Pages

October 30, 2010

Mishew

Bulan 10 nih ada 5 minggu...sebulan 2 kali aku bley jumpa dia..

so bulan nih aku sawan sbb terpaksa menahan kerinduaan 3 minggu x jumpa ngan dia...

sangat² sasau...

October 20, 2010

Harapan Saya



Dengan sekali nafas, Azrini *kawan kepada Cik Tunangan saya dah jadik milik orang.. Pengantin lelaki pun nampak cool je. Xde ciri² nebes.. Aku yang dok kat situ plak yang nebes.. hehehe..

Syiok tengok kawan² kawen... Bila dipikiaq balik, most of my friend dah kawen.. Maka, susah la nak lepaking togather sebab masing² dah ada tanggungjawab yang lebih berat.. Jumpa pun time kenduri kendara je.. Nak lepaking mcm dulu², mmg jauh juboq dari lobang taik la kan...

Sesungguhnya saya sangat² nebes nak akad nikah.. hahaha.. *mcm xbiasa plak...
Tapi itulah saya,nebes x hengat nih...

HARAPAN saya:

1) Biaqlah perkahwinan saya kali nih kekal hingga ke akhir hayat saya.

2) Semoga bakal isteri saya dapat bersabaq dengan pe'el saya yang cacat lagi terhegeh² nih.

3) Semoga saya dapat memberikan kemewahan dari segi agama, kasih sayang & harta benda.. Semua tu penting oo.. Sok kalau saya dah xdaq, anak² & bini boleh doakan kesejahteraan saya. Bila mewah harta benda, baru anak² & bini saya xdihina mcm saya dihina dolu².. Cukup saya sorg ja dihina sudah...

4) Semoga segala permasalahan dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan laju². Saya xmau gado lama². Rugi mampuih ooo... Rugi la saya kalau gado lelama, nanti bini saya xmo masak.. Nanti saya kuruih, dah x ensem.. hahahah..

5) Saya berikrar untuk menjadi ketua keluarga yang disanjungi dan disegani oleh isteri & anak² sampaikan isteri jiran sbelah pun dok jeles sbb xdapat bersuamikan saya... ahaaaiiii...

6) Saya nak buang sifat² yang tak patut ada pada seorang suami & ayah.

7) Saya harap bakal bini saya akan kuat pegangan agama, taat setia pada saya & terus percayakan saya sepenuh hati kerana saya tidak akan sesekali memperjudikan kepercayaan dan kebebasan yang diberikan.. Kerana anda lebih mengenali siapa saya..

8) Semoga bakal isteri saya akan teruskan dengan bersifat jujur & berterus terang walaupun benda tuh pahit utk saya telan. Jgn lepaih ja kawen sok, dah pandai auta. Nanti sat cheq haria...mau? hahahah

9) Saya juga mengharap, bakal isteri saya tuh nanti pandai masak masakan kampong dengan lebih beraneka lagi sebab tekak saya tekak org kampong. Dibesaqkan dgn mandi tali ayaq, mandi bendang, makan petai cicah kuah kacang.. Bila slalu sangat you masak western, I rasa juboq i dah bertukaq kaler jadik kaler putih.. I lebey prefer hitam.. Hitam itu menawan kennnnn...?

10) Saya harap bakal isteri saya akan maintain jaga penampilan dia wlupun dah melahirkan anak untuk saya seramai soploh orang. Saya seriously xsuka bila saya balik gheja, muka anda bertepung sama pakai kain batik sambil dok nganyam ketupat bersama jiran tetangga. Possibility nak kena tengking depan khalayak ramai amat tinggi kalau anda buat gheja² lagha lagu tuh..

11) Saya berharap, bakal isteri jgn dok bercerita kat orang ramai kot² kalau kita ada perselisihan paham @ masalah² kita. Depa bukan ada sijil ka, diploma ka, phd ka dlm masalah rumah tangga. Kalau ada xpa jugak.. Sila jgn bukak pekung di dada..*saya tau awk x buat, saya ingatkan ja.. Dah nama post kali nih pun "HARAPAN SAYA".

12) Saya harap bakai isteri saya jangan dok buat bebai x tentu pasai dan dengaq² cakap orang. Anda lebih mengenali siapa saya.. Sebab awak dh kenai saya la yang membuatkan awak dh bersedia nak kawen ngan saya kan?kan?kan? ahaks...

13) Saya harap, agar tiada jurang perbezaan kasih sayang antara Syamsoul Farreal Dubeus dan Syamsoul Jr. yang lain.. Terus menyayangi anak² saya walaupun andai kata saya telah tiada nanti.

14) Saya berharap kasih sayang antara kita sekeluarga akan kekal dan berkembang dari hari ke sehari walaupun ada rintangan yang menimpa..*pinjam lirik lagu sat..

October 11, 2010

Orang Yang Bertanggungjawap Yang Menikahkan Anak ~Ceramah Agama~



Kawenn... benda senang tapi jadik payah sebab kita sendiri..

Apa yang terbaik ialah berkahwin selepas berfikir, juga menangguhkan perkahwinan selepas berfikir. Apa yang buruk pula ialah berkahwin sebelum habis berfikir, atau selepas berkahwin mula berfikir yang bukan-bukan
Sama ada berkahwin awal atau berkahwin lewat, jemu itu boleh timbul dan selalu timbul.
Tetapi orang yang sudah berfikir panjang dan mendalam sebelum berkahwin, tidak akan bertindak bodoh semasa menguruskan kejemuan yang dialaminya. Apa yang beliau fikirkan semasa membuat keputusan untuk bernikah dahulu, menjadikannya bersedia dan menempuh tempoh jemu itu dengan sabar, teliti dan bukan keanak-anakan.
Ada pasangan yang suaminya masih berjiwa PSP, tiada keghairahan terhadap anak yang lahir. Ada isteri yang memberikan anak kecil minum susu sejuk kerana tidak tahu susu badan yang dibekukan di peti ais perlu dihangatkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada anak. Semuanya gara-gara kurang persediaan dan kurang bersungguh mencari pengetahuan yang diperlukan.
Jadi, penyelesaiannya bukan jangan kahwin, atau nak kahwin juga. Sebaliknya, berfikirlah dengan cermat sebelum apa-apa keputusan dibuat. Kemudian buat persiapan dengan bersungguh-sungguh. Bermula dengan mematangkan fikir daripada rentak seorang anak muda atau pelajar, kepada suami dan isteri, ibu dan bapa, yang sinonim dengan tanggungjawab dan peranan.
.

Haishhh.. tanggungjawap lepaih kawen, persedian sebelum kawen... dari segi zahir & batin...




Sudah bersediakah anda?

Stand Up For You Right


"Syam, next year budget sales awk 1.2 million sahaja..."

Haiiyaaahhhh... 1.2 million? Biaq betik? Saya jaga daerah ja pun... Xkan smpai banyak tuh?

Hisssshh... xbley jadik nih. Xkan nak saya diamkan diri je? Nak diikutkan, amount tuh nampak sgt x logik.. Adehh.. adehh... Bley kena heart attack aku bila dipikiaq²...

Xpa²... saya usulkan benda nih dlm meeting.. Mana buley dia wat saya lagu nih... Benda dah terang² x logik, xkan nak tengok saja kot? Saya kene perjuangkan hak saya. Saya xbley nak berdiam diri.. Xkan saya nak terima dengan hati yang terbuka sambil buat tarian naga, tarian singa, goyang gerudi bila dah kena macam tuh?

Bak kata pepatah, BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH. Maka, saya pun meluahkan la apa yang bermain dibenak fikiran saya. Saya cakap terang² saya tak setuju. Saya sertakan hujah² dan bukti² yang KUKUH... bukan saya ngomong kosong saja...

Saya bukan kritik tindakan boss saya tu. Saya kalau dok kat tempat dia pun saya paham. Dengan kena bwk budget yang besaq, dengan masalah² dalaman yang lain lagi.. Kalau dia x bagi budget yang seGEMPAK tuh kat saya, kat sapa lagi dia nak campakkan?

TAPI di tempat saya pula macamana? Sapa yang nak mempertahankan hak saya kalau bukan saya sendiri? Takkan saya nak berdiam diri saja bila diperlakukan & diperkotakkasutkan sebegitu rupa?

Maka, salah satu cara yang saya buat ialah SPEAK OUT... Saya bukan jenih orang yang suka mengata belakang²..Bila depan² mcm para anbiya..bukan anbiya sebenaqnya, tapi ambiak...

Dok baling batu sembunyi tangan. Kalau diselidik², kesan pasiaq ada lagi kat tangan. Lambat laun orang bley tau jugak...

Saya pun bukan jenih yang cepat melenting atau melatah kalau xdaq pasai... Bukan jugak jenih pok pek pok pek belakang².. Saya suka terus terang.. Bukan kaki pusing dan canang² kat orang saya nih mangsa keadaan ka.. Mangsa petnah ka... Mangsa rogoi ka.. Budget saya nek 200% ka... Apa ka... NO... NO... NO... I'm not that kind derrr...

Bak kata pepatah Inggeris dulu², "kalau xdaq angin masakan pokok bergoyang?" Lainla kalau kat ataih pokok tu ada chimpanzee.

Maka, lebey baiklah saya CAKAP dan LUAHKAN ketidakpuasan hati saya nih dari saya dok berdiam diri xmemasai... dok menagih simpati semata².. chaiiitt.. Useless... No point...

Saya bukan nak kondem atau komplen sangat pun. Cuma nak meluahkan apa yang saya nampak & apa yang saya alami.Apa yang bermain di benak fikiran & hati ini.. Saya dah dengaq dah explanation dari pihak tuan / puan..Now, please try to look from my point of view plak mcmana...

Takkan tuh pun salah? Xkan saya nak kena diam diri? Ianya menjadi satu KESALAHAN ke?JIKA salah, tolong la ajaq dan bagitau saya. Bagitahu saya apa yang perlu saya buat... Supaya saya tidak lagi merasa perasaan yang sebegini rupa.. Semangnya saya akui, saya masih mentah, masih budak baru nak belajaq, tak arif lagi bab² nih. Lainlah kalau saya nih boss yang SUPER DUPER HEBAT, MATANG, Aggressive, yang dah lama menceburi bidang nih...

Help me to HELP YOU....

Lepaih ja, luahkan, speak out & stand for my right, akhirnya BUDGET saya diturunkan kepada 1Mil.. Houyeahhhhhh??!

Jadiklah... Dari xdaq apa langsung. Atleast saya takda la menutup kelemahan² yang ada kat diri saya ini dengan berputaq belit dok claim saya hebat.

I am only STANDING UP FOR MY RIGHT dan saya cuma LUAHKAN APA YANG SAYA NAMPAK & ALAMI..

Tak salah kennnn.....?

Saya jugak ingin berterima kasih kepada boss dan kawan² sebab banyak bagi saya tunjuk ajaq kepada saya selama ini.. Tanpa anda semua, siapalah saya... Alhamdullilah, boss saya memang seorang yang memahami, berfikiran terbuka diatas keluhan² saya yang xseberapa ini..

Sebagai manusia yang normal, pada saya, lumrah la saya ada perasaan xpuas hati, melenting lite² dengan apa yang berlaku. Nak² kalau benda tuh jadik depan mata... Saya bukan TIN KOSONG.. sepak ke kiri, tergolek ke kiri. Sepak ke kanan, tergolek ke kanan. Sepak kot blah ataih, teruih penyek la...

Saya hanya INSAN biasa yang mempunyai hati dan PERASAAN...

Akhir kata, saya hanya mengomel sket nih smata² pasai BUDGET, bukan pasai bende lain. Saya bukan ngomel keta boss besaq ka, umah boss besaq ka, cuti tahunan boss banyak dari saya ka.. TIDAK... TIDAK sama sekali... Itu semua xdaq kena mengena ngan saya. Kalau pasai BUDGET tuh, mmg la kena kat batang idung saya nih... Sebab tuh saya BERBUNYIK sket.. Kalau tak, tak daq pasai aihhh saya nk buat gheja² lagha lagu nih. Buang masa saya ja pun.. Saya pun ada kehidupan saya sdiri...

p/s: Farreal... huishhh... Payah sungguh la hai ayah nak mencarik rezgheki ni... Kalau buley, ayah xnak la awk rasa susah mcm ayah dulu. Ayah dihina, dicaci, diperli & digelar dengan pelbagai gelaran yang keji....
NAUZUBILLAH.. Sememangnya, setiap ayah yang berkerja nih, dia berkerja untuk kesenangan anak² & family...♥ Nde jugakk...ahaiiiiii....

October 09, 2010

Action Speaks Louder Than Words




"Ngiauuu...ngiauuu..."

Dari pagi, sampai aku balik kenduri petang tadi, aku dok dengaq anak kucen jiran sebelah tuh dok melalak²... Memula aku ingat ada kucen tersepit bawah keta aku. Gelabah bewak jugaklah aku pagi tadi. Check punya check, ternampak anak kucen dalam sangkaq kat umah jiran sebelah.

Dah la berkurung. Perati punya perati, beliau bukan kena kurung saja, siap xdaq makanan & minuman. Hat lagi xbest tuh, sangkaq tuh dok kat panaih matahari... Aku panggil² jiran sebelah. Sahhh... depa xdaq umah... Balik kampung gamaknya..

Haiyaaahhh... macam nih punya orang pun ada??

Makhluk Allah tuh derrr... Orang lain nak bela, hang pun nak bela.. Kalau penjagaan rohani & jasmani pun hang xreti nak jaga, jangan dok bela..

Kalau takat suka kucen, suka dok men ngan kucen saja pun xdaq maknanya jugak.. Takat cakap ja buley la derrr... Smua orang pandai cakap.. Tapi action hang xnampak lagu tuh pun. Orang lain bukannya buta xnampak apa yang hang buat...

Kesan kat anak kucen tuh la.. Terseksa, merana & tertekan dengan sikap selfish hang tuh. Sebab nak puaskan hati hang, anak kucen tuh yang jadik mangsa. Kalaulah anak kucen tuh pandai bercakap dan buley maki hang, dah lama dah hang kena maki...

BODOH PIANG...

Hang boley la canang kat orang kata hang nih pandai bela, pandai jaga, hang seorang yang penyayang, family hang smua sukakan anak kucen tuh. Tapi kalau takat cakap ja.... hurmmm..

Sendiri pikiaq...

Buktikanlah dengan perbuatan derrrrr... Masyarakat sekeliling pun ada mata. Depa pun ada otak.. Buley nilai sendiri perbuatan hang tuh..

Sekarang nih apa yang orang nampak, anak kucen tuh dah makin terseksa, dah makin merana...

Tolong la jangan nak selfish sgt.. Jangan nak pentingkan diri sendiri. Kalau xbley nak bela, bagi saja kat sapa yang mampu bela. Masyarakat xkan pandang hang serong lagi.. Pikiaq la kebajikan anak kucen tuh.. Dia pun ada hati dan perasaan.. Simpankan saja agenda² tersembunyi hang tuh.. Anak kucen tuh jugak makhluk Allah...♥


Wahai manusia yang pandai berkata²... Sedaq la diri... Nak bela tuh, bela la eloq².. Cakap hang memang pandai.. Hang memang hebat kalau bercakap... Hat bengkok pun bley jadik lurus dengan kata² hg... Cara percakapan hang memang aku salute.. pandai pusing².. mcm wakil juai keta...


Wahai manusia, insafla... Jangan sebab kepentingan diri sendiri, hang biaqkan makhluk Allah yang lain merana..

Anak aku pun pandai jaga kucen. Last time dia balik, dia la yg dok bohkan makanan kat Jebat, Upin & Ipin. Dia pun xsanggup tengok kucen² tuh kelaparan... xsihat... lemah..

Dia yang kecik pun dah pandai pikiaq... dah ada akai..

Hang yang besaq tuh mana hg letak akai hang? kalau la akai & otak hang sebesaq perot hang tuh, nescaya hang bley pikiaq ngan rasional... Aku doakan supaya hati hang & minda hang terbuka... Serta bergiat cergas, secergas percakapan & ngomong² kosong hang..

Haishhhh... Aku memang la dok bebai ngan orang² yg stakat pandai bercakap saja.. tapi hakikatnya... TIN KOSONG...


p/s: Farreal, kucen² awk sume dah gebu² belaka.. Ayah kasi makan NUtra Gold.. haishh.. Punya sihat walafiat dorg.. huhuhuhuh...


October 08, 2010

Ayah = Ultraman Tiga


"Ayah Ultraman... Ayah Ultraman Tiga...Ues Ultraman Tayo (Taro)"...
Hehehhe, terngiang² lagi kat telinga aku nih kata² dia.. aku tanya lagi..

"Knapa Farreal kata ayah Ultraman? Sama ke?"

"Rambut Ultraman mcm ayah.. Ayah kuat, besarrrr lagggiii...

Ayah kuat bley lawan raksakse..."

*heheh, ultraman tiru aku*

Huhuhu... memandai je anak ayah nih...
Kekadang risau gak aku dia slalu duk tengok citer Ultraman tu. Takut suka pukul budak² lain. Dia rasa dia Ultraman. Tapi syukur la, anak ayah ni xde la suka pukul @ gado ngan budak² lain. Abeh kuat pun dia fire je budak yang kacau dia ngah main... heheh..

Kuat jgak pengaruh Ultraman nih kat anak aku. Sampai every single Ultraman dia hafal. xbley nak pusing sket... Sengaja aku belikan dia game PS2 Ultraman. Kat game tuh ada gambar muka Ultraman. Tengok dari situ je dia dah tau Ultraman jenis apa... So dia akan piley sendiri Ultraman mana yang nak berlawan.. Dia jugak yang ajar aku nama² Ultraman nih.. hehehe.. Nampak dia cepat tangkap apa yang dia tengok.. Umur dia sekarang ni la otak sangat aktif register segala benda baru yang dia nampak dan belajar.
Sebelum dia masuk ke "asrama penuh", dia ske tgok Macam² Aznil & Animal Planet sebab aku pun mmg suka tgok citer² ni sambil layan anak aku. Dulu self-confident dia sangat² tinggi.. tapi sekrang... hurmmm =(
Bnyak sgt dah pengaruh Ultraman sama MTV dalam diri dia.. Bola pun dah xbrapa nak minat lagi... Dulu pantang nmpak bola... Smpai penuh satu bilik ngan bola dia saja.. Sekarang tengok bola pun dah xbernafsu.. Badan still jugak susut terok² walaupun xde la active mana pun. Takat godek² ultraman.. Peluh setitik pun x kluaq... haishhh...

Hurm... sekrang nih,manjang je citer Ultraman. Kalau x Ultraman, dia nak tgok channel music².. Habeh smua lagu yang kluar dia hapal.. * xpasal² aku pong terminat kat Shahir AF sama,sbb dok dengar dia nyanyi hari².
Lagu si Black Mentor pun dia minat gak.. Tapi aku xsuka dia tgok Ultraman sama music sgt. Better kasi dia tgok Astro Ceria, Animal Planet. Lebih banyak paedah... Kalau tengok animal Planet tuh dia bnk la tanya.
"Binatang tuh wat apa?"
"Dia cakap pasal apa?"
Ye la.. Dah kata in English.. kurang dia nak paham.
*hurmmm.. Insyallah sayang. One day, ayah hantar awk pi Vital Care okeh..? Doakan yang terbaik untuk kita ye?
Benda yang sama time bwk dia tengok wayang last time citer Despicable Me. Abeh dia tanya satu persatu. Dengaq suara dia sesaja dlm pangung tuh. Jenuh aku ngan nde bisik² & translatekan kat dia.. Kartun tu mmg baguih. Mudah untuk difahami walaupun untuk budak sebesar Farreal. Tergelak sakan dia tengok cerita tu. Terkejut gak aku.
Ayah tau awk sukakan Ultraman sbb awk rindukan ayah.. hurmmm.. Ayah pun sama gak... Cuma xbleh la ayah nak usung Ultraman kesana kemari.. huhuhu... Ayah layankan je la minat awk nih. xde yang mengembirakan hati ayah selain melihat kegembiraan & tengok awk sihat, cergas & aktif mcm dulu...
I ♥ & Miss U Ba
dly My Heart.My.World.My.Soul *Syamsoul Farreal Dubeus*

October 06, 2010

Jogging² @ Taman Bukit Jalil



Last weekend, saya amik Farreal tapi condition badan dia xbrapa nak nice.. Seperti yang diterangkan sebelum² nih, dia dok batuk², selsema, cirit birit & demam lite² (bukan penyakit keturunan) mungkin disebabkan cuaca yang tak menentu disamping pemakanan yg xseimbang barangkali. Sememangnya sepanjang aku ambik dia dari asrama pun dia sakit tapi sakit kali ni worse lagi sebab disertakan sekali ngan cirit birit.. selalu tu batuk & selsema je..

"Selsema adalah influenza yg d sbbkan virus...dan batuk d sebabkan bakteria yg boleh membawa jangkitan pada paru2 jika terlalu teruk bole menybbkan jangkitan salur pernafasan" *FAKTA bukan AUTA..

Kerana kesiankan Farreal yang terperap je kat umah, maka kami bawak la dia menghirup udara segar kat Taman Bukit Jalil nih yang dihujani dengan pokok kehijau hijauan..

Disebabkan condition badan beliau yg xbrapa nak nice tu jugak, maka dia berjalan pun kejap je, hat lain² suh Nde dia dukongkan.. hasihhh... nak menepek je Farreal nih ngan Nde dia..♥

Kami pun xlama duk jenjalan kat Taman Bukit Jalil nih sebab Farreal tak larat nak jalan dah. xsempat la aku bawak dia p tengok ikan² yang ada kat kolam. Ajak dia main playground pun dia xnk. Nak berdukong je spanjang masa..
Insyallah, next time bila dia sihat dah, bley la bawak dia berjogging kat Taman Bukit Jalil yang amat² nice nih. Attire untuk berjogging pun rasanya ada..♥ Seemaaattttt...

p/s: i ♥ u

Proton Mivec S.E ~I DID IT MY WAY~



Hurmm... kadang² rindu jgak aku kat Silver Bullet aku nih. Ye la, aku solek dia dari stendet gaban sampai lah menjadik idola & benchmark kepada orang lain untuk memake-upkn wira mereka menjadik ala² ganaih² manjew nih.

Sekarang nih, dah ramai jgak la yang pakai balik bumper S.E dan dispraykan sikit itam kat depan tuh. Hahaha... dulu xpenah plak aku jumpa wira nak buat mcm tuh. Kiranya aku nih boley dikategorikan sebagai pencetus idea@ trend setter la kepada pengemar² kereta modified nih... huhuh... *tepuk² tanggan..

Bukan aku xnak pakai fully mivec punya bumper tapi aku tengok bumper standard s.e pun dah cukup chantek Ramai yg modified lagi bumper nih time tuh. So aku kacukkan la bumper tuh ngan lips mivec. Maka terhasillah mivec s.e yang ganaih² manjew nih.. I DID IT MY WAYYYYY...*lagu fave Tun Mahathir

Ingat lagi dulu, lepaih je balik keja dalam pukui 8.30 mlm tuh, Farreal merengek² ajak meronda naik keta.. bukak sunroof, kasi dia tengok bulan.. kasi botol susu, pusing² Kulim. By the time nak sampai umah, dia dah ttdo dah... hehehe... semaaatttt...

For The Rest Of My Life



p/s: You are always our Syamsoul Farreal Dubeus,no matter wut they gonna call @ named u,they can change ur name..but u'r always Syamsoul Farreal Dubeus Bin Syamsoulnezam ♥

October 03, 2010

Sakit = Tak Lalu Makan



Assalammua'laikum..

Hilang rindu aku pada Farreal lepas dua minggu tak jumpe. Sedih sungguh hati ni bila dia dah kurus semula. Mcm biasa la batuk, selsema, demam yang kejap ada kejap ilang mcm puya. sampai kwn2 pun tegur muke Farreal dah cengkung sket. dah nama pun sakit dia tak berapa lalu nak makan. Kali ni dia cirit sekali.

Budak2 ni bukan mcm orang dewasa. org dewasa kalau kene penyakit tiga serangkai ni (batuk, demam, flu) dalam setahun adala 2 - 4 kali. Budak2 kurang sikit bernasib baik sebab dalam setahun kebarangkalian utk kene penyakit tiga serangkai ialah 3 - 12 kali setahun.. Tambah2 kalau budak2 ni pergi sekolah, daycare atau tadika. Kadang2 sakit mereka berlanjutan sampai 10 hari. Mak bapak mana yang tak sedih tengok anak sendiri sakit kan.. salah sorgnya mcm aku. Kalau ada la super power, aku nak serap sume penyakit kat Farreal tu transfer bagi kat aku..

Bila Farreal dalam keadaan sakit mcm ni, apa lagi.. semuanya tak berkenan la kat dia. Semuanya salah.. Perut dia kan tak selesa.. Badan dia pun tak sedap.. idung plak sumbat... mana la dia tak meragam.. Kita yang dah bsr pjg ni pun baru batuk sikit, dah mengomel mcm2.. mengidam pun hat bkn2.. Nak manje, mkn bersuap bagai.. Inikan la budak yang berumur 3 tahun mcm Farreal.. So kene banyak sabar... Laayaannn bak kata Fafau.

Macam Farreal, bila dia jadi mcm ni for sure dia tak lalu mkn. klau di layan tak lalu mkn dia tu, mmg kebulor mcm budak somalia yg tak cukup mkn tu la.. Kene la pandai create semula selera makan dia tu. Bubur nasi bersama kuah sup ayam. Mmg jln dan boleh habis sampai 2 - 4 mangkuk sehari. Sup ayam ni tinggi protein. Membantu meningkatkan daya tahan dalam badan bagi melawan penyakit.

Tapi takkan la nak makan sup ayam je sampai tak tukar menu lain kan?
Aku bagi la biskut gula tu. Selain daripada tu aku bagi dia minum ribena. Banyak vitamin c dalam ribena.. Bagus betul.

Farreal bila cirit, yang paling aku takut kalau dia dehydrated. Mula la bdn lembik, jln pun tak larat, mau berdukung setiap masa. Ish.. sesapa pun kalau cirit birit pasti dehydrated. klau org2 tua boleh la bg nasihat suh minum 100plus nak ganti balik garam dalam badan tu. Tapi klau bdk kecik? Takkan maunye dia kecuali kalau kene pakse rela. Sanggup ke nak pakse2 anak?


Bdk2 ni bila dia cirit, ada toksin dlm badan. So, utk mmbuang toksin tu maka cirit la dia. Atas arahan doktor sahaja kene ambik ubat untuk stop kan cirit tu. Selain daripada tu, jgn memandai nak jd doktor bagi mkn ape2 ubat sesuke hati. Setiap jam pastikan kita offer dia minum air. Pengambilan air tak boleh stop. jgn pulak mengade2 pi bg dia minum ayaq kopi ka, ayaq bergas ka.. mmg xstaiii.. minuman bersusu & jus buah pun elakkan.. BUAT SEMENTARA SHJ. Bukan untuk selama2nya. Sampai la taek dia tak cair lagi. Pehtu leh la continue bg susu. (Susu mana boleh stop. Nanti tumbesaran bdk2 ni terbantut).

Makanan yang berminyak, bergula, pedas, keras dan payah nak hadam pun aku elakkan bagi pada farreal. Sebab ini la akan menambahkan lagi kecenderungan utk dia jadi lebih teruk sebab semua yang disebut diatas adalah faktor2 yg akan buat dia muntah.. xstaii sungguh.. Lagi banyak air yang akan hilang dari bdn.

Lepas mkn aku tak bagi dia lari2 kesana kesini ataupun bergurau sakan sebelum dia sendawa sebab posibility untuk makanan tu terkeluar balik amat.. amat... amat... tinggi.. Lepas makan tu kene make sure dia relek2 dulu. Elakkan dia menangis. Cara?? Bg tengok otomen dia. Setengah jam pun jadik ar..

Kdg2 tu, segala mcm dah dibuat tapi dia still muntah jugak. Kene banyak sabar. Jgn la stop pengambilan makanan hanya kerana dia muntah. Muntah tu bagus jugak sebab kahak yang dia tak boleh nak keluarkan tu, akan keluar bersama muntah. Itu yang bagusnya. Jgn putus asa untuk ulang semula rutin pengambilan makann dia. Boleh la suapkan dia cereal ke, roti bakar ke, biskut ke, buah pun ok.

Pengambilan ubat demam, selsema atau batuk semestinya diambil SELEPAS makan (seperti yg tertera kat pelekat ubat tu). Kebanyakan ubat mmg kene ambik lepas makan pun. Bila perut kosong, kadar glucose dalam badan rendah. Mkn ubat masa perut kosong, lagi la merendahkan kadar glucose dan membuatkan badan bertambah2 lemah dan lembik. So, kene la makan jugak sikit sebelum mkn ubt tu. Minum air suam tak membantu meningkatkan semula glucose jadi campurkan aje air suam dengan glucose brand Glucotin yg femes kat M'sia nih.

Farreal, Ayah doakan awak cepat sembuh. Ayah risau awk selalu sakit mcm ni. Mcmmana la ayah nk senang duduk bila berjauhan dgn awk. Awk kat asrama, ayh kat umah...

p/s: I heart you Syamsoul Farreal Dubeus.