Pages

July 31, 2010

Matlamat Hidup


Assalamulaikum..

Pengalaman berkerja sebagai marketing executive membuatkan aku berjumpa ramai orang dgn pelbagai ragam & karenah. Dari betul² kaya hinggakan yang buat² kaya.. Tapi aku suka buat kerja yang macam nih. Aku suka tanya perjalanan hidup dorg. Apa yang buatkan dorang berjaya...

Semalam aku jumpa satu client. Dia muda lagi. Baru 44 tahun ada business sendiri, rumah sendiri, anak 3 orang, kereta besar dan yang paling best tuh, rumah dia yang berharga almost 500k dah habis bayar (pinjaman 2 thn saja!). Rumah yang mula² dia beli teres setingkat pun dah abes bayar, kereta dah habis bayar, insurance anak² semua ada. By the time anak tuh umur cecah 18tahun, dia boleh kluarkan 130k untuk anak dia tuh smbung study @ untuk anak dia tuh buat apa yang dia nak. Hurmmm... Best...

Dia jugak kata kat aku, by the time umur dia 50 tahun bila simpanan dia cecah 5-7 mil, dia nak let go business dia tuh & enjoi sisa² hidup dia. Xnak pikiaq apa dah. Perghh... Anak² masing² akan dapat 130k bila dah umur 18 nnti..

Alhamdullilah. Setakat nih aku masih lagi dalam jalan yang aku rancangkan. Insurance & simpanan Farreal dah ada. Kalau ader anak lagi, aku pun nak amik jugak insuran pendidikan utk anak² yang lain. By the time dorg 18thn, dorg dah ader duit dorg sendiri. Aku dah buatkan dorang tapak dan akan tunjukkan jalan. Terpulang atas anak² aku untuk teruskan perjalanan tu atau ikut jalan sendiri. Aku akan guide / support dorang apa yang dorang nak buat bila dah besar nnti sebab bagi aku, their life, their choice. Aku xnak & xkan paksa dorg buat apa yang dorg x suka. Setakat nih apa yang aku nmpak Farreal minat sungguh membaca, melukis & kerja² yang melibatkan seni nih. Cam menyanyi & berlakon, insyallah kalau itu yang dia betoi² nk smpai besar nnti, akanku hantar beliau ke pusat pengajian yang membolehkan beliau mendalami bidang yang beliau minati tuh. Bagi aku kalau dia dah minat buat menyanyi ke, xemestinya dia jadik penyanyi. Dia bley je jadi komposer @ lain². Xkan minat dia yang tuh aku nak paksa dia jadik engineer plak kan? Klu seseorang tuh xsuka & xhappy dgn apa yang dia buat, nescaya gheja yang dibuat tuh nnti jadik xikhlas & xperfect. Hasil kerja pun cam taek...

Matlamat hidup aku plak, by the time umur aku 35 tahun, aku nak settlekan semua hutang² aku (kereta, pinjaman rumah, pinjaman belajar bla..bla..bla..) and kalau bley nak ada business sendiri. Nak tambah asset (rumah & kereta).

Bila aku umur meningkat 55 tahun dgn simpanan & backup planning yang ada, aku dah malaih dah nak pikiaq² pasai gheja² nih. Nak p mekah & bercuti di tempat² yang xpenah aku p. Enjoy my life.. Yeayyy. Kiranya penat lelah aku sepanjang muda nih akan dibalas di usia tua. Secara puratanya hidup sorang manusia di Malaysia ialah 70+ bagi lelaki & 80+ bagi perempuan bermakna Azrul akan menjanda dlm tempoh yg agak lama iaitu 10 tahun setelah pemergian aku..
Hahahahah.. xdelah. Tu bukan maksud aku. Maksud aku bila dah tua kelak, duit bukan halangan. Time muda work like hell, time tua relax... Duit ada utk hidup. Enjoi..enjoi..enjoi.. sisa² hidup & lebih dekatkan diri dgn Allah...Amin...



p/s: ♥ Syamsoul Farreal Dubeus & Azrul Azneeta

July 27, 2010

Unconditional L.O.V.E


Itu dia... two words tapi penuh pengertian & makna yang tersurat, tersirat malah terbelit². Sangat² rare untuk jumpa... Ramai yang kata, itu lah dia unconditional love.. Ramai yang mengaku tapi xramai yang betoi² paham hapa kebendanya unconditional love nih..

Bagi aku, unconditional nih adalah ibu segala CHENTA, ibu kepada segala KASEH SAYANG.. Kasih sayang @ perasaan cinta yang ikhlas, suci lagi murni malah lebih murni dari minyak masak seri murni. Kita memberi kasih sayang @ chenta kepada seseorang yang kita sayangi tanpa mengharapkan balasan dari pihak yang disebelah sana..

Rata² yang aku kenal, ramai yg xdaq perasaan unconditional love nih. Ramai yang mahu diri disayangi kembali setelah apa yang diberi. Ramai yang mengharapkan balasan dengan apa yang diberi.. Omputeh kata, wut I give, I must get bek *omputeh yg dibesarkan di pantai timur..

Amat² jarang sekalilah aku dapat lihat orang yang sanggup lihat kebahagian orang yang disayang², bersayang² dengan insan lain tetapi bukan dengan dirinya. Motto dirinya ialah "bila si dia gumbira & bahagia, sudah cukup membahagiakan diriku jua..."Dalam erti kata lain, si dia sanggup makan hati, makan jantung, limpa, hempdu & segala mak nenek bagi memastikan orang yang dichentai & disayangi itu bahagia.. Manusia jenih nih jugak sanggup gheja siang malam, do wut eva it takes to make sure orang yang dichentai itu bahagia dan jika CHENTA @ SAYANG beliau dibalas (bukan dibalas pantun) maka dengan itu ianya satu BONUS bagi beliau..*yeayy..chentaku dibalas, dia balas guna sms...ahaks...

Cinta @ sayang yang hanya pada mulut & lite² pada hati sendiri tuh sudah belambak² aku jumpa. Jenis cinta hat lagu nih sangat bahaya ooo... Boleh merana kepada mangsa² chenta lagu nih.. Si pemangsa sebenaqnya xtau apa yang dia nak @ rasa. Adakah itu CHENTA ataupun SUKA? Perasaan CHENTA tu totally different dengan SUKA. Suka nih boleh berubah²... Sat suka, sat suka lite², sat x suka langsung.. Orang hat jenih nih akan buat apa saja bagi memastikan orang yang disukainya dulu merana akibat chentanya direject @ ditolak @ di let-go.. Dia sanggup buat apa saja bagi menyakiti hati dan memastikan orang yang disukainya dulu tidak bahagia, kecundang dan sengsara.. Mengapa perkara ini terjadi? Adakah si pemangsa berharap dengan cara ini si mangsa akan membalas dan memberikan chenta yang didambakan?
wallhualambissawab....

Unconditional love nih, hadir pada diri sendiri tanpa kita sedaq. Dia xbley diungkap dengan kata².. Terlalu besaq dia punya makna tuh smpaikan aku pun xtau camana mau sampaikan besaqnya makna unconditional love nih.. Contoh yang paling senang, kebanyakkan mak ayah membesarkan anak dgn memastikan anak tuh bahagia, dapat apa yang dia nak, bagi anak² pakai baju cantik², sekolahkan depa sampai slagi yang boleh dan depa cuma mengharapkan agar anak² tuh jadik manusia yg berguna & cermerlang satu hari kelak. Tapi apa yang mak bapak dapat lepaih tuh? Anak² gheja hebat².. Pakai keta besaq², rumah besaq², bini besaq², laki besaq² then apa pulangan yang depa dapat? Dalam bahasa omputehnya "wut do they get? "NOTHING"

Benda² tuh semua sudah cukup membahagiakan mak bapak.. Depa xmintak pun duit, xmintak pun suh bayaq balik penat lelah depa selama nih.. Depa lah orang yang paling happy tengok anak² depa happy dan sekiranya si anak² pula bagi duit, bagi kasih sayang dan curahkan kembali apa yang mak bapak berikan selama ini dihari tua mereka, itu dipanggil BONUS bagi mak ayah... Mereka tak minta.. Terpulang kepada si anak..


p/s: Syamsoul Farreal Dubeus, now I noe wut's da meaning of unconditional love..TQ ♥

July 22, 2010

Shamisha Holiday Sangat Berholiday


Taraaaa... musim demam menjelma kembali. Lepaih ja hantaq Farreal masuk asrama, aku ngn Azrul berdemam secara berjemaah. Simptom² demam yang xbest ditambah pula dgan dok bujang & alone meng'tak-best'kan lagi sesi demam aku kali nih. Nak mintak MC, supa x MC. Nak wat camano, dh gheja teman lagu tuh. Orang dok call².. cari²... Nak x nak, kena gheja jugaklah..

Pikiaq punya pikiaq, punca camana aku bley demam nih akhirnya temu jalan penyelesaiaan... Perjalanan KL-Kulim yang sepatutnya memakan masa 3-5 jam berlarutan hingga 9 jam menyebabkan aku tertekan dengan keadaan bus yang mcm chaplang. Luaq punya nice.. Kaler bus kilat² tapi di dalam dengan seat yang sempit membuatkan aku yang american size nih dok mcm dlm tin sardin. Gap antara seat aku ngn seat depan sgt dekat, smpaikan kaki aku terpaksa berpasak dgn seat depan.. Punya staiiii... Andai kata driver dok buat nice, drift sambil buat break mengejut, tobat kaki aku patah...

Settle bab tuh kita masuk plak bab KELEMBAPAN para pam pam pam pam pammmm... Lepaih hantaq anak aku kat Subang, dengan keadaan kelam kabut,aku terus shoot p bus station. Ticket beli pukui 11pm, bus SHAMISHA HOLIDAY yg sempoi tiba di lokasi kejadiaan pukui 12am, bus gerak pukui 1215am.. Punya punctual.. Takpa, aku paham. Mungkin jalan jem teruk² (tengah² malam pun jem... xpa... xpa...) Almaklumlah Kay Hell Lumpur, maka boley dimaafkan...

Settle bab KELEMBAPAN tuh, kita masuk plak bab CUTI² MALAYSIA... hat nih yang paling sempoi. Mula² depa dok amik orang kat Jalan Duta. Ok la lagi, pastu berenti lagi kat Simpang Pulai kalau x salah aku, makan², minum² & kencing².. Lepaih pada tuh depa dok kerap berenti² dok amik orang² + berenti makan² sampai 6 kali banyaknya (info dari penumpang lain, aku dh membuta. Xsempat nak kira)

Punya la bebai x hengat dunia aku time tuh.. Nasib la baik perjalanan ke Kulim nih x lalu jalan pantai timur, kalau x, nescaya, kat Kuantan berenti, kat Muadzam berenti, kat Kemaman berenti.. pendek kata, pantang nampak station bus, pasti mau berenti...

Aku dok budget, klu nek bus pukui 11pm, paling bangsat pun pukui 4am dah sampai. Maka nak dijadikkan cerita, pukui 7am aku terjaga dari mimpi yg indah, masih dalam bus. Dalam keadaan mamai² buah tuh, aku dok risau kot² bus dah terlajak sampai ke Aloq Setaq. Mampuih la aku. Dh la gheja pagi tuh. Salah aku lah kalau depa dah kejutkan & buat announcement aku xsedaq.. tdoq mampuih..

Dengan buat muka gelabah bewak, aku meluru ke depan driver tanya kot² bley wat u-turn hantaqkan aku kat Kulim balik *sambil dok wat muka kiut..
Malangnya Incik driver menjawap "Kulim xsampai lagi bro. Hat tuh last station. Nih kita dah nak sampai Butterworth dah. Pastuh kita p hantaq orang kat Penang sat Then baru p Kulim..."
Dari muka aku yang buat² kiut ala² anak kucen , terus berubah jadik muka menyinga mcm The Rock *ensem still maintain..

Aku mula meninggi suara "Awat hang x lalu Kelantan ja? Aku suka dapat jalan² lagu nih!"

Incik Driver menjawap " Sorry bro, saya pun terima arahan mcm nih. Kena banyak menyinggah amik orang.."

Aku cool balik *almaklumlah, daddy cool.. nak marah kat dia pun xguna. Dia pun penat drive 9 Jam atas arahan pihak atasan beliau. Punya la nak untung, service jadik cam HAMSAP..

Tanpa buang masa, aku call ayah yang kebetulan gheja shiff malam. Suh amik aku kat Butterworth. Kalau aku nak tunggu depa hantaq orang p Penang Island plak, tobat aku smpai umah pukui 10 pagi, demmm punya nice...

BTW, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada SHAMISHA HOLIDAY Express sebab bawak aku jenjalan sepanjang malam & siang. Akhir kata, kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi. Kalau ada umur yang panjang, tobat aku xmau naik bus hang lagi...
Tata...

p/s: ♥ Syamsoul Farreal Dubeus...

July 20, 2010

Kepercayaan


Kepercayaan kalau dilihat dalam kamus dewan membawa maksud kepada:

1.Keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad:
2. Sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll);
3. Keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang;
4. Boleh dipercayai, amanah (jujur dll)
5. Orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu)

Contoh yang paling hampir dalam erti kepercayaan ialah kepercayaan terhadap pasangan masing². Alhamdullilah cik tunangan saya meletakkan kepercayaan kat saya untuk mengepalai hubungan ini sehinggakan every single thing saya cerita kat dia. Susah btul kalau aku nak berbohong. Lidah nih jadik kelu, tergagap². Kalau dah mcm tuh, confirm² la kantoi aku berbohong. Heheheh... Bukan xpenah berbohong, ada gak tapi failed.. ngeh...ngeh..ngeh..
Sampaikan teman² yang lain pun nampak jeles sebab semua tempat yang aku pergi, aku bagitau. Xde nak selindung², xde nak berbohong. Mcm nak p karaoke, nk p tgok wayang ngan kawan² pompuan, nak kuar makan ngan client pompuan, smua aku bagitau dia. Ada jugak kawan aku tanya.

"Wei Syam,tunang hang xmarah ka hang keluaq p tengok wayang ngn kawan² pompuan hang?"

"Wei Syam, mesti hang tipu tunang hang kan kata hg tengah dok tdoq la nih?"

"Wei Syam, hang guna ilmu apa smpai tunang hang xkata apa pun hg dok kluaq makan ngn pompuan lain?"

Hahahaha... Jawapan dia senang ja. Aku jujur ngan dia dan dia percayakan aku. Aku habaq kat dia ngan sapa aku keluaq, ngan sapa aku tgok wayang, aku p mana, aku p snooker ka, aku p lepak² ka, semua aku inform dia. Dia xpenah nak larang aku. Hang nak tau sebab apa?

KEPERCAYAAN...

Sebab bagi dia, lagi dia larang, lagi dia sekat, lagi tuh la gelodak nafsu remaja aku nih nak buat. Dan bagi aku pulak, dah dapat tunang sikit punya sporting, memahami, letakkan sepenuh kepercayaan & chumey sumore, apa kejadahnya aku nak buat taek.. Ingat senang ka nak gain kepercayaan org?

Alhamdullilah, cik tunangan saya pun sgt² jujur dengan saya. Every single thing musti dia hantaq report Even stokin koyak pun mau report kat saya.. Dia xpernah tipu saya(till now). Even benda yang pahit nak ditelan pun dia akan cakap kat saya. Kerana itulah saya meletakkan kepercayaan saya kepada beliau dan atas sebab² tu lah saya jadik sgt sayang pada hubungan nih.

Kepada beliau, dia lebih mengenali saya dari yang lain. Dia benar² buat saya bahagia... InsyaAllah, takkan saya punahkan kepercayaan yang beliau berikan...

Sebetul² nature seorang lelaki nih amat² pantang dicabar, dipandang rendah, dikongkong... Lagi orang lain underestimate kat aku, slagi tuh la aku nak buktikan keupayaan diri aku ni.. Dulu, ada orang mempertikaikan decision aku bila aku nak buat marketing kat magazine. Bnyk kata² kasi aku goyang seperti;

"Hang pasti ka nak jadik marketing magazine? gila hang?! Lubuk maut tuh"

Dan setelah berusaha keras dan percaya dgn apa yang aku lakukan maka terbukti
"Top Sales Marketing -Magazine Unit 2008" menjadi milik aku..

Aku bukan nak membangga diri. Point aku, kalau kita percaya pada diri kita & pasangan kita, nescaya hidup ini lebih membahagiakan dan jangan sesekali kita memperkotak-kasutkan kepercayaan yang diberi.. Kelak memakan diri sendiri...

p/s: We ♥ Syamsoul Farreal Dubeus

Kunci Kebahagian..


Assalamualaikum...

Dalam kehidupan sehari²an, kita dok leka mencari kunci kesenangan & kemewahan tapi sedar xsedar, kesenangan & kemewahan xmenjaminkan kebahagian. Kalau dulu aku dok gheja teruk² nak cari kemewahan utk family tapi apa yang aku dapat? xdaq apa pun. Aku telah di"mindset"kan bahawa kekayaan & kesenangan material dapat membahagiakan family aku. Tapi? Itu smua dusta belaka.... Org nampak senang kat luar, kat dalam? Xda siapa yang tahu...

Kebahagian dalam perkahwinan bukan hanya bergantung pada wang ringgit sahaja walaupun kita tak ber"wang" tapi kita juga mampu mngecapi kebahagian yang kita idam²kan...Tak dinafikan kini,wang menjadi faktor utama dalam organisasi sebuah kekluargaan. Ramai yang telah bercerai berai disebabkan tak mampu lagi mengharungi kehidupan yang susah akibat tidak mempunyai wang yang lebih. Namun aku percaya, jika kita sudah mempunyai family sendiri, sudah mempunyai anak, maka rezeki itu akan datang dengan sendirinya. Mungkin bukan rezeki kita tapi rezeki anak². Antara cepat dan lambat saja. Maka bersabar lah.. Perbanyakkan berdoa kepada Allah swt supaya dipermudahkan dalam mengatasi rintangan² yang dihadapi dalam kehidupan ini..

Sememangnya dlm sesebuah perkahwinan tuh pasti ada sedikit pertelingkahan. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Oleh yang demikian bagi aku, salah satu cara untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk, pasangan suami isteri hendaklah bersepakat dari awal lagi supaya tidak menceritakan keburukan & pertelingkahan yang berlaku antara mereka kepada family, sahabat handai & kenalan² yang lain. Benda nih lah yang lebih memburukkan lagi keadaan.. Sebagai contoh jika si Limah dok ngadu kat mak pak dia pasai kekurangan yang ada pada si suami, ofecoz la family si Limah nih akan dok backup si Limah serta memburukkan lagi pandangan mereka kepada si suami. Begitu jua bagi pihak si suami. Tak payah la hang dok becerita kat family @ kawan² hang andai kata bini hang tuh kuat tidoq ka, baloq nak mampuih ka, suka bangun lewat smpai matahari terpacak ka, kuat melawan ka dan lain². Benda tuh hgpa handle la sdiri. Dari pemerhatian aku, 95% family @ sahabat handai akan berkata mcm nih bila pasangan mereka mengadu nasib..

"Huishhh...xsangka si Leman mcm tuh noooh? Mcmana la hg boleh kawen ngan dia...?"

"Aku dah kato dah, si Leman tuh mmg x guna. Dia tuh xbaguih... Aku xpernah suka dia sejak mula² kenai dulu. Muka dah la mcm gangster..."

Tuh diaaa...masing² dah jadik ahli nujum. Walhal yang lebih mengenali hati budi pasangan masing² ialah anda sendiri.. Secara xdisedari, ramai yang suka melihat kita kepada kehancuran dari melihat kita bahagia.. Tak smua orang senang tgok kita senang...

Majoriti ramai kenalan aku akan kata;
"kalau tak mengadu nasib kat family & rakan taulan, nak ngadu ngan sapa lagi? Xkan nak pendam ja perasaan ketidakpuasan hati nih? Xkan nak biaq jadik membusung? Boleh gila kalau xlepaskan...!?"

Maka aku pun menjawap
"Deeeeyyyy macha, negara kita nih maju la macha. Hang p la refer kes ketidakpuasan hati hang tuh kat pegawai kaunseling kat pejabat agama ka, kat agensi² swasta ka. Mcm ceghita Mr. & Mrs Smith tuh..Depa tuh lebih pakar berbanding family² & sahabat handai hang yg menjadik pegawai kaunseling yang xbertauliah tu. Lagipun depa xkan back-up mana² pihak. Siapa yang slah depa perbetulkan. Sia² depa dok belajaq tinggi². Pasai bab² nih, depa lebih arif..."

Kita semua tak perfect. Masih ada kekurangan diri. Aku sdiri pun bnk kekurangan. Bagi aku yang dah lepaih tuh lepaih la. Cuma kesilapan yang lepas tuh, kita boleh jadikan sbagai pengajaran agar kita xlagi melakukan kesilapan yang sama buat kali kedua. Masa depan yang perlu lebih dititikberatkan bukan masa lampau. Kalau asyik dok pandang kebelakang ja, sampai bila mau maju kehadapan? Mcm kita beli kereta la. Kita beli wira, tukaq engine ferrari pun still bin proton jugak. Mana nak boleh ber"bin''kan ferrari ye x? Kalau dah nama anak Syamsoul Farreal Dubeus bin Syamsoulnezam, yang hang nak p tukaq jadik nama lain tuh dah buat apa?Apa keheynya? Bukankah ia lebih mendatangkan kekeliruan kelak? Itu hanya contoh. Kena pandai² la kalau bab² nak perbaiki kesilapan yang lepaih. Usah jadik bodoh xbertempat..

Seperti yang slalu diingatkan oleh cik tunangan saya, apa² jua yang berlaku, kita perlu back to basic. Masing² tau tanggungjawap masing². Ikut landasan yang betul, Insyallah bahagia dunia & akhirat.

Selagi aku hidup selagi itu juga aku dalam proses pembelajaran. Aku xkata aku nih baguih.
Aku jugak punya kelemahan. Maka kalau aku salah tuh tegur²lah..jgn dok nak kondem ja...

p/s: Aku sayang family aku ♥ Syamsoul Farreal Dubeus...

July 17, 2010

Decoration Bagi Ruangan Sempit

Lepas je balik keja, aku pun mula gatalkan diriku men"decorate" ruangan bawah tangga nih..planning nak buat stor tapi memandangkan depan tangga nih tempat makan, maka aku mendecidekan diri aku untuk membuatkan ruangan mini office utk aku & ruangan mentelaah untuk Farreal & Nde beliau..(Farreal & Nde berkongsi minat yang sama,baca novel dan Farreal pun so far takat ni dah menampakkan ciri² nak follow Nde beliau -hurm...nak kena buat rak buku la plak pas nh)

Kos pengubahan nih xde lah mahal sangat sebab aku beli part by part. Mana yang berkenan di hati, aku rembat... Tapi tuh la bila dah kata DIY & buat sorang² maka masa untuk mendecorate tuh makan masa yang lama la sampaikan cik tunangan saya pun xpaham. Apa kejadahnya saya dok buat sampai lama sangat dok ngemas. *hurm...nak wat camana darlen. U pun tau kan I nih cerewet sket bab² kemas mngemas nih. Bukan nak perfect sgt tapi dah alang² nak buat tuh, buat kasi eloq & sedap mata memandang je lah...baru puas ati... So, ketelitian amat dititikberatkan...