Pages

August 18, 2019

It's Been A While..No More Soul D'sign..

Wow...hampir 5 tahun dah aku tak menghapdet blog aku nih...tetiba mcm teringat plak aku dulu pernah active berblogger..hahahha..

Sepanjang 5 tahun nih, macam² benda dah jadi, dari anak 2, dah bertambah jadi 5.. Hahaha..Al Maklumlah, terlebih subur aku laki bini..

Bengkel Soul D'sign secara rasminya dah tutup 3 tahun lepas, memandangkan ekonomi Malaysia nih tak stabil dan dasar kerajaan Najib time tu buat dasar ekonomi terbuka, maka customer² boleh beli direct dari China (Shopee, Lazada..etc), so aku mengdecidekan diri untuk jual online sahaja, lebih senang, dan jimat kos nak menyara kedai dan staff..

Seronok jugak la menjadi 100% penjual online nih,maka terhasilah Soul D'sign Online. Masa yang ada diluangkan kat rumah je, disamping anak anak dan family,tapi kena rajin iklankan product kita, kalau tak iklan, nama kita akan tenggelam hari demi hari, ada saja persaing baru muncul tiap hari, tak kira la yang jujur dan yang scammer..


Selepas kedai Soul D'sign tutup, aku ada juga buat barang² COD, tapi bila buat COD nih, huru hara aku jadinya, ada yang janji jam 9, sampainya jam 10, dah buang masa satu hal, yang tunggu janji lagi 5 minute, jadi sejam jadi cancel pun ada, macam² ragam bila nak barang COD nih, kekadang barang RM5 nak kena COD sampai lebih 20km, memanglah tak berbaloi, bukan aku sombong, tapi sendiri mau ingat la, barang tu RM5,agak² untung aku RM10 ke apa?dengan duit minyak bagai lagi..haishhh..last last aku decide takmau lagi buat COD, hanya buat self pickup ataupun pos sahaja, tapi ramai customer yang suka pos, dan aku pun suka pos, masa aku boleh bahagi, tak kelam kabut dan lebih teratur..

And Yes, aku masih lagi active menjual iklan, tapi kali ni aku buat agency pengiklanan aku sendiri, tak tumpu hanya menjual surat khabar, sekarang aku jual semua jenis pengiklanan yang ada di Malaysia nih, you name it, dari billboard, TV, Radio, Suratkhabar..dan lain².. semuanya bisa diatur dong...Nanti la bila senang, aku up satu post pasal business aku hat nih..