Pages

November 28, 2010

Ulu Paip, Kedah


"Farreal, nak p mandi kat Ulu Paip tak?" Tanya aku kat taiko tecik yang sememangnya aku tau memang "hantu air"

"Ouchhh. Tak nak la. Kan Farreal dah mandi dah tadi.. Air paip." Ngomel dia balik.


"Aiyooo... Bukan tuuu la. Ulu Paip.. Air sungai. Waterfall. Mau x?" sambil aku tunjuk gambaq² Ulu Paip yang dia p dulu. Time dia kecik² lagi..


"Waaaahhhh.... Nak mandi la mcm tuh. Farreal dah busuk dah." Farreal dok buat alasan nak kena mandi Ulu Paip. Memang staiiiii anak ayah nih...


Perghh... Lepas tekan² punat GPS Garmen ni, baru la aku tau ghupa²nya, umah aku nih centre of pusat² recreation yang menarik kat Kulim nih. Kiranya dari Desa Aman ke Air Terjun Ulu Paip hanya 13.2 KM sahaja. Mengikut penilaian GPS aku la..


Next week mau p Sedim @ Lata Bukit Hijau plak. Kalau cuaca eloq la. Mau bawak anak² buah aku yang lain sama. Hakak, Uyie, Iqbal, Darlin' & Laila...
Insyallah. Tue pun kalau x hujan yeeee...?
Ngeeeee.....


November 27, 2010

Batu Feringgi, Penang


Tengah syok lepak² tengok TV kat umah, tetiba idea nak bawak Farreal p mandi laut pun terpancul kat kepala hotak aku yang bijak nih... Memula nak bawak p Sedim, tetapi memandangkan sekarang nih musim hujan maka terpaksa la aku cancelkan planning nak terjun tiruk kat Sedim yang terkenal dengan aktiviti berkayak tuh..

"Ues... Awk nak p mandi laut tak? Awak tak penah lagi kan mandi laut?" Aku tanya taiko tecikku itu..

"Laut? Nak wat apa mandi laut? Nak cari Nemo ke ayah? Ues jawap dengan penuh berminat. Siap bg sebab lagi knapa nak pegi mandi laut.



Sesampainya di Batu Ferringgi...
Hurmmm... Nice... Orang xramai... Best la sket. xbersesak² sgt. Farreal plak tdo... Tadi sepanjang perjalanan dok menyanyi², tergedik² & terkinja² sebab tau aku nak bawak dia p picnic.. Picnic x picnic sangat la kan. Aku buatkan nugget sama kentang goreng. "menu feberet " Farreal." Then beli la ayaq mineral suam.

"Ues... Bangun sayang... Dah sampai dah..." Aku sound Farreal yg baru je terlelap... Almaklumlah.. Sebelum tuh ktorg g Queensbay dulu sebab aku nak try baju.

"Uuuiiihhhh..." aisyehmen. Hat tuh je balas... Pastu sambung tido balik... Punya niceeee...

Hurm....
Apa yang bley aku cakap pasai Batu Feringgi nih?
Tempat dia nice. Best kalau bersantai kalau bawak anak² nak mandi.. Tempat dia pun xde la laut terbentang luas. Senang nak kawal anak² kecik mcm Farreal nih.

Tapi yang mendukacitakan beta bila ada segelintir masyarakat manusia yang berpe'el mcm binatang sebab bila dah bawak bekal, dah beli makanan, time nak balik tuh bley plak tinggalkan plastic², suratkabar dan sisa² makanan lagu tuh ja. Apa la salahnya hang kutip, buang kat TONG SAMPAH yang disediakan. BENGONG! Hang yang makan. Xkan nak suruh berok² @ Nemo yang dlm laut tuh tolong clean up sisa makanan hang kot? Orang mcm nih aku nak panggil buduh mcm berok pun xbley sebab berok xde duit nak beli nasik lemak sama laksa kat kedai tepi jalan tuh.

November 25, 2010

Bilik Tidoq Ues


"Ayah, ues nk tdo..." Farreal sound aku.

"Hurm... ok. Tdo la. Nanti ayah angkat." Jawap aku yang tgah leka tgok Bulletin Utama.

"Ues xnak tdo sni. Ues nak tdo dalam bilik Ues. Ayah tdokan la Ues. Ayah citer la pasal Nemo." Rengek Farreal lagi..

"Aduhhh.. oklah... oklah... Ngade²... Cam x xbley je tdo kat sini dulu." Aku wat muka marah² manjew..

"Ngeeee....." Farreal sengih mcm kerang separa busyuk..


Keesokkan harinya, aku bangun, tgok bilik aku mcm dah ada something wrong... hurmmm... Tenung punya tenung, pikiaq punya pikiaq, aku tertanya²... Sejak bila plak aku wat grafiti kat bilik tdoq aku nih?

Argggghhh... sudah, Farreal yang sememangnya bagun seawal 630 pagi dah memulakan gheja² yang brfaedah ni seawal jam tuh. Aku yg sambung tdoq balik, xperasan lak dia bangun awal dari biasa.. Dok tersengeh² sambil pegang pen... nicely done my dear...

"Ues lukis apa nih?" tanya aku yg nak marah + gelak + bangga tgok creativity anakanda terchenta nih..

"Yang besar tuh Ayah, pastu Ues, pastu Nde..." jawap Farreal penuh yakin beliau tak melakukan apa² kesalahan.

"Abes tuh, kenapa muka Nde kecik, tudung besar?" tanyaku lagi yang mula tertarik dgn graviti Farreal nih.

"Ues x reti nak lukis tudung....." jawap dia. Se'simple as that'. Nicceeeee....

Taman Botani, Penang


Sekali lagi aku meng"decide"kan diriku untuk membawak Farreal berjalan² menghayati keindahan alam ciptaan tuhan nih,kali nih ke Taman Botani plak..


Jika anda seorang photographer,sila la masukkan tempat ni dlm list anda "tempat² menarik untuk ditembak²"...sememangnya keindahan tempat nih nak buat tembak² xdapat dinafikan...banyak tempat² yang sangat nice..


Farreal punya la ligat,naik bukit trun bukit,panjat batu,terjun²..haishhh...macam ayah dia punya je taman ni...heheheh..



Hari Raya Qurban



Wahhh....rasanya tahun nih la raya qurban paling meriah dalam sejarah idup saya...hehehe...

Nasib la baik kekanda saya Sharifah Salwana dan anakanda Nurul Farina datang me"rescue". Depa masak rendang daging sama nasik nenas*menu terbaru...tak lupa juga Mee Campak²..* mee yang direka khas oleh kekanda saya yg complain barang nak buat mee rebus x cukup...dia men campak² ja apa yang ada kat dapoq umah saya nih,heheheh..sorry la acak,umah bujang..mana la nak ada complete set brg masak...huhuhu

Alhamdullilah,dapat la saya menjamu para tetamu yag datang beraya ke rumah saya ini...heheheh...


Terima kasih la kepada Kak G sekeluarga sama Pejal anak beranak sebab sudi datang beraya di rumah saya ini...saya x prepare, raya qurban tahun nih ala feminin ja,insyallah tahun depan akan well prepare...hehehehe..

Farreal plak,bila nmpak chikaro datang ke rumah beliau nih mula la mengedik, nak² anak pejal plak kiut ala² baby doll jepung...ske la Farreal tuh..haishhhh...

November 24, 2010

Ulu Legong Baling Kedah


Malam kedua Raya Haji ari tuh,punya la petak,xtau nak p mana,
pikiaq punya pikiaq,idea mai nak mandi kolam ayaq hangat kat baling..so far setakat nih kolam ayaq hangat yang terbaik yang aku enah p,kat Baling nih la paling best..

Kolam ayaq hangat dia ada 4 peringkat, peringkat pertama, yang aku panggil peringkat Dewa Dewi ialah peringkat yang paling pailang sekali,jika anda mempunyai kulit setebai kulit boya pun (jika anda boya darat) kulit anda pasti akan melecoq jugak jika anda dok buat best nak berenang² kuak bebas apatah lagi kuak kupu² dalam kolam yang pertama nih...tobat panaih x hengat...kalau boh teloq pun boleh rebus eloq dlm kolam no satu nih,apatah lagi kalau anda buboh teloq anda tanpa sebarang slaput *ouchhh,sumpah saya x sanggup nak membayangkan...

Kolam yg kedua atau saya gelarkan Kolam Teloq Separuh Masak,haaa...kolam nih buley tahan jgak tahap kedajalan kepanasan dia...jika anda berkulit gelap, rendamkan muka anda kedalam ayaq nih lebey kurang 3 minute,nahhh...hasilnya serta merta,muka anda akan bertukar kemerah²an seolah blushing tetiba seumpama kain skirt anda ditarik di depan khalayak ramai...sangat² suwiiittt...heheheheh..

Kolam hat ketiga plak kolam yang saya gelarkan sebagai Kolam Pailang Ikan Masen, ini kerana, kolam nih yang paling banyak wap,tapi kita selaku manusia normal, masih mampu lagi berendam dalam tempoh yang lama dlm kolam nih, ada jugak pengunjung yang dok buat gagah especially jantan² muda di depan gadis² dengan melakukan terjunan tiruk didalam kolam yang ke tiga nih,sememangnya tindakan yg kurang bijak ataupun lebih mudah dipanggil bebal kerana, kolam ayaq hangat nih kita lebey mementingkan kaedah bersantai,kalau nak buat terjuanan yang sedemikian rupa,silalah ke Lata Sedim, kat situ mmg sesuai sangat..effect dari melakukan terjunan tiruk nih biasanya xdapat dirasa serta merta,tapi hang tengok la time balik nanti..hahahah..baru hg tau sentapan otak akibat terjahan sertamerta dari sejuk ke panas..nasib badan la derrr...

Kolam ke-4 plak yang saya panggil kolam Riang Ria sememangnya paling best skali,kolam kanak²..ayaq dia suam² kuku,xdalam paras keting aku ja..


Ada jugak sebenaqnya kolam yang ke lima,khas untuk wanita²,gadis² untuk berendam,kolam nih tertutup bagi wanita² yang xmahu aurat mereka dilihat oleh laki² yang bukan muhrim..ermmm...tapi xpenah plak aku tgok wanita² mandi kat situ...xtau la sebb ayaq dia panaih sangat ka,ataupun sebb x syiok mandi sorg²..ngeee...wallahualam...

Malam tuh,Farrel xberapa nak stim mandi kolam ayaq hangat nih,sbb xcukup tdoq katanya,siang² dah bgtau nak mandi kolam ayaq hangat,beliau excited sangat sampai sinag pun xmo tdoq,maka hasil & impaknya boleh dikesan dimalam hari...mandom ja...hehehehhh..

Bird Park, Kuala Lumpur



Assalamualikum para peminatku...heheheheh

Kali nih aku nak tulih pasai birdpark yang aku p baru² nih...baru x baru sangat la,awai bulan november ari tuh, saja ja bawak taiko tecik aku tuh jenjalan,tgok keindahan burung²...asyik dok tgok burung sendiri ja,apa ceghita?hahahha..


Tak dinafikan,tempat nih memang sesuai bawak family especially anak² kecik mcm Farreal jenjalan,banyak sungguh dia tanya nama² burung,xberenti² dok tanya kat ktorg burung²...ditambah plak acu yana sama abag aqil pun ada...wahhhh...makin ligat la anak ayah berlari kesana sini...


Malangnya, time tuh cuaca x brapa nak nice...ujang renyai²..maka, tgok burung pun ala² kadar jew...dan dalam nih.bukan takat ader burung,ikan pun dorg bela...huhuhu...


Secara keseluruhan, birdpark nih mmg best kalau nak berdating bersama family,nak berdating ngan aweq pun best jgak,asyik dating kat dlm bangunan ja,skali skala berubah angin,apa salahnya ye x?heheheh..tengok keindahan alam...flora & fauna...layannn dokkkk...


♥ Syamsoul Farreal Dubeus