Pages

December 25, 2011

Wish You, Good Nite Jr.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Ahhhh..sudah..pe'el lama dia dah jadi balikkkk..datang bulan gamaknya..emosi tak stabil..

Gud Nite Syamsoul Farreal Dubeus.. Jangan lupa baca doa tdo,basuh kaki + gosok gigi..

P/s: Ayah & Nde,saaaaaayang Uessss... :)

December 22, 2011

Oh Kome,Sekolah Udah Bermula..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Macam tak percaya,next year Farreal dah start sekolah tadika,hehehe..kejap je rasanya. Dah 5 tahun anak ayah ni..

.انشـــــاء الله..
Kalau xde aral melintang,umur Ayah & Nde panjang, we'll be there on your 1st day awak masuk skolah..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..
Mama,kasi amik awak seminggu sebelum awak start skolah.Maka, boleh la kita beli barang² belajaq awak..kasut + beg + baju + alat tulis + stokin + spender + buku² + kaler maler dan apa² yang patut la kan..

Seperti biasa, ayah plak yg excited terlebih..hehehe..rasanya awak xde masalah kot nk kenal ABC, nak menulis pun xde masalah, berbekalkan pen ngn dinding umah (padahal,buku utk awk menulis & melukis dah belambak² ayah beli,dinding jugak sasaran awk) kita ni,hasil seni awak melukis & menulis telah dibuktikan..Nde pun dah ajaq kan ABC & 123 kat awak kan sebelum ni..Ayah tgok cepat je awak catch up apa yg Nde ajaq..bley la ganti Adi Putra anak ayah ni..huhuhu


Ayah & Nde,doakan suatu hari nanti awak jadi orang yg berguna kepada bangsa & negara..belajaq tu rerajin.. Klu ikut kepala otak Ayah,nak je ayah hantar awak kat sekolah cina,kasi awak tau berbahasa cina..kira nanti,awak boleh bercomunicate 3 bahasa la, Malay + English + Mandarin = Powerrrrr..
.انشـــــاء الله..

Tapi klu sekolah kat jenis kebangsaan cina tu,awak kena work extra harder la than bebudak lain, ptg hantaq plak skolah agama, biaq seimbang duniawi ngan akhirat..


Apa² pun,kami doakan yang terbaik utk masa depan awak..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...

P/s: All the best Syamsoul's Junior..

December 21, 2011

Anniversary

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

اَلْحَمْدُلِلّهِ

Syukur ke hadrat ilahi,tarikh 19hb ni dah genap la usia setahun perkahwinan aku.. Rasa macam baru minggu lepaih ja aku pegang tangan pak mertua aku akad nikah..tup tap tup tap dah setahun dah ghupanya kami bergelar suami isteri..
Ngeee...

Harap² kebahagiaan yg aku miliki ini akan kekal hingga ke akhir hayat..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ..



P/s: Orang kata 5 tahun pertama perkahwinan is the tougher year.. sikap bertolak ansur + saling percaya antara satu sama lain + slalu berlaku jujur + tidak pentingkan diri sdiri = kunci
kebahagian sesuatu hubungan..



Ayah sayang Nde & Farreal..
Thanx to اَللّهُ for sending you my loves..

December 15, 2011

Bilik Termenung ★ Bilik Mandi


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Masa dulu,time aku kecik², aku slalu berangan nak bilik ayaq yg chantek,ada bathtub, ala² resort kat Bali..balik gheja bley berendam dalm ayaq buih..fuhhhh..heaven...
khekhekhe..

Tah bila la angan² aku ni jadik kenyataan.. Kena gheja lebih keraih lagi..simpan duit lebat²..kasi renovate itu toilet..

P/s: Bilik ayaq anak bujang ayah Syamsoul Farreal Dubeus dan adik perempuan beliau..Ayah decorate sket kasi chantek..xda la chantek mana pun,kasi sedap mata memandang ja..

December 14, 2011

Ber"Water" Rafting di Sungai Sedim


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Minggu ni saja 2x dah aku bawak bini ngan kawan² pi mandi ayaq terjun Sedim.. Keindahan dan kesejukan ayaq Sg Sedim membuatkan aku tertarik dan tak malu² nak bawak kawan² yang datang dari jauh..

Rata² kengkawan yang mandi sini memang puas hati.. Kebersihan sungai dan alam sekitar menambahkan lagi kerancakan kami bermandi manda..

Bayangkan la, sudah lebih 15 tahun aku datang berpicnic kat Sedim ni tapi baru² ni je aku terbukak hati nak bertanyakan package water rafting yang ada kat Sungai Sedim ni..


Untuk package sehari, sorang dikenakan RM180 tapi untuk package 2 hari 1 malam, RM280. Kalau ramai, bley dah tokey tu bagi diskaun.. Lagipun kalau lagi ramai, lagi la syiok join activity berwater rafting ni.. Sebelah malamnya plak, bley buat bbq kat kem.. Segala peralatan memasak disediakan. Peserta cuma bawak bahan mentah ja.. Tukang masak pun ada.. Makanan hanya disediakan oleh pihak penganjur utk lunch sahaja..


Jadi kepada kawan² yang nak merasa berwater rafting ni, jom pakat² kita planning.. Bagi yang sukakan activity lasak la.. Jiwa betoi² kental.. Yang berani tergolek tgah² sungai yg ayaq dia deras dan berbatu².. Wahhh.. Bagi aku syiok la.. tapi "kaki" xramai.. xkan aku ngn bini aku je nak layannnn.. Kalau xnak @ takutkan activity lasak ni, hgpa naik je la ferri penang tu. Baju pun tak basah.. Siap boleh dok dlm keta lagi.. Fuhhh.. Punya mencabar... khekhekhe..


P/s: Farreal dh besaq sket,kita berwater rafting plak eh? Syioookkkk ooooo... Yuhoooooo..!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ayah Pun Botak

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Ntah apa tah "pertunjuk" yang aku dapat nak potong rambut botak ni aku pun tak tau.. Tetiba je rasa nak botak.. Sejuk je mata memandang kot.. Bak kata Harith Iskandar "Halusssss...je"

Mungkin lepaih tgok Farreal botak, tak sakit mata memandang kekusutan rambut beliau sebelum botak tu kot menjadi salah satu faktor utk aku potong botak sama..

Sebelum botak ni, every month nak kena potong rambut kat salon. Melayang RM17-RM30 tiap kali potong.. Ni kalau potong botak kat kedai india RM7. Settle masalah.. siap dia tolong massage kepala lagi.. Aku bab² massage me"massage" ni memang pantang tolak.. hehehe..


P/s: Dah botak² mcm ni pun orang still kompius aku ngan Jacob *co-star dlm filem Twilight tu..
"Excuse me, are u Jacob?" Kata aweq kaunter ticket GSC time aku nak beli ticket last time.. benciiiii I...

Journey to Krabi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ..akhirnya impian aku nak bawak anak bini kluaq pi bercuti dan berjalan² kat oversea akhirnya tercapai..

Tak dinafikan,bercuti² kat luaq negara ni lebih menjimatkan lebih² lagi kalau bercuti kat Thailand & Indonesia..

Sebelum bawak masuk kereta ke Thailand, kami berenti sat beli insurance Thailand dekat Pekan Chanlon. Utk kereta sedan RM21 dan kereta MPV RM24.. Isi minyak full RM70..

Perjalanan tertangguh dekat sejam kat immigration Thailand sebab kena turun kereta, check passport sorang².. Setelah settle everything, dalam jam 2ptg baru kami bertolak. Singah makan kat Trang + buang ayaq + makan kat pekan Krabi, jam 8malam jgak kami sampai resort..

Kami stay kat Ao Nang Cliff View Resort. Aku amik hat ada kipas ja. xbley amik yang aircond memandangkan Farreal allergic dengan aircond + kami dok dlm bilik hanya utk tdoq dan mandi saja. All the time p merayap kluaq.. Kos utk sebilik ni 4hari 3mlm + breakfast = RM250 *termasuk 18% tax. Kawasan resort sgt memuaskan sebab ada wi-fi, swimming pool, spa & sauna + massage dan yang lebih penting, makanan dia semuanya halal sebab tukang masak + pekerja dia muslim (siap bertudung lagi) dan dapat free island hoping utk dua org..*Barracuda Travel & Tour

Keesokkan harinya, kami pi Hong Island. Bodek punya bodek, bargain punya bargain, sorang kena bayaq dlm 820 bath. Kanak² free of charge. Sesapa yang tak p island hoping, memang sia² je la dia bercuti kat Krabi ni.. Dia punya ayaq laut, SubhanAllah.. Jernih dan bersih dia mcm ayaq mineral water dlm botoi ayaq tu..

Depa start pickup kat hotel jam 830am waktu Thailand. Kalau waktu Malaysia jam 930am.. Jam 3pm, depa hantaq balik.. Sampai² ja hotel, p plak cari motor sewa. Senang sket nak gerak p jenjalan keliling Krabi ni.. Bwk keta susah sket la nak parking. Org kedah kata "ghenyah".. Kos utk sewa motor ni 350 bath utk dua hari. Isi minyak 50 bath. Kalau isi penuh 120 bath. Tak payah la gatai nak isi penuh, Krabi ni besaq mana la sgt.. Isi setengah ja cukup..

Petang tu ronda² naik motor kat pekan Krabi, tangkap gambaq kat stadium muay thai.. Kos utk menyaksikan Muay Thai ni 800 bath.. chaiittt.. hat ni mahai. Kat area umah aku ticket dia RM5 ja skali masuk.. So aku ✗ teruja sangat la tengok muay thai tu.. Betoi² cekik darah.. Mat saleh pekak ja yg sanggup bayaq semahai tu smata² nak tgok.. Depa pun bukan lawan betoi².. More to entertained penonton smata².. Tapi kalau nak tgok hat real, yang pecah² muka, yang koyak² hidung, mai la umah aku.. Sebulan skali ada pertandingan kat dewan skolah area umah aku ni.. Tu pun kalau hgpa gamak la nak tgok hidung patah.. muka koyak.. darah bersembuq..

Hari ke tiga plak, kami pi naik gajah.. Seperti biasa, adegan bargain mem"bargain" dijalankan. Dapat la sorang 640 bath sorg. Buleh naik gajah sejam. Hat nih pun mahai aku rasa tapi disebabkan xpenah naik gajah, dah alang² sampai tu, layankan aja. Farreal mmg la xcited tak hengat donia.. 1st time bagi kami naik gajah. Yang Nde dia plak, time gajah masuk sungai tu, mulut terkumat kamit baca doa. Tah² doa tido pun dia bantai baca skali gamaknya.. heheheh.. tp mmg gerun beb time gajah tu turun curam sungai.. Dah la tinggi. Kepala otak aku dok terbayang bebukan.. goyangggggg...

Sepanjang kami kat sana. Time lunch dan dinner, kami makan kat Adam Bungalow. Lokasi kedai makan ni bertentangan dengan masjid dan 7E.. Kami makan hidang.. Mcm² order.. Ayaq plak mcm² jenih.. Sedap pun sedap + siap ada free wi-fi lagi.. Kos makan utk 8 dewasa 5 kanak² bersamaan 1400 bath ke 1700 bath... not bad jugak harga dia..

Hari yang ke 4, Puan Isteriku yg gedik² manja nih nak p cuci rambut beliau memandangkan lepaih mandi laut last time, rambut beliau yang halus dan mulus bertukaq jadi berus dawai. Kos utk cuci rambut ialah 250 bath. Dia keringkan guna hair dryer siap dengan Iron lagi rambut beliau yg panjang tu. Sepatutnya harga cuci rambut tu 200 bath ja tapi sebab rambut panjang, extra charge dikenakan.. Sementara menanti beliau mencuci rambut, Farreal & Ayah pun merondakan dirinya, pergi bershopping.. Seriously, harga barang² amat mahai.. Baju t-shirt I ♡ Krabi, dia bukak harga 250 bath. Tawaq punya tawaq dpt la 150 bath. Pastu aku memang malaih nak tawaq lagi.. Bayaq dan blah.. Menyampah aku nak menawaq² ni.. Lagipun apa yang ada kat Krabi, senang² aku jumpa kat Batu Feringgi. So, aku ngan isteri, xda la bershopping apa pun,takat beli fridge magnet + baju I ♡ Krabi sebagai tanda ingatan (harammmm sampai sekarang aku ✗ pakai² lagi.. Dok eloq ja dlm plastic tu) dlam jam 2pm, kami pun bertolak ke Hatyai..

Kami sampai Hatyai jam 8pm. Disebabkan takda dalam planning, menggagau jugak la cari hotel nak stay. Kebanyakan dah fully book sebab weekend, hari sabtu mlm minggu.. Time tu dah kecewa sgt dah. Kepala hotak dah ingat nk balik terus Malaysia tapi tetiba plak time tunggu sebijik lagi kereta, terpandang Grand Hotel. Aku & Aznor try tanya. Nasib la baik ada lagi bilik.. Harga utk semalam 1390 bath.. Malam tu pi makan kat Restoran Hameed. Lepaih makan memasing dah tak larat, teruih masuk rehat dlm bilik hotel,memasing panggil amoi tukang massage 300 bath utk Thai Massage / dua jam @ 500 bath oil massage / dua jam.. lepaih tu memasing terbongkang keletihan..

Besoknya, breakfast kat Restoran Salma, makan nasik lemak, roti canai, ayaq kelapa utk 5 orang dlm 350 bath.. Dalam jam 2pm, kami bertolak balik dari Hatyai ke Danok bersamaan 53km. That means dlm setengah jam dah sampai Danok. Time kat Danok ni la bershopping sakan. Harga barang murah la jgak klu nk compare dengan Malaysia..Jjam 7pm bertolak balik Desa Aman, tapi stuck kat Immigration Danok nak masuk Bukit Kayu Hitam almost 2 hour.. Kereta banyak.. Jalan jem tak hingat..

Secara keseluruhannya, kalau niat nak p bercuti² kat Krabi ni, mmg puas hati. Terus hilang rasa letih lepaih tengok keindahan alam.. Tapi kalau niat nak bershopping kat Krabi ni.. hurmmm.. Better think twice.. Harga lebih kurang kat Malaysia.. Next time kalau nak buat road trip ke oversea lagi, kena standby Walkie Talkie. Kat sana susah nak communicate bila berkonvoi..coverage takdaq..

P/s: Ayah & Nde xkan lupakan kenangan kita tiga beranak meredah banjir dan hujan time malam ketiga.. Farreal punya la excited dapat main hujan meredah air dengan motor.. Dah mcm naik speedboat.. Sepanjang jalan Farreal menjerit "Uuuuuu...wahhhhh..besttttt".. Suka la tu dpt main hujan, nasib baik la awak tak demam.. اَلْحَمْدُلِلّهِ.. that one is "PRICELESS"

December 13, 2011

Bersunat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..

Setelah 8 hari tak bagi mandi, asyik dok lap badan & bersihkan luka berkhatan, akhirnya petang semalam Farreal dapat meneruskan aktiviti yg paling dia suka.. MANDI...

Setelah Ayah dok tanya pandangan orang ramai, termasuk kawan² Ayah yg gheja dokter & nurse, Ayah memberanikan diri kasi Farreal mandi.. Menurut kawan ayah tu, luka lambat baik kemungkinan besaq disebabkan infected dengan kuman.. bila kasi mandi, kuping² yang melekat kat puney tu dapat dibersihkan serta merta.. kuping² akibat ayaq bisa memang payah nak bersihkan. Budak² akan rasa nyilu & sakit lite² kalau takat dok lap semata².. Tak sampai hati nak lap kalau budak² asyik dok menjerit kesakitan tiap kali nak bersihkan..

Dokter pun xgalakkan bersihkan puney guna dettol sebab kandungan dettol tu sendiri ada bahan penghakis. So, kalau nak bersihan puney tu, better guna ayaq biasa saja..

Bagi aku plak, pada hari ke lima, baik suruh berendam sket bagi ayaq biasa yg dh kering tu kembang. Senang nak cuci.. Luka pun cepat baik..

Ada juga mitos suruh mandi ayaq laut.. tapi depend jugak ayaq laut yang mcm mana. Klu sebersih ayaq laut kat Krabi tu, takpa la kot.. Tapi kalau ayaq laut se"bersih" ayaq laut Pantai Port Dickson @ Pantai Bersih, Butterworth ni, lupakan saja la niat tu.. Satgi tak pasai² infected ngan kuman sebb laut tu "bersih" sangat..

Syukur اَلْحَمْدُلِلّهِ, lepas Farreal mandi laut kat Krabi, mmg nmpak perubahan yg ketara. Luka kat bawah puney yang selalunya amik masa yg sangat lama utk kering, terus kering serta merta.. sebab sebelum ni, luka bawah puney tu, still xkering lagi.. dok lembab ja..

Sekian...

P/s: Ayah & Nde ♡ Farreal..