebih² lagi kalau competitor tuh dah lama dalam bidang tu.. Nak senang, kalau nak bukak business tu, survey dulu scara mendalam, benda apa kita nak niagakan..

Klu smua melayu boleh think outside the box, .انشـــــاء الله one day,kita boleh take over balik "market" kat Malaysia ni..aku lupa the right word dia apa..bahasa ringkas dia, orang Melayu boleh pegang Economy Malaysia kalau setiap seorang dapat monopoly setiap jenis perniagaan kat Malaysia dimana dimasa sekarang dimonopoly oleh bangsa lain..

Cewahhh..mesti hangpa kata aku nih jenis cakap je senang kan? Awat aku tak buat,dok cakap ja pandai? Haaa..ni la dia, bangsa melayu kita, bila kita tolong bg pandangan,kita plak yang kena balik..mangkaq..aku tegoq sebab aku sayang bangsa aku,nak tgok bangsa aku maju..tak dinafikan aku pun ada terdetik kat hati sanubari ni nak buat business sendiri,tapi modal ✗ berapa nak cekang lagi..tggu bila betoi² beruwang,baru la aku beranikan diri nk bukak business sdiri..nak bukak business apa?hahaha..rahsia,satgi hgpa tiru plak..mwaghaha..pikiaq sendiri la dol, buat research sdiri..buat marketing plan & reseach sdiri sebelum bukak apa jenis perniagaan sekalipun..aku bukan bising kalau hgpa nak juai tudung ka,bukak kedai makan ka,tapi aku jadi marah kalau hgpa xpandai pilih lokasi,dah terang² kat tempat tu dah ada kedai juai tudung,yang gatai nk bukak sesama jenis perniagaan buat apa??

Apa yg aku boleh cakap untuk buat business ni,modal kena betol² mantap untuk cover sgala expenses tahun petama dan kedua berniaga.. Hati kena kental,kalau makan gaji tu,jam 6pm dah xpayah pikiaq lagi pasai keja,tapi bila dah bukak business sdiri 24hr pikiaq pasai keja..

Sekian saja, ada masa lagi..aku taip lagi..nak amik buat pengajaran baguih la,xmo amik pun xpa, duit hangpa lagipun kalau nk buat business tu..aku cuma cakap berdasarkan pengamatan aku selama 7 tahun berkecimpung dan bergelumangan dengan usahawan melayu ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

November 18, 2011

Potong Puney


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Ngeee...besok bersamaan 19-11-2011,tepat jam 1430,Farreal akan mengakhiri zaman baby beliau dan melangkah ke zaman kanak² ..beliau akan disunatkan secara laser *menurut kata Nurse tu la,first time dengaq sunat cara laser ni..technology terbaru kot..yang Ayah tau, sunat cara tradisonal & clamp je.. Tapi cara tradisonal ni sakitttt oooo...dok ataih batang pisang..tok mudim asah pisau depan mata..sambil tersenyum jahat..gila nakal tok² mudim ni,dah la tgah dok ketaq,lagi mau senyum sinis...


Ayah pun tak pasti la awak tau ke tak nasib punai awak tu ari Sabtu ni,walaupun Ayah dah terangkan secara terperinci apa itu "Bersunat"..awak nampak relax je.. Jangan besok kat klinik,awak mengelabah...sudahhhh...

Pada hari tu jugaklah bnk kita dapat jemputan kenduri kawen,majlis hari jadi, majlis kenduri kesyukuran dan agenda² makan cemey yg lain, .انشـــــاء الله..kalau ada kesempatan,kita bley la pi ke majlis² yang menjempot kita tu..tu pun kalau sempat...klu ✗ sempat..kita tapau je la Mc D..hehehe..

Depa kata,lepas bersunat,✗ bley makan Ikan & Ayam,nanti lambat baik + gatai² + bentan..Ayah rasa tak kot,tapi awak memang allergic ngn seafood especially Udang..Memang la gatai²...

.انشـــــاء الله..
Kalau ada rezeki sket,ingat nk buat majlis kesyukuran & doa selamat lepaih awak bersunat tu nanti..nanti kita tgok camana eh?


All the best..Ayah plak yang nervous lebih² ni..jahanammmm... :p

November 16, 2011

Musim Sakit

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Wah..rasanya dah lama Ayah tak updated blog..agak bz sket lately ni memandang dapat MC selama dua minggu sebab demam denggi yg melanda diriku.. Atas sebab cuti slama dua minggu jgaklah,banyak kerja² duniawi terpaksa Ayah tangguh..bila start² kerja..hambeeekkk hang..menimbun² kerja yang menanti diriku ini.. Appointment sana sini nak kena attend..pi collect cheque..pi bagi invoice..huihhh..pendek kata memang tak terkejaq la nk settlekan kerja within 1 week..

Lepaih ja Ayah baik dari demam, Bubu yang ada kat KL plak demam panas..check punya check, dokter kata kencing manis Bubu naik..mungkin sebab makan tak berpantang..almost two week jgak Bubu tak larat nak bangun..time Raya Haji pun Bubu bangun sat ja bagi melayan tetamu,then beliau akan masuk bilik untuk berehat..

Eloq² je Bubu baik demam, Adik Naufal plak admitted kat KPJ Penang.. Tindakan pantas Ibu bawak adik Naufal p hospital haruslah dipuji,time kat emergency room tu, MA check body temperature adik Naufal dah mencecah 40.1.. Nasib baik la tak "fit" atau "tarik" atau "sawan".. Biasanya kalau bebudak yg dah start tarik ni,dia akan terus kena sampai la umoq 6 tahun,kalau after 6 yrs still kena jgak sawan ni,maka sawan tu akan terus berkekalan la sampai akhir hayat,secara am nya,senang kena sawan..walaupun demam sikit..

Maka, ibu bapa harus lebih alert dengan dan berhati² sekiranya anak² mereka demam.. Bebudak ni kalau demam pun,still active..tapi tak secergas biasa la..kalau orang dewasa plak,kalau demam, mmg terbaring je all the time.. Mcm last time Farreal demam panas yg sampai admitted tu pun,dia still bergalak mcm biasa,bila dah check body temperature baru kita tahu dia demam panaih..

Ramai jugak anak kawan² Ayah yang stay kat KL tu admitted, most of them kena Lung Infection, mungkin disebabkan air & water pollution yg teruk kat KL tu..kesian tgok bebudak kecik admitted ni,bercucuk sana sini,amik darah,masuk air..dah macam bahan ujikaji dah..abeh tu,nak buat camana,terpaksa la dokter cucuk sana sini,nak bagi sihat cepat...

Pesanan buat parent yang merokok,jangan lah merokok dekat anak²..jauhkan depa dari tempat orang² yg merokok..kecian kat bebudak ni..dah la dengan kadar pencemaran udara yg tinggi kat Malaysia ni,di tambah plak asap rokok dari mak bapak..haishhh..macamana la anak tu nak sihat?

November 08, 2011

Eid Adha d.u.a.k.o.s.o.n.g.s.a.t.u.s.a.t.u

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Yeayyy..raya haji tahun ni, Farreal celebrate together² dengan Ayah & Nde..

اَلْحَمْدُلِلّهِ ..

Raya Haji tahun ni jugak Acu Yana & Mak Ude turut serta memeriahkan majlis.. cuma Pak Long & Pak Lang je yang ✗ dapat join the party,mungkin ada sebab² yang tak dapat di elakkan. Pak Long katanya memang nak beraya dengan kita kat Desa Aman ni,tapi beliau terpaksa cancel last² minute atas sebab² yang tak dapat dielakkan, kalau Pak Long ada,awak seronok la sket sebab dapat main sama² dengan Zikry..

Sambutan Raya Haji tahun ni sedikit hambar memandangkan Bubu yang tak berapa sihat,baru baik demam.. Ditambah pulak dengan hujan sepanjang hari, maka end up nya kita dok lepak saja kat rumah bubu,planning Ayah nak p semayang raya pun tergadai,bley plak Ayah terlajak tdoq lepaih balik amik Acu Yana & Mak Ude jam 6 pagi..mula² ingat nak "letak" kepala sat ja,sedaq² dah pukui 9.45 a.m. Cuaca sejuk akibat hujan di pagi hari + hasutan syaitonirojimmmmm menyedapkan lagi acara tdoq Ayah pagi tu.. Jahanammmm....

Walaupun raya haji tahun ni sedikit hambar,tapi acara tradisi kita untuk bergambaq scara berjemaah tetap tidak dilupakan,lebih² lagi time awak beraya di Kulim ni..tak dapat Ayah bayangkan raya haji tahun ni tanpa awak disisi,lagi la tak bermakna raya tahun ni..

Lepaih bangun² tdoq,dengaq pulak takbir raya,baru lah feel raya tu ada..kalau tak dengaq takbir raya,dengan hujan yang turun dari awai pagi,lagi la tak daq perasaan beraya tu..

Seeloq²nya,kalau time² mcm ni,lepaih ja semayang subuh,kita pakat ramai² masak, bersiap² nak p masjid dan bersalam²an,haaaa...hat tu la seeloq² nya..tobat feel beraya ni mai mencanak²..bila usia dah meningkat ni,feel beraya tu dah makin kurang..zaman sekarang pun dah lain,kalau dulu tak kira raya haji ka,aidilfitri ka,anak² jiran akan mai untuk mengepaw Bubu & Yayah..tapi sekrang tak lagi,budak² lebih suka lepak umah main game,tengok tv bla..bla..bla..tak semangat langsung..

Ini mungkin kerana parent lebih prefer anak² dok umah memandangkan kes penculikan kanak² kat negara ni makin berleluasa dam kritikan.. Dari hati tak senang bagi anak² keluaq beraya,baik bagi depa main game dlm umah..

Nak cerita pasai beraya ni,kalau zaman Ayah dulu kecik², Ayah & Ayah Ngah dah start collect duit raya awai² pagi,kadang² tu sebelum semayang raya lagi..lepaih ja sesi bersalam²an ngan Bubu & Yayah,berdesup kami hilang,p beraya umah jiran tetangga..sampai taman² sebelah pun kami p beraya..ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ..punya la semangat...

P/s: Bila awak dah besaq sket,kalau time raya haji,Ayah bawak awak p tengok orang korbankan lembu eh?tak tau la awak berani tengok ke tak..hehehe..

November 06, 2011

Didikan Awal


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ' ..

Wahh..wahhh..wahhh..anak² ni kalau dengan grandparent dia,dia punya gedik & nakal,aiyoooo...Ayah sendiri cannot handle..al-maklum lah, "payung" kembang..kuasa Ayah tak sekuat kuasa veto "Yayah + Bubu"..

Pening gak kepala Ayah bila Farreal ada sama ngan Yayah & Bubu.. Habis semua cakap takmau dengar.. Bubu & Yayah plak memang manjakan awak kannnn..makin naik tocang la awak.. Nak marah awak depan dorang memang confirm² tak boleh,ada yang Ayah kena marah balik kalau tinggikan suara kat awak kan? Bukan tak penah Yayah & Bubu bermasam muka sama ngajuk ngan Ayah sebab Ayah marah awak depan dorang,haishhh..pantang betul la dorang kalau ada orang marah cucu dorang ni.. Tu la masalahnya sekarang..

Sebelum awak lahir lagi,Bubu & Yayah ternanti² kelahiran awak kat dunia ni,sampaikan Yayah & Bubu sanggup amik cuti 2 minggu turun ke KL tu semata² nak sambut awak,masa awak dalam pantang pun Bubu yang jaga awak all the time..pendek kata,dari awak sebelum lahir sampai lah awak 2 tahun lebih,selain Ayah,Nde & Ibu yang bergilir² jaga awak, Bubu ngan Yayah lah tulang belakang Ayah time tu sampailah sekarang..

Disebabkan kemanjakan yang diberikan itulah,awak tetiba je menjadi pelat everytime kita balik rumah Bubu & Yayah..

Bahaya sebenaqnya kalau dibiarkan anak² ni dijaga oleh Atok atau Nenek depa,kita sebagai Ibu Ayah seolah² hilang kuasa untuk menegur kesilapan yang anak² lakukan.. Contohnya Farreal memang dilarang keras untuk makan gula² especially sebelum tidoq,bila Ayah tegur, Yayah atau Bubu akan membidas, "Alah,jamah sket je,kang lepas makan gosok la gigi.."

Point Ayah bukanlah sebab makan gula² tu,tapi disebabkan oleh peraturan² yang Ayah buat abeh jahanam @ failed bila Farreal ada kat rumah Bubu & Yayah beliau....

Kepada bakal² Ibu Bapa dan yang baru bergelar Ibu Bapa,kalau boleh janganlah bagi Atok & Nenek depa yang jaga anak² anda,banyak buruk dari baiknya. Sayang nenek & atok sangat² berlainan sama sekali dengan sayang Ibu & Ayah..Saya bukan kata Atok & Nenek dia jaga tak eloq,depa memang jaga eloq,sangat eloq sampaikan nyamuk ketik pun tak boleh kat cucu² depa ni..semua hal dari segi kasih sayang,wang ringgit dan sebagainya,amat²lah sempurna..

TETAPI, bila atok & nenek yang membela anak kita,kita sebagai Ibu & Ayah tak dapat lagi mendidik & membimbing anak² mengikut acuan kita sendiri sebab kuasa veto kita sebagai parent sudah tiada..anak² tak lagi mendengar cakap kita, susah nak kita nak tegoq,nak lentur pun dah payah, Farreal yang baru berusia 4 tahun ni pun kalau dengan Bubu & Yayah dia,dia punya naik tocang,lain mcm sket..saya yang dok perhati ni pun naik takut..semua kehendak dituruti..bahaya..bahaya..

Sebelum jadi filem "Anakku Sazali", sebab memanjakan sangat anak,anak naik tocang, better kita sendiri yg mendidik,melentur anak kita.. Tapi bila nak marah tu,biaq berpada²..kalau dok buat garang tak tentu pasai pun xbley jugak, tu timbul masalah lain, bila dah garang + ganaih all the time, anak² dah jadi lali & imun dengan kegarangan kita... Kelak,anak² pun memberontak...pun jadi payah...

Susah sebenaqnya nak jadi parent yang baik ni,kena perbanyakkan ilmu di dada..especially ilmu agama.. Islam itu sendiri dah terangkan cara² mendidik anak...انشـــــاء الله kalau kita follow cara didikan yang telah termaktub dalam Islam,anak² pasti akan menjadi insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang..kita sebagai parent perlu pandai seimbangkan ilmu akhirat & duniawi...

P/s : Ayah & Nde ♡ Farreal..Kami akan sentiasa doakan kecemerlangan awak,semoga awak menjadi anak yang soleh kepada keempat² orang tuamu..

November 02, 2011

Oh Kome,Deghiyan Dah Berbunge..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal,
Baru la Ayah nampak ngan bijik mata Ayah ni yang awak memang hantu deghiyan,nasib baik la deghiyan sekarang ni dah takde musim..

Dear Farreal,
Walaupun deghiyan sekarang ni nak berbuah tak kira musim,tapi deghiyan Balik Pulau masih mengekalkan ciri² tradisional beliau,hanya berbuah pada musim deghiyan..kalau lah sekarang ni musim deghiyan,nescaya Ayah & Nde akan bawak awak p makan deghiyan Balik Pulau.. Deghiyan Balik Pulau ni special sket,menurut kata Yayah,makan seulas pun dah kenyang tak hengat. Biji dia kecik,isinya lemak berkrim. Cara penjagaan dia pun lain dari deghiyan² yang sedia ada kat muka bumi Malaysia ni,sampaikan kalau deghiyan yang jatuh kena tanah dah dianggap reject,smua deghiyan yang luruh,kena jatuh atas jaring yang disediakan bawah pokok deghiyan tu..Punya la hebat kannnnn..? Tak pasti la plak jenis Deghiyan Balik Pulau tu jenis D24 ka apa ka..yang pastinya, Deghiyan Balik Pulau ni memang legend..

Dear Farreal,
Mengikut apa yang Ayah tahu,sekilo deghiyan Balik Pulau ni boleh mencecah RM70 or more! Perghhhh..tapi jangan terkejut la,ada yang sanggup beli..yang sanggup datang dari luar Penang pun ada..malah ada yang mai dari Johor,Sabah & Sarawak!? Gilaaaa kentangggggg *iklan Mr. Potato.

Dear Farreal,
Tapi takpe la,walaupun sekarang ni bukan musim Deghiyan Balik Pulau,Deghiyan Kulim pun jadi la,lemak manis jugak kan,kalau tak,takkan la habis sebijik awak sorang je,Nde jamah seulas,Yayah seulas,hat lain awak settlekan..hebakkk.. Tu pun sebab dah pesan jgn makan bebanyak,takut tak boleh tidoq + demam..klau tak pesan,kompom² dah jadik ceghita lain..malam ni pun awak payah nak tidoq,nak tdoq bogel la,nak buka baju la,nak bukak seluaq la..haishhh..satgi eloq² awak tak batuk,bley batuk sebab tdoq tak berbaju... Haishhh..satgi ceghita dah jadik makin dramatik...

Dear Farreal,
Mesti awak tertanya²,kenapa lepaih makan deghiyan,Ayah suruh awak minum air dari kulit deghiyan tu kan? Haaaa...begini ceghita dia,mengikut petua orang dulu² a.k.a Old Timer,untuk mengurangkan panas badan lepaih makan deghiyan,kita kena la minum dari kulit deghiyan tu. Sejauh mana kebenaran tu dari segi saintifik,Ayah kurang pasti la plak..xsempat lagi Ayah research kebenaran di sebalik teori tu.. Ayah folo je,asaikan depa ✗ bagi petua hat merepek kerepek udah la..kalau depa kata kena goreng buat cokodok kulit deghiyan tu ka,kena ratah kulit deghiyan tu cicah ngan sambal belacan

ka,hat tu dah kompom² la Ayah ✗ folo kan...hehehhe..


Dear Farreal,
Disebabkan awak suka sangat makan deghiyan, Ayah sanggup korbankan keharuman ambi pure kereta kita untuk digantikan dengan keharuman deghiyan..walaupun umah kita ke Kulim tu dekat,sat ja sampai,tapi keharuman deghiyan melekat habis²an dalam keta kita ni.. Haaa...kat sini pun ada petua dari old timer kita,untuk menghilangkan bau deghiyan,kita taruk la arang ataupun roti dalam keta untuk menyerap bau deghiyan tu..malam ni Ayah dah taruk dah sebuku roti dalam keta tu,sejauh mana keberkesanan dan kebenaran dia,kita akan dapat pastikan besok..hahaha..

Dear Farreal,
Ayah bukan tak suka deghiyan,tapi Ayah tak tahan dengan bau mulut sendiri lepaih makan deghiyan tu,bley pening terok²,bukan sebab belagak ke apa ke,sememangnya deghiyan tu raja buah,kesedapan dia memang tak dinafikan..takkan Ayah nak telan arang kasi ilang bau mulot plak..lebih² lagi kalau tersedawa..perghhhhh... Nak² kalau kawan² tersedawa dalam opis yang berekon ke,dalam keta yang tengah stuck tengah² jalan jem..perghhhh.. Hat ni bley mengundang pergaduhan..hahahah...

P/s: Deghiyan dah berbunge,moh kite minang anak dare..

Ironman vs Spiderman


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal,
Kekecewaan Ayah & Nde tak dapat cari costume sama mask Ironman bukan main²,puas kita melilau cari satu Kolompo,tapi rezeki tak menyebelahi kita lagi...Nasib baiklah ada mask Spiderman sebagai ganti..nak jugak awak pakai mask Spiderman ni walaupun time kecik² dulu awak cukup takut dengan topeng,tak kira la apa jenis topeng sekalipun,Ultraman ke,Spiderman ke, Transformers ke,awak memang takut..takut topeng tu melekat kat muka awak selama²nya katanya..ntah mana dapat idea tu,Ayah pun pelik..


Dear Farreal,
Lepaih Midvalley,kita terjah plak Times Square setelah diberitahu Uncle Faiz Munky kata kat TS tu ada kedai mainan,memang tak dinafikan kat situ ada kedai mainan yang selama ni kita cari..tapi malangnya,costume Ironman awak dah kehabisan,Ayah nak order pun katanya kilang yang buat costume Ironman tu dah tak supply lg barangan @ costume @ topeng Ironman ni memandangkan citer Ironman ni dah outdated..nak kena tunggu citer Ironman III keluaq kat wayang baru depa juai balik barangan @ mainan Ironman ni..

Dear Farreal,Walaubagaimanapun, pencarian Ayah kat costume & topeng Ironman ni tak berakhir kat sini saja,Ayah & Nde akan keep searching sampailah kita jumpa costume ni..maka, kalau kita jumpa costume Ironman tu nanti,tolong hargai dia sebaik mungkin..

Dear Farreal,
Meskipun costume Ironman kita tak jumpa,tetapi basikal kaler merah Ironman tetap Ayah hadiahkan sepertimana yang Ayah & Nde janjikan sebelum ni..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..
Awak pun nampak exited dapat basikal baru ni..Memula Ayah & Nde planning nak hadiahkan PSP,tapi setelah meneliti baik buruknya PSP pada usia awak sekarang,betterlah Ayah & Nde hadiahkan awak basikal, sekurang²nya keluar la sket peloh awak tu..asyik main game je,pun tak eloq jugak....


Dear Farreal,
1st day awak dapat basikal awak dah buat parut,xde la teruk mana pun,just calar sket je sebab jatuh,biasa la tu,no pain no gain omputeh kata.. Dah kata pun hero,takat calar kat kaki tu xdenya duit hantaran awak tu jatuh,heheheh..part kelakar bila awak cari kain nak lap basikal awak sebab kena air hujan sket,hehehe..sayang sungguh la haiii kat harta benda dia..baguih la kalau macam tu..at least it shows awak appreciate hadiah yang orang bagi..


Dear Farreal,
Ayah & Nde ♡ Farreal..

November 01, 2011

Denggi Fever



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Dear Farreal,
Last week,a day after Ayah p gym,satu badan Ayah sengal²..sebelum ni pun (last year) Ayah memang la ada p gym jgak,bagi Ayah,its a normal thing la kan bila muscle kita koyak setelah dah lama ✗ mengangkat berat..nak dijadikan citer sedih,lepaih p gym tu pun Ayah jatuh sakit,bukan sakit memain,demam terok gak la. Berbekalkan temperature test hat awak punya Nde pun check la temperature badan Ayah..Ooo em giiii, temperature badan Ayah pada petang tu 38 darjah Celsius..

Dear Farreal,
Bila dah badan panaih lagu tu,Nde pun ajak la Ayah p clinic,amik ubat apa yang patut,tapi dah kata hero,takat demam sket malaih la Ayah nk pe cekedaud kat clinic,abeh kuat pun tobat dokter kasi panadol.. On that day jugak,Yayah, Ayah Ngah & Ibu buat surprise burfday celebration kat Bubu,Ayah xbley nak join dorg disebabkan muscle ayah teramat la sakit + demam.. Rasa xbest jgak la sebab xdapat join party tu,abeh tu nak buat camana,start petang tu Ayah dah berbungkus,luaran panas,tapi dalaman sejuk,sejuk bukan memain..

Dear Farreal,
Setelah berbungkus sampai jam 1 pagi,Ayah tak tahan..Nde yang dari petang tadi setia dok jaga Ayah.Naik basah tilam sama bantal sebab Nde basahkan towel taruk kat kepala Ayah bagi kurangkan temperature badan..every 1 hour Nde akan check temperature badan Ayah sampailah satu tahap,Ayah ✗ tahan.Nak tdo ✗ boleh sebab ✗ selesa..Ayah pun kejutkan Nde yang sememangnya tdo² ayam sebab risau temperature badan Ayah yg ✗ turun² walaupun dah dekat abeh sepapan Panadol Ayah sebat.. Ayah ajak Nde g KPJ Penang Specialist Hospital time² tu jugak..seriously time tu Ayah betoi² cannot handle lagi omputeh kata..

Dear Farreal,
Sesampai kat KPJ jam 2 pagi,terus Ayah masuk emergency room,nurse kat situ check la temperature badan Ayah yg dah naik 40 darjah Celsius..terus Ayah kena tahan.. Hahaha,dah hagak dah tobat kena tahan,sebab utama yg Ayah nak p hospital sebab Ayah dah start delusion memacam..risau gak Ayah bila ttidoq nanti ✗ bangun² dah..hehehhe..


Dear Farreal,
Maka,bermula la episode Ayah sebagai pesakit denggi. Selama 4 berturut² temperature badan Ayah xmo turun² antara 38.5 - 40 darjah Celsius..dan selama tu jugak lah depa amik darah Ayah sebanyak 3 kali,tapi dokter still xdpt detect denggi yg mula memberi kesan kat badan Ayah,sintom² denggi tu ada,tapi dalam darah Ayah,xde virus denggi tu,sampailah platelet darah Ayah drop sampai 40..baru depa dapat detect denggi tu.. Menurut kata dokter tu,1st & 2nd test memang slalu dokter xdpt detect,test yg ke 3 baru depa dapat detect denggi tu.. Natijahnya,8 hari la Ayah kena tahan..
Salah satu cara depa nak turunkan temperature badan Ayah ialah melalui ubat yang disumbat dlm bontot,maka buat pertama kalinya dalam seumur hidup Ayah,Ayah ternoda oleh nurse² KPJ tu,bukan sorang dua nurse yg ada time tu,ada la dekat 6 orang nurse yang menyaksikan detik bersejarah itu,jahanammmm...hahahhaha.
.

Dear Farreal,
Awak bayangkanlah,Ayah dah janji ngan awak nak amik awak balik Kulim on that week,sedangkan Ayah still tersadai kat katil hospital tu,sampaikan Ayah ngan Nde merayu² kat dokter suruh dischargekan Ayah awal,dokter bising la sebab platelet Ayah still ✗ stabil lagi,dah nak kluar...mana nak boleh kan?impossible...


Dear Farreal,
Hari sabtu pun menjelmakan dirinya, Ayah still tak discharge lagi pagi tu,Ayah ngan Nde totally down sesangat sebab takut ✗ tepati janji..Awak plak,everytime Ayah call asyik tanya,bila nak amik awak,lagi la bertambah² sedih Ayah ngan Nde..walaupun Ayah dah banyak kali cakap kat awak,Ayah kena tahan ward sebab sakit. Ayah tahu awak tak paham lagi,tak tau keadaan Ayah kat sini mcmana..that why awak asyik tanya the same question "Bila Ayah ngan Nde nak amik Ues..?"


Dear Farreal,
Pagi tu,Uncle Kering datang nak amik darah Ayah lagi..berdasarkan semalam punya blood test,platelet Ayah still lagi 70,naik sket je dari 40..maka, setelah result blood test tu kluar,platelet Ayah naik 115,lebih sket je dari paras bahaya..terus Ayah mintak discharge..hahahaha..dokter pun bagiiiii...


Dear Farreal,
Setelah dokter kasi kluar,laju² la Nde packing baju² kotor setelah 8 hari berkampung kat hospital ni..hahaha.. Bayangkanlah, boleh dikatakan sehelai sepinggang jugaklah Ayah ngan Nde terus shot p ke Kolompo,baju yang bawak pun baju dok umah + kotor....memang ✗ nyempat² la kami ni.tak pikir panjang..hehehe..sebab dah berjanji ngan awak,laju² la kami p ke Kolompo tu...


Dear Farreal,
We ♡ you so much..ubat terbaik untuk naikkan platelet darah ialah jus @ buah kiwi, sup ketam pun eloq jugak..malangnya Ayah allegri kat ketam, memang la platelet naik, tapi badan Ayah jadik gatal-gatal plak..dari eloq-eloq baik satu penyakit, timbul plak penyakit lain...haishhhh..terus Ayah stop makan ketam...tekak nih plak dok rasa pahit all the tiime, berat badan pun drop sampai 4 kg...tu baru 8 hari admitted, bayangkan la kalau 18 hari...huihhh..tak payah la susah-susah p gym...hahahhhaha...