Pages

June 19, 2012

Kulim Hi Tech Park

Wahh, walaupun boleh dikatakan lebih 20 tahun aku jadi warga daerah Kulim ni, tak pernah sekali pun aku tau kat Kulim Hitech ada taman untuk family beriadah, tempat dia agak nice..cantek..

Andai kata aku tak follow kengkawan pi photoshoot kat Kulim Hi Tech Park ni, sampai ke sudah la aku tak tau adanya tempat ni.. Andai kata anak anak aku dok buat ketak ketaq kepala nak mandi swimming pool, boleh masuk sat kat Kulim Golf and Country Resourt..mandi la hangpa sampai puas... Ues memang pantang jumpa ayaq, Ian pun dah menunjukkan ciri ciri suka swimming.. Aiyoooo... ;-)

Petang petang boleh jogging kat taman ni.. Tapi disebabkan kawasan ni boleh dikatakan sunyi,amatlah tidak digalakkan untuk pergi beriadah sensorang diri dan meninggalkan barang barang yang berharga di dalam kereta (dlm bonnet kereta better), baru baru ni kawan aku yang tengah dok syok photoshoot talent dikejutkan dengan kejadian pecah kereta, nasib baik la beliau pakai lens jarak jauh, lelaju dia tangkap gambaq kejadian, suspek dan no plate kereta..tak sampai 3 jam suspek berjaya diberkas.. Tahniah diucapkan kepada Polis Kulim Hi Tech kerana ketangkasan mereka..

Pesanan aku, jenayah ada di mana mana.. Pepandai la jaga diri dan keluarga.. Bila dah selalu sangat keluaq berita pasai jenayah yang berlaku kat Kulim ni, membuatkan aku nak ja beli pistol, agak agak aku dan family diancam bahaya, tembakkkk kan je kepala penjenayah tu.. Kita susah payah cari duit nak bahagiakan keluarga, depa berbahagia plak nak merompak kita..

Hishhh.. Mintak simpang 44 malaikat, mintak dijauhi benda benda yang mcm tu..

posted from Bloggeroid

June 18, 2012

Santai

Amat amat amat payah kalau nak bawak Puan Sharifah Atiah ni keluaq makan kat restoran, beliau lebih selesa makan kat rumah.. Mungkin disebabkan itu jgak, aku pun amat susah nak makan kat luaq, lebih selesa makan masakan isteri ataupun masakan Puan Sharifah Atiah ni wzlaupun hanya berlaukkan sardin dan teloq dadar.. Selera sama feel dia lain.. Tak tau cmana aku nak gambarkan..
Lagipun ibu aku ni cerewet sket kalau bab makan, klu tak kena dengan selera dia, memang le sampai balik asyik menyatakan ketidap sedapan kedai makan tu.. Almaklumlah, Ibu aku ni tukang masak..so dont play play kalau bab bab masakan ni..tak kena gaya, memang dia jamah sikit je la makanan tu tu..hehe..








posted from Bloggeroid

2 Bulan

Hari ni genap dua bulan dah anak ayah, sepatutnya kena cucuk hari ni, tapi tadi call clinic, nurse tu kata boleh mai besok.. Kalau mai hari ni pun orang dok ramai..kompom kompom kena tunggu 2-3 jam baru boleh check up ngan cucuk..

Harap harap jangan le demam.. Dengan kadar pencemaran udara skarang yang amat membimbangkan, for sure bertambah tak best keadaan anak ayah kalau demam + batuk.. Memang la planning nak bawak Ian ngan Nde jenjalan kat Taman Kulim Hi Tech pepetang, tapi bila tengok jerebu yang brutal, terpaksa la Ayah simpan balik niat murni tu..

This pas few day, badan Ayah pun tak berapa nak best..sengal sengal, rasa tak sedap.. Rasa tempat ant paling selamat buat masa sekarang ialah rumah..rasa nak berkurung je.. Playground hospital tempat Ibu keja pun dah kena tutup sebab katanya ada kuman yang menganas dalam playbround yang tertutup tu.. Bayangkanlah, kalau hospital pun dah macam tu, kat luaq apatah lagi.. Dalam berita pun dah disararankan orang ramai supaya kurangkan activiti di luaq rumah.. Semalam Ayah rasa, jerebu kat area Seberang Jaya je, tapi harini mcm dah merebak sket, nak masuk ke area Kulim..Padang Meha dan seterusnya Desa Aman..

Insyallah, kalau kondisi udara dah cantek, akan Ayah bawak Ian & Nde jenjalan kat Taman Kulim Hi Tech, semalam Ayah p tangkap gambaq talent kat sana,no bad jugak tempat riadah dia..boleh la kalau nak jogging petang petang..

Kalau Ian dah boleh berjalan, bley la jogging skali ngan Abg Ues kat situ.. Abg Ues kompom kompom nak bawak basikal Iron Man beliau..

posted from Bloggeroid

June 14, 2012

Batuk

For the first time Ayah, Nde ngan Bubu bawak Ian p clinic..dari kelmarin dok batuk, kemuncaknya malam tadi Ian tidoq tak berapa nak lena, asyik terjaga jaga.. Maka, lelaju la Ayah bawak awak p checkup dan jalan jalan kat clinic..

Nasib baik la, dokter kata xda apa apa yg serious..mungkin disebabkan cuaca dan long journey time nak hantaq Abang Ues.. Rehat xberapa cukup.. Cuaca kat kolompo plak xberapa nak naisss..

Dokter sarankan ayah p beli alat yang bley sedut hingus kat farmasi memandangkan hidung Ian pun ada selsema sket.. Kalau ikutkan Yayah, tak payah guna alat alat tu semua, terus sedut direct ja..abang Ues, abang Naufal semua dah kena sedut.. Tu la kasih sayang Atok kat cucu cucu dia, tak gamak tengok cucu dia susah nak napas, skali dia srooottt..keluarkan hingus.. Sikitpun yayah tak geli..sayang kat cucu punya pasal..semua dia ketepikan..

Tapi cara awak batuk ada sikit comel, tiap kali abeh batuk, mesti awak kata "haiiiiiiiii..." seolah olah mcm mengeluh panjang dan menunjukan awak tak selesa bila batuk.. ;-p maka, untuk mengelakkan keadaan bertambah teruk, perintah berkurung dalam rumah dikuatkuasakan..no more jenjalan dan bersantai santai..kita dok rumah sampai awak betoi betoi sembuh..then baru kita bley kluaq jenjalan..

Dokter ada jgak bagi ubat titik, kalau Ian susah nak bernapas lagi, maka acara mensedut hingus akan dijalankan, lepaih tu kena titik ubat yang dokter bagi tu kat hidung..aduhhhh.. Membayangkan dia saja membuatkan Ayah tak tentu arah..


Get well soon Syamsoul Farhad Dayyan..
Ayah sayang anak anak ayah...

posted from Bloggeroid

June 13, 2012

Naik Pangkat.. Oooyeaahhh..♥

Alhamdullilah..
Macam tak percaya.. Bulan jatuh keriba.. Penat lelah akhirnya berbayar jugak.. Dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Kanan Pemasaran (Northern Region) a.k.a Senior Marketing Executive.


Rezeki anak, aku sendiri pun macam tak percaya. Terima kasih kerana beri kepercayaan kepada saya.. Saya bersyukur dengan apa yang saya terima ini. Sedar tak sedar, dah 8 tahun jugak aku berkhidmat kat sini.. Pahit manis semua dah rasa..


Yang pastinya, apa yang aku boleh cakap, bukan senang nak senang..bukan susah nak susah.. Dihina, dikeji tu benda biasa.. Itu semua aku amik sebagai pengajaran buat aku, aku taknak lagi jadi mcm tu.. Sokongan isteri dan anak anak amat penting dalam menentukan kejayaan aku.. Dan aku percaya, apa yang aku dapat ni, bukan milik dan usaha aku sorang..ini semua rezeki anak bini aku yang tak putus putus mendoakan aku.. Insyallah, aku akan lakukan yang terbaik lagi untuk masa hadapan..untuk family aku..


Amat payah bagi aku untuk tolak jawatan yang diberikan. Hanya aku sorang yang menjana pendapatan keluarga, if anything happen to my carrier, anak bini wa nak makan apa der? Ada jugak suara suara kata wa dah termakan budi company, maaf kawan, bukan termakan budi, bukan mcm tu, klu nak diikutkan, every year saya hits, malah saya juga dinobatkan sebagai "Top Performance 2011" (Regional), so untuk kebaikkan anak bini aku dan mempekemaskan lagi income dan keselesaan family aku, AKU BERSYUKUR dengan apa yang dianugerahkan.. Adalah menjadi tangjawap aku sebagai ketua keluarga untuk memberikan kesenangan kepada bini dan anak anak aku.. Dan jangan ingat jawatan ini membuatkan aku lupa diri, Insyallah..tidak sama sekali.. Yang betul tetap betul, yang salah tetap salah.. Aku cuma bersyukur dengan apa yang diberikan.. Itu saja.. Kalau dah nampak saya seakan² lupa daratan tu, tegur²lah.. Saya masih sedar siapa diri saya.. Dimana kaki saya berpijak. Dari mana saya bermula.. Saya sedar saya bukan datang tempat yang senang..


PERJUANGAN TETAP DITERUSKAN..but in a difference way..
:-)
posted from Bloggeroid

Ombak Rindu

Malam.. Kau bawalah rinduku untuk dirinya, yang jauh dariku..



Aduhhh...terfeeling lelebih plak malam ni..
:-(

posted from Bloggeroid

June 06, 2012

Cukoq Botak

Patutlah, agama menyuruh kita mencukur rambut bayi yang bari dilahirkan sewaktu usia bayi tu seawal 7 hari.. Time nak cukur rambut Ian, punya la berkeladak kulit kepala dia, dah mcm jeli.. Padahal tiap tiap hari syampoo kepala dia.. Agama mengajar kita supaya menjadi bersih.. Keladak yang macam kelimumur tu ialah kotoran kotoran yang melekat di kepala bayi sewaktu merek berda didalam perot lagi..

Maka, lepaih ja bercukur..segala kotoran dan kesan degil terhakis bersama pisau cukur tu.. Alhamdullilah...


Lepaih ja bercukur, bukan main lagi posing dengan Abang Ues..mcm budak besaq..letak ja dalam stroller, terussssss senyappppp...berjalan punya pasai, tak menetek pun takpa..


Time bercukur,nak senang..kasi baby tu tidoq dulu..kalau depa tak tidoq, kepala depa macam dengaq lagu dangdut..begoyang goyang..nasib baik la, tukaq cukur Ian ni penyabar orangnya.. Beliau meminimizekan kecederaan sebaik mungkin, tu pun ada calar sket, bila masa Ian tetiba buat head bagging..

Nampaknya, rambut Ian ni cepat betul panjang..semalam petang cukoq, hari ni dah kehitam hitaman, tanda rambut dah start tumbuh panjang..Abang Ues plak nak taruh rambut pacak balik..dah bosan botak lettew..haha.. Wokehhh..no problem..kita simpan rambut pacak balik yeeee...














posted from Bloggeroid

Dah Kompom

Dah bawak Farreal jumpa dokter kanak kanak kat KPJ Penang yang bernama Dr. Francis, Farreal disahkan mengidap asthma.. Maka dengan itu, every morning kena makan ubat dan sedut gas..


posted from Bloggeroid

June 04, 2012

Syamsoul's Wallpaper


posted from Bloggeroid