Pages

November 09, 2019

Rahsia Murah Rezeki



Kadang kadang kita tak sedar sebenarnya kita sebagai ibu bapa ni menumpang rezeki dari anak².. Kita hanya sebagai pengurus dan pemegang amanah sahaja..
Setiap anak ada rezeki masing masing, macam tu juga la anak anak aku, tiap kali keperluan untuk depa habis macam barang sekolah, makanan, susu & pamper, ada saja rezeki yang tak diduga datang...
Kita sebagai pemegang amanah pulak jangan la sesekali abaikan hak hak mereka.. Kalau ada duit lebih tu, dahulukan barang² dan keperluan mereka dahulu, insyallah rezeki yang datang kepada kita takkan sesekali putus..
Yang paling penting, kita USAHA & DOA
2 Rahsia Alam Yang Aku Pegang Sampai Sekarang.
1. Rezeki
2. Ajal & Maut


Sejak depa lahir lagi dah tertulis rezeki depa.. Ada yang beranak kat hospital swasta, ada yang hospital government. Benda ni berlarutan bila dah start masuk tadika.. Dalam kes aku sendiri contohnya, kalau ikut perancangan, aku nak je masukkan depa kat sekolah kerajaan, yang sememangnya kos rendah, tup tup ada rezeki lebih dan mampu hantar private pre school yang kalau ikutkan sbelum ni aku takda pun budget dalam segi wang ringgit nak masukkan depa kat private school tu.. Ini la yang dinamakan rahsia rezeki..
Sama juga bila part makanan, jangan berkira dengan depa.. kami sehari 2 bungkus besar roti Gardiner, tu baru part roti, bukan masuk part lain lain makanan lagi..
Tiap kali anak anak nak mintak sesuatu barang, especially time ekonomi tak berapa cantik, aku selalu cakap, kalau ada rezeki awak, ayah akan belikan, dah bila ada budget lebih, aku akan kotakan janji tu, insyallah rezeki lain akan masuk.. Amazing kan?


Secara generalnya, kita sebenarnya menumpang rezeki dari orang lain.. Dari staff kita, dari boss kita, dari kawan kawan kita dan dari semua orang.. Jangan takut dan kedekut untuk bersedekah dan memberi.. Takda istilah ONE MAN SHOW untuk kejayaan.
Dan jika kita masih ada IBU dan AYAH, ianya satu BONUS! Jangan berkira dengan mereka, insyallah rezekimu takkan putus, tapi mcmana pula kalau mereka dah takda? Sedekahkan Al Fatihah setiap hari.. Itu dah mencukupi..