Pages

April 27, 2011

Aqiqah -The Day-

Dear Farreal,
Seperti yang Ayah janjikan sebelum nih,ayah nak hapdet kat awak pasal kenduri aqiqah awak dan potong jambul Syafriel kan?hurmmm...alhamdullilah,kenduri berjalan dengan lancar selancarnya...walaupun hujan lebat jam 330pm, orang tak putus2 kunjung tiba,smoga rezeki awak pun mencurah2 seperti mana hujan yang mencurah hari tu..ayah doakan awak menjadi anak yang soleh dan membanggakan Ayah & Nde satu hari nanti...


Dear Farreal,
Seperti biasa, mana-mana orang yang tak tau pasti bertanya kat ayah mana awak,memandangkan dorang nampak Syafriel sorang je yang berbaring kacak dalam buaian,dah nama pun kenduri Aqiqah awak ngan Syafriel,mesti la orang nak tengok mana hero majlis kan?hehehhe..seb baik la time nih time bebudak universiti sama kolej tengah exam,maka tak segan silu lah ayah bagi alasan yang maha kukuh macam konkrit tuh...heheheh...

Dear Farreal,
Seperti biasa jugak, member-member ayah datang time orang tgah abeh ngemas,Uncle Syed, Aunty Baby sama Uncle Ijam mai umah Bubu jam 10pm,ayah borak punya borak, jam 2am jugak abeh...maka, rabaklah mata ayah keesokan harinya...pssttt..pssttt...anak Uncle Syed nama dia Sharifah Nur Adriana *ayah yang kasi nama -bangga lite2- sanggat sangat sangat chomey...perghhhh..ayah try gak adjust dia untuk awak,pemalu orangnya,klu awak ada, tobat awak akan menggedik..heheheheh...

Dear Farreal,
Untuk acara aqiqah mengaqiqah nih, seekor lembu telah berjaya dikorbankan. Malam kejadian qiqah tuh,ayah,babah demok sama penduduk rakyat jelata memotong dan merebus daging-daging itu untuk dimasak keesokkan harinya,malam tu ayah tdoq jam 2am, Yayah lagi hebat, jam 5am baru masuk tdoq. Ayah plak jenih x tahan bersengkang mata..sebab tuh collapse awai... malam tuh,ayah ngan nde mintak permission dari ibu nak tdo sama Syafriel sebab on that days,Ayah tak abeh-abeh panggil Syafriel tuh Farreal,aduhhh...jem kepala otak ayah nih....

Dear Farreal,
Lepaih ja hari kenduri kendara tuh,ayah sama nde demam..nde demam teruk gak la,sehari suntuk terbaring, bangun kejab je sebab masakkan ayah, ayah demam lite2,demam2 manja gitu...maka, sehari suntuk la ktorang terbaring secara berjemaah dan berkurung dalam umah nih...nak tengok tv kat tingkat ataih pun ayah tak larat,bayangkanlah...kalau boleh,mandi pun nak suh orang mandikan..*hurmm..rasa cam mayat plak dah..huhuhu..

p/s: Take care Sonshine,jgn nakai-nakai..blajaq rajin-rajin..Ayah & Nde LOVE You so MUCH...
"The scariest thing about distance is that you don't know whether they'll miss you or forget you"

April 21, 2011

Aqiqah

Dear Farreal,
Ari sabtu nih bersamaan 23-04-2011 ayah buat kenduri Aqiqah awak ngan Aqiqah Syafriel serentak. Malangnya awak tak boleh nak datang. Ayah dah inform mama awak kata ayah nak amik awak this week. Malangnya request ayah ditolak daging mentah-mentah. Mungkin mama still bengkek sebab last time ayah amik awak lama sangat.. Ingin ayah ingatkan awak sekali lagi bahawa last time yang ayah amik awak lama tuh atas dasar ayah pegang janji mama awak dimana katanya dulu kalau ayah berkahwin, dia janji nak bagi awak sebulan sepertimana time mama awak kawen.. Atas dasar mutual trust itu jugaklah buat ayah terperangkap dengan kata-kata itu... Nasibahnya, ayah tak dapat berjumpa & berkomunikasi ngan awak langsung.. *padannnn mukeee kiteeee... Percaya sangat kannn... Hambeeekkkkk natijahnya sekarang... Tak serik-serik lagi kan... Tepuk pengangkap skaliiiii.... papp papp papp pappp...


Dear Farreal,
Biarlah ayah ceritakan serba sedikit tentang kenduri Aqiqah awak nih, supaya one day bila awak baca benda nih, awak boleh membayangkan seolah-olah awak ada sama time kenduri nih nanti... Bubu & Yayah telah meng"sponser" bunga telor, lauk pauk, pelamin sama khemah ala-ala khemah Pak Arab (ala yang muncung tajam tuh..Quite famous amos jugak la pada abad nih).. Masa mula-mula sampai umah Bubu & Yayah tadi, terkejut ala-ala Jozan jgak lah ayah. Dah mcm kenduri kawen gamaknya... ahaiiii...*pssstt..pssttt..awak dah ader calon blom? Kalau dah ader, laju-laju Ayah & Nde g masuk minang...ahaiii...


Dear Farreal,
Disebabkan aqiqah awak nih dicolabrate dengan aqiqah & cukur jamboi Syafriel, maka bertambah meriah la dengan kehadiran Marhaban..Walaupun kat Kedah nih jarang orang nak cukur jambul siap marhaban tapi kan kita nih ada darah Johor, maka tradisi kampong halaman bubu & yayah tidak dilupakan... Rancang-rancangnya, bubu nak masak nasi baryani gam..*adehhh..teruih lapaq...


Dear Farreal,
Keadaan bertambah-tambah parah buat ayah bila geng-geng kampung awak mcm Dania, Amir, Afif, Afrina sama Hafiz tanya soalan yg mengugat keimanan ayah "Abg Syam, mana Ues?" Sentap jugak la Ayah nak menjawap soalah geng-geng awak tuh. "Ues ada kat Kolompo, tak bley nak balik,. Minggu nih dia ada exam.." Jawap ayah bagi menyejukkan hati ayah dari dok pikiaq benda betoi. Ayah terpaksa me"manipulate"kan keadaan seolah-olah anak ayah nih futher study.. Takde la hati ayah nih ranap & hancuq berderai sangat..


Oklah Sonshine, bila dah abeh kenduri aqiqah tuh nanti, ayah akan updated lagi kat awak k? Kali tuh ayah akan meg"story"kan kat awak camana keadaan time majlis Aqiqah & cukoq jamboi Syafriel tuh berlangsung... Sampai ketemu lagi My Taiko Tecik...be good..be nice..


p/s: Ayah mintak maaf tak dapat amik awak,salah ayah jugaklah sebab percaya & pegang bulat-bulat taik khambeng janji-janji mama tuh. Siap takda black & white lagi... Punya la percaya habes-habesan.. Sematttt sungguh... Rupanya Janji Tinggal Janji *layan lagu KRU sat..

April 17, 2011

Petnah pulak dohhh...




Fizzy: Malangnya fizzy, aku masih tak puas hati... Aku tak puas hati sebab sampai sekarang aku tak boleh nak bersembang, berjumpa dan amik anak aku... Aku memang tak puas hati dan tak paham kenapa kau seboleh2 nak pisahkan kami... Minggu depan nih aku buat kenduri aqiqah dia. Kalau kau memang ikhlas sepertimana yang kau katakan, bagilah dia balik ke Kulim seminggu. Seperti yang semua dah sedia maklum, perjalanan ke Kulim mengambil masa 4-5 jam. Adalah mustahil bagi aku untuk pulangkan Farreal dalam masa sehari kan?

Lagipun, Farreal jugak ada keluarga kat Kulim nih. Bagilah dia jumpa dengan keluarga dia sebelah sini sama.. Sehari memang tak cukup untuk lepaskan rindu... Lagipun dah 4 bulan dah aku tak jumpa dan spend time dgn anak aku.. 4 bulan jugak aku tak bersembang2 dengan dia... Semalam ja aku dpt bergomoi dgn dia selama 15 minute.. Mana cukup.. Kalau hang nak mai kenduri aqiqah dia pun takpa..Lagi baguih. Memang aku alu2kan kedatangan hgpa sekeluarga... Bukan aku tak penah invite hgpa mai open hse umah aku sebelum nih...hg ja yg xmau mai.. Kenduri kawen aku pun aku jemput kan?

Mak Amah a.k.a LadyAss : Haaa...hat ni memang pak lawak... Ko ada ke time tu?? Ko ada time aku nak amik Farreal pagi tu KAH?? Cuba ko terangkan kat aku part mana yg aku menipu. Part aku cium & mengomol anak aku berhalangkan grill hitam KAH?? Part anak aku menangis nak ikut aku KAH??? Part Fizzy terangkan kat anak aku pasai polis mai datang nak tangkap aku sebab aku ‘jahat’ KAH??? Yang hang nak bersembang pasai undang-undang ngan aku pasaipa? Hang ada sama KAH time hakim tuh jatuh hukum? Time hakim tuh terangkan hak-hak aku?? Time hakim kata aku boleh spend lebih dari empat hari dalam masa sebulan? Apa kejadahnya aku nak menipu? Apa yang aku dapat kalau menipu? Aku still tak dapat jumpa anak aku... Takdak pasai aku nak buat cerita... BUKTIkanlah kalau aku menipu.. Jgn dok sembang kemaih sangat... Aku bercerita nih berdasarkan apa yang dah jadi, ada bukti, bukan takdak... Takat sembang kemaih mcm hang, anak aku pun terrer...

Haiksss....??? Camana plak dah gambaq nih bley kluaq...? SUMPAH weii... Aku ngan Maya Karin xdaq skandel.. Ni gossip ja nih... Mampuih la aku klu bini aku tau nih... We're just friend... tak lebeyyy dari tuh... arghhh... harap-harap MELODI tak dtg gegar umah aku..

April 16, 2011

Farreal, Ayah datang ni...

Baju awak yang ayah dah standby ingat kot dapat keluar dengan awak hari ni..

Akhirnya... walaupun tak sampai setengah jam aku spend masa dengan Farreal, namun ia sedikit sebanyak dapat meng’erase’ kerinduan aku selama hampir empat bulan tak bertemu dengan dia.


Aku nekad untuk ke rumah Fizzy selepas call dan msg yang berminggu-minggu tidak ber’balas’. Kalau boleh ditampal msg2 sama call2 aku kat dinding, aku rasa dah berlumut dah pun msg sama call aku tuh.. Mana aku dapat alamat dia? Tak perlu aku pergi upah PI ke ape ke.. Cukup sekadar dapat surat dari JPN pasai permohonan untuk dia menukaq nama Farreal di tolak. YESZAA..?! JPN cc surat itu kat aku. Alamat rumah dia ada terpampang dalam surat tu.


Few days earlier, aku suruh lawyer aku bagitau sama lawyer dia yang aku nak ambik Farreal. Lawyer dia cakap yang Fizzy tak benarkan aku ambik atas alasan Farreal tak sihat. HAiiisshhhh?!! Selama ni yang aku duk ambik Farreal; dia demam, batuk, kepala berkudis, gusi gigi bengkak dan bernanah, tak da pulak masalahnya...tetiba plak dia bagi alasan yang seBANGSAT tu..? Wut da fart?!


Cun2 pukul 7.45 tajam di pagi Sabtu, 16 April 2011 aku laju2 ke Subang Suria. Sampai kat bawah aprtment Fizzy pukul 8.30 pagi. Memang kelihatan kelibat kereta dia kat parking lot. Aku naik lif, sampai depan umah, aku ketuk-ketuk pintu umah dia dalam 3 – 4 minit. Tak ada jawapan. Aku ketuk lagi tanpa rasa putus asa. Kali ni lebih kuat. Akhirnya, pintu dibuka dan teka la sape yang keluar? FARREAL!!!!! Farreal dengan berbaju kelabu lengan pendek dan berseluar pendek biru gelap sambil menghisap susu yang penutupnya berwarna biru muda. Seperti mau pecah jantung aku dikala mata aku bertentang dengan mata Farreal.


Farreal kelihatan malu-malu. Terus aku capai tangan Farreal dan peluk dia yang nampak dah tinggi. Badan dia aku rasa dah susut dah sikit. Walaupun terpaksa peluk dia berhalangkan grill hitam, namun aku cuba jugak untuk cium dia bertalu-talu..


Aku suruh Fizzy bukak pintu grill sebab aku kate nak ambik dia. Ternyata riak wajah dia yang baru bangun tido, terkejut beruk pencen melihatkan aku dah terpacul depan pintu rumah dia. Sementara aku hilangkan rindu dengan Farreal, dia masuk dalam buat panggilan telefon. Aku cakap dengan Farreal suruh ambik kunci buka grill sebab aku nak bawak dia pegi makan. Dia excited dan bersuara pada Fizzy, “Mama, ambik kunci bukak pintu. Ayah datang!!” Fizzy senyap sama sentap. Hati aku berbunga-bunga matahari ingatkan dapat bawak Farreal keluar dan spend a night dengan my taiko tecik nih. Alih-alih dia keluar cakap tunggu sampai kes mahkamah selesai. Dia mention suami dia tak ada. Aku bukan nak masuk rumah dia. Lagipun aku datang nih nak amik anak aku, bukan nak amik laki dia.... Apa punya alasan la yang hang bagi kat aku nih Fizzy oi?


Aku dah cakap aku nak jumpa Farreal, nak amik dia. Dia tetap berkeras tak bagi. Bila aku tanya ape masalah dia, dia mention pulak benda-benda yang aku tulis pasal dia dalam blog ni. Aku cakap yang aku nak ambik anak aku. Yang aku tak jumpe dia dah lama... Namun dia tetap berdegil tak bagi. Dia try tarik Farreal masuk ke dalam rumah sambil aku masih memeluk Farreal dengan erat tapi Farreal tak nak ikut cakap dia. Farreal cakap nak ikut aku. Dia nak ikut ayah. Fizzy tengking Farreal, “Nak ikut mama ke, nak ikut ayah?!!” Slow je Farreal jawab tapi cukup aku, Azrul dgn Fizzy buleh dengar, “Nak Ayaahh..” Fizzy tanya buat kedua kalinya soalan yang sama. Farreal bagi jawapan yang sama. Dia tak puas hati dia cuba tarik tangan aku supaya aku lepaskan Farreal sambil dia ugut Farreal yang dia akan tutup pintu kalau Farreal tak masuk. Siap cakap kat Farreal, “Siapa bela abang sekarang?!!” Sambil suruh aku lepaskan Farreal. Dia masuk semula ke dalam rumah sambil mengugut nak telefon polis. Aku suruh dia telefon kalau itu yang dia nak. Farreal dah mula menangis nak kan aku tapi dia berkeras suruh Farreal masuk.. Farreal serba salah.. Air mata ni tak tertahan-tahan lagi dah.. Aku menangis depan Farreal melihat kan dia terkunci di dalam dan aku di luar. Hanya grill yang memisahkan kami. Ya Allah, sampai macam ni sekali pertemuan yang aku dapat dengan anak aku. Seolah-olah aku melawat dia kat penjara.. Hancur luluh hati ni.. Akhirnya Farreal lepaskan pelukan dan pegangan tangan aku. Dia akur dengan mama dia bilamana mama dia tarik masuk ke dalam rumah.


Aku ketuk lagi pintu bertalu-talu selepas dia tutup pintu. Aku kata aku nak jumpe anak tapi Fizzy kata dia akan telefon polis. Aku tak peduli dah. Aku bukan buat salah. Buat ape aku nak takut. Lagi bagus aku rasa kalau polis ada. Senang sikit nak berkomunikasi dengan orang yang ‘pandai’ sangat macam dia.


Aku ketuk lagi pintu rumah dia bertalu-talu. Kali ni lebih kuat lagi sebab aku terdengar yang Farreal menangis cakap ‘Nak ayahhhh.. Nak Ayahhhh...’ Aku ketuk lagi bila dengar suara Farreal merayu-rayu macam tu.. Hilang sabar aku dibuatnya. Pintu tu aku nampak kecik sangat. Tapi Azrul pujuk dan tenangkan aku supaya aku stop daripada terus mengetuk pintu rumah dia. Azrul kata Farreal boleh dengar dan takut-takut tindakan aku yang mengetuk-ngetuk pintu rumah tu memberi impak dan memori kekal pada Farreal kelak. Ye la selalunya dia nampak ayah dia nih daddy cool dan cakap lembut-lembut, tiba-tiba dengar suara ayah dia marah-marah. Merubah segala ingatan dia terhadap ayah dia yang happy go lucky dan cool ni..


Setelah menanti sambil ketuk-ketuk pintu , polis masih tak sampai. Aku pun ingat dah nak give up dah. Aku mengatur langkah untuk pulang dengan hampanya sambil terbayang-bayang wajah Farreal yang aku sempat peluk tadi. Baru je nak berlalu pergi aku nampak kelibat polis yang nak naik ke atas ke apartment Fizzy. Naisssss!!! Aku parking kereta balik, jumpa dan lapor diri kat Polis tu. Sorang nama Luwis sorang nama Tuthi. Tak sempat pulak aku nak tengok no batch dorang. Cerita lebih kurang side aku, tunjuk bukti perintah mahkamah, tunjuk IC, bagi no tepon dan aku pun mintak dia naik sekali supaya aku dapat tengok anak aku lagi..


Sampai depan pintu apartment dia, dia pun bercerita sebelah pihak dia kate aku nih nak pecah kan rumah dia. Macam biasa, cerita dia exaggerate jadi macam dia tu mangsa keadaan. Bila polis suruh dia tunjuk surat perintah mahkamah, dia kate boleh. Dari luar aku dengar anak aku bersembang dengan dia sambil dia duk mencari surat perintah mahkamah tu. Dia cakap kat Farreal, “Tengok, polis datang nak tangkap ayah..” Farreal tanya dia,”Kenapa?” dia jawab “Sebab ayah jahat..” Farreal tanya lagi pada dia, “kalau ayah tak jahat?” Butiran perbualan selepas tu agak samar. Bila dia keluar semula dia bagi alasan yang surat perintah mahkamah takda kat dia. Siap instruct polis suruh aku yang tunjuk surat tu. Polis cakap kat dia, aku dah tunjuk yang aku punya, dia nak tengok Fizzy punya.. (huh??!! Ape kejdah aku tulis ni. Lantak lah. Janji korang paham.)


Aku mintak polis tu pujuk dia supaya bagi aku tengok Farreal dan spend sedikit masa lagi dengan Farreal. Abang polis yang bernama Tuthi tu berjaya pujuk dia untuk bagi aku jumpa Farreal without a grill between us. Finally, dia setuju.


Setelah grill dibuka kuncinya, Farreal takut nak keluar. Dia setakat berdiri depan pintu pandang aku. Teragak-agak nak keluar atau tidak. Deep down inside dia tahu ayah dia macam mana orangnya tapi setelah di ‘brain wash’ oleh mama dia dalam 20 minit tadi tu, terus dia hesitate lebih kurang namun masih tersenyum malu memandang aku. Aku pujuk dia. Dia keluar sekejap salam, senyum, aku peluk dia, lepas tu dia masuk balik. Ye la mama dia pesan macam tu kan.. “Abang keluar jumpa ayah, jap lagi abang masuk balik.” Aku pujuk lagi.. tapi dia tetap teragak-agak. Azrul jenguk dan cuba pujuk dia keluar sekejap.. Dapat peluk dan gomoi dia betul-betul.. sembang dengan dia.. Ya Allah, dunia rasa bahagia, aman, takda perang, dan segala-galanya yang membahagia untuk 15 minit... Aku lah orang paling bersyukur.. Alhamdulillah.. Anak ayah dah ada dalam pelukan ayah despite of everything that is happening.


Lepas 15 minit bergomoi, peluk sakan, cium-cium, sembang sikit, Tanya perkembangan diri dia, (Walaupun Farreal baru 3 tahun lebih, lagi dua bulan 4 tahun, setiap jawapan dan kata-kata yang keluar dari mulut dia aku dengar sepatah demi sepatah) aku tahu aku perlu blah dari situ.


Masa Farreal dalam pelukan aku, aku tanya dia “Kenapa ues tak nak kat ayah tadi?” Farreal cakap, “Sebab ayah jahat. Polis nak datang tangkap ayah..” Aku terangkan pada Farreal, “Mana ada ayah jahat. Tengok mana ada polis tangkap ayah..” sambil aku juih mulut ke abang polis yang tengah hensem dan gagah berdiri sebelah kiri aku sambil memegang erat M16. Abang polis yang bernama Luwis tu sekadar pandang sambil tersenyum pada Farreal. Baru la Farreal loosen up sikit. Itu pun masih dalam kerisauan sebab kene racun dengan mama dia sebentar tadi. Takda perasaan malu dah pada abang-abang polis tu dalam diri aku.


Sebelum berpisah, kami bersalaman, peluk cium sebagai bekalan tah lagi berapa lama tak boleh jumpak lepas ni.. Aku suruh Farreal salam abang polis yang datang tu sekali.. Farreal menurut. Dia salam Tuthi & Luwis kemudian dia masuk semula ke dalam rumah. Aku, Azrul dan abang-abang polis tu turun bersama-sama. Hujan pulak lebat. Aku bersalaman dengan dorang dan ucapkan terima kasih sebab tanpa dorang aku mmg takkan dapat jumpa dan bergomoi sakan dengan anak aku.


Dear Farreal,


Bila awak dah besar nanti, awak boleh baca benda nih semua. Percayalah sayang... takde satu haripun ayah lupakan awak. Every single moment ayah ingatkan awak. Ayah rindukan awak... Ayah betul-betul kecewa dengan apa yang dah terjadi nih.. Ada jugak manusia yang seboleh-bolehnya mahu memisahkan kita... tapi deep down inside ayah tau, awak tetap ANAK AYAH.. Sejujur-jujurnya ayah rasa bangga bila masa awak berkeras ngan mama awak yang awak nak ikut ayah walau berkali-kali mama ugut nak kunci awak dok luar..Ya Allah, terharunya ayah sayang.... Awak tak fikir langsung kan pasal diri awak kena kunci kat luar? Asalkan awak dapat bersama ngan ayah kan? Bangga hati ayah nih nak...


Dear Farreal,


Kalau diikutkan, ayah pon boleh je guna kuasa veto ayah, suruh pilih antara ayah ke mama? Tapi ayah xnak buat benda bodoh tu semua. Bodoh jugaklah ayah kalau ayah buat benda yg sama.. Bagi tekanan kat anak ayah yang masih kecik. Awak perlukan ayah dan awak perlukan mama. Ini bukan pilihan. Ayah letakkan diri ayah in your shoe. Ayah taknak awak tertekan dengan masalah kami nih. Ni antara ayah ngan mama awak. Perasaan tak puas hati dan benci tu hanya ada dalam diri mama. Bukan dalam diri awak. Ayah taknak awak rasa beban seperti anak-anak kebanyakan orang lain yang ibu bapa dorg dah bercerai. Bukan ayah tak nak berbaik dengan mama. Tapi apa saja yang ayah buat, disalah ertikan. Mentang-mentanglah hak penjagaan sementara dapat kat mama awak, dia rasa awak tu milik dia sorang. MUNGKIN Mama ‘terlupa’ tanggungjawab dan amanat dia untuk tidak memutuskan hubungan ayah dengan awak walaupun kami dah takda ape-ape hubungan lagi. Namun, kami berdua tetap ayah dan mama awak. Itu je STATUS yang ayah dengan mama masih pegang. Yang awak layak terima.. Kasih seorang mak ayah yang sebenar dan juga masih hidup lagi nih.


Dear Farreal,


Selagi ayah masih hidup, ayah janji untuk meminimisekan kesan perpisahan antara ayah dengan mama terhadap awak. Itu janji ayah pada awak. Ayah akan buat yang terbaik untuk kepentingan awak. You are my PRIORITY. You deserve to be happy as you are without any interruption from what had happened. No forcing in choosing any sides. Ayah will do anything for you to make sure that you are going to live your life as a person you should be.



p/s: Ayah .. Nde... love you so much..

April 14, 2011

Satu Ratus Lima Belas Days

Dear Farreal...

Wahhh... hebat kan kita nih? Dah 115 hari dah xde khabar berita nih... wahhh..wahh wahh. Hebat-hebat... Kalau awak tanya apa perasaan ayah sekarg, mmg la satu soalan yg agak menyakitkan hati ayah... Of coz la ayah rindukan awak. Klu tak rindu, xde la sampai terbawak² dalam mimpi.. Sampai Nde pun naik pening tdo sebelah... kejap-kejap terjerit nama awak..

Mananya tak terjerit.. Dalam mimpi ayah tuh, ayah nmpak awak dah tinggi, besar... Rindunya kat awak toksah nak kata la kan.. Awak nmpak ayah dok kat seberang jalan, awak panggil, "Ayahhhhh!!" Terus awak berlari datang kat ayah. Time tuh plak keta tgah banyak... Maunya ayah x menjerit tengah² malam kalau dah mcm tuh? Aduhhhh... boleh sasau la ayah kalau berlarutan mcm nih..

Dear Farreal,

Seperti hari-hari lain, ayah kerap message ngan mama awk.. Still xde jawapan. Ayah harap sangat minggu nih ayah dapat jumpa awak. Harapan ayah memang mengunung ganang... Harap mama awak bertimbang rasa kali ni. Kalau boleh, ayah nak amik awak dalam seminggu. Nak bawak awak balik jumpa Syafriel Lagipun minggu depan ayah buat kenduri aqiqah untuk awak ngan Syafriel. Kalau ikut scara logik & atas sifat perikemanusiaan, mama pasti boleh bagi awak balik ke Kulim seminggu nih sempena kenduri Aqiqah awak ngan Syafriel.. Kita doakan ramai-ramai ye?

Semua orang kat sini rindukan awak. Bilik air dalam bilik awak pun ayah dah kasi cuci. Lagi 2 bulan genap la kan umur awak 4 tahun. Mesti tak pakai pampers lagi kan anak ayah nih...?Maka bila bilik air tu dah bersih, senang la awak nk membesiaq tengah² malam... ahaiii...=p

Dear Farreal,

Ayah harap awak tak lupakan ayah.
Ayah rindukan awak sangat-sangat.
Ayah rindu nak dengar awak nyanyi..
Ayah rindukan soalan-soalan awak yang banyakkkkk sangat- sangat tu...
I really-really miss our moment together..

p/s: Take care anak ayah... Be nice.. Ayah & Nde <3 Syamsoul Farreal Dubeus...

April 08, 2011

Vacation

Dear Farreal, wahhh... dah lama ek ayah x jumpa awak.. hurmmm... masuk hari nih dah 98 hari dah ayah xdengar suara awak... Tah apa la khabar anak ayah kat sana.. Ayah doakan awk sihat sejahtera & maintain cool as always hendaknya..

Dear Farreal,
Baru-baru nih ayah gi ke Bali, Indonesia.. Company bawak... Sempat jugak la ayah surfing bagai...ada la 3-4 kali ayah berjaya berdiri ataih board tuh. Khekhekhekhe... Hebat kan ayah awak nih? hahahha...

Ayah surf xlama pun. xsampai sejam.. Rushing sebab nak kejar masa. Ayah kena ada airport jam 1230pm.. Lagipun activity surfing nih xde pon dlm program company ayah... Pukul 630am after suboh ayah dah terpacak dah tepi Pantai Kuta tuh.. Punya semangat...khekehkhekhe...

Baru Ayah tau yang kat Pantai Bali nih ada jgak musim sampah... Setelah disoal selidik (cewah..mcm reporter kan ayah?) bulan doblas sampai bulan ampat nih sampah dari Tanah Jawa akan hanyut sampai ke Pantai Kuta nih. Maka, pagi tuh ramai le penduduk tempatan bergotong royong bersihkan pantai. Sampah tuh bukan plastk ke apa ke, just pokok, akar-akar kayu, bla..bla...bla.. Within 3 hours, semua dah clear dikerjakan penduduk tempatan. Every morning they repeat the same thing... Kagum kan? Lepaih dpt surfing xsampai sejam, ayah terpaksa stopkan activity yg berpaedah nih... Lengan sama kepak ayah sudah kremmmm... adehhhh... hahahha... Tu tak termasuk lagi tertelan ayaq laut.. Kalu ikutkan persembahan & gaya, mmg ayah rasa ayah menang... hahaha... A day before tuh ayah, uncle aca & uncle wan siap shopping sluaq surf, sliper, baju sume lah kat butik Quicksilver. Penampilan kena jaga, baru semangat tuh lain mcm sket... Sambil-sambil tuh servey gak la resort sama villa yg nice kat Bali tuh. Akhirnya ayah sudah terpukau dgn keindahan one of villa kat Seminyak... perghhh... Insyallah one day, ada rezeki lebey, diizinkan Allah, kita sekeluarga dtg bercuti kat sini. Bley kit ber'surfing' anak beranak... Awak ngan Nde pasti suka sebab dalam bilik villa tu sdiri ada swimming pool.. Masuk- masuk je villa tuh dah terbayang dah dalam kepala ayah, awak ngan nde dok lepak-lepak, mandi manda, terjun2 dalm swimming pool villa tuh... heheheh... sgt2 nice.. INSYALLAH one day ye sayang...?


Dear Farreal,
Maafkan ayah kalau awak rasa ayah tak amik berat pasal awak.
Maafkan ayah kalau awak rasa ayah tak call awak.
Maafkan ayah kalau awak rasa ayah tak amik pedulik pasal awak.
Maafkan ayah kalau awak rasa ayah xnak jumpa awk..
Farreal, ayah rindukan awak... Every single moment i'm thinking of u...


Dey FIZZY..
Aku tau kau akan baca bendalah nih semua.. Aku nak tau apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku laki bini? Apa salah aku & bini? Kenapa nak pisahkan aku dengan anak aku? Kenapa setiap msg aku ko tak reply? Kenapa call aku ko berangkat? Apa lagi yang kau mahukan? Apa salah anak aku? Kenapa kau nak pisahkan aku dengan dia? Aku masih AYAH dia... Pikirlah sikit pasal Farreal. Jangan la pikir pasal diri sendiri. Aku laki bini xde niat sekelumit pun nak menafikan & merampas hak ko sebagai MAK dia.. You are her MOM, so ACT like one... Sampai bila kita nak mcm nih? Kalau betul seperti yang kau kata, aku laki bini cuba nafikan hak ko sebagai MAK Farreal, buktikanlah... Jangan berbual seolah-olah kau tuh mangsa keadaan... Tolong la pikiaq guna otak kau yg dijangka/disyaki CERDIK tuh pikiaq sket pasal Farreal.. Pasal perasaan dia sama.. Anak aku tuh MANUSIA, ada hati dan perasaan...

Dey FIZZY..
Masa Farreal admitted kat KPJ seminggu sebab disyaki H1N1, ada aku xbagitau kau? Aku message then ko xreply. Aku siap call kau lagi bagitau perkembangan Farreal. Mcm tuh pun kau kata aku nafikan hak kau lagi? Tapi ada kau datang tengok dia admitted? Ada? That is your part. Takkan kau nak suruh aku jemput kau dari KL turun ke Penang bagi menunjukkan keikhlasan aku? haishhh...

Xpayah la kau nak tunding bini aku tu kata dia perampas ke apa ke. Apa yang dia rampas dari kau sebenaqnya? Dia rampas aku dari kau? hahahah.. This one MEMANG FUNNY... Rasanya xpayah la aku huraikan lebey lanjut pasai benda nih... Who are you to judge me & the life I live?I'm not perfect & don't claim to be, but before you point fingers, make sure ur hand are clean.. paham x? Ke nak aku translatekan ke Bahasa Melayu?


p/s: Ayah & Nde Syamsoul Farreal Dubeus..