Pages

October 25, 2011

Akibat Blackberry Hidupku Berubah

1. Naik kete asik kene hon, sampai disarankan pasang stiker di belakang kete "Harap Bersabar,BlackBerry User"

2. Mata jadi agak rabun.

3. Pening waktu tidur kerana menunggu pasangan chat sambil  di tangan.
4. Suka senyum² sendiri ,tak konsisten kerja. Bangun pagi, yang pertama dicari  dulu bukan yang lain
5. Jarang marah tapi sering dimarah org kerana diajak sembang tak nak menyahut
6. Kalo di tempat umum suka panik. Baterry nak kong!!!!!
7. Sering lupa tekan butang lift. Yg naik kdang² turun
8. Kalo dalam bank pakai no giliran, no. dipanggil di speaker tak dengar. Tapi kepala tengok screen BB, tak kisah ambek no. giliran lg....Tetap tenang.
9. Langganan majalah dan novel baru masih tersusun rapi tak terbaca pon.
10. Selalu tersandung batu sbb kalo jalan, mata tertuju kt screen .
12. Tangan semakin jarang berehat. Kalau tak chatting, msti ade je kt tangan! X sempat nk simpan dlm casing. Kalo boleh.. Nak kene jahit  dgn tgn tu.
13. Kalau tertinggal dompet tak panik,tp kalo tertinggal blackberry... Mcm nak kiamat bumi
14. Ditanya nombor IC, tapi dia sebut pin BB. Kalo nak tidur, ganti status ввм : "Tidur dulu ah"
15. Mengalami kematu di hujung jari. Lebih baik bayar bil tepon utk  daripada beli snek ringan.
16. Jiwa kacau kalau Track Pad sangkut. Pdhal nk cpt balas comment •̸Ϟ‎.
17. Doa cuma kejap je..kejap je dah "Aminnnnnn", tapi kalau  bole layan berjam², taubat woii.. taubattt
18. Kusyuk baca message ni sampai tak sedar kalau point No 11 tak ada sebenarnya!
19. Yahhh.. dia sibuk gerakkan cursor cari.
20. Kalau dh sedar senyum sorang²
21. Abis baca ni mesti fikir utk kirim ke org lain ‎​kan?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 21, 2011

Love ♡ vs Hate ★

Love me? Great.
Hate me? Even better.
Think I'm ugly? Get glasses.
Don't know me? Don't judge me.
Think you know me? You have no idea.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 20, 2011

Gaya Hidup Sihat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Dear Farreal,
Nampaknya activity swimming tiap² malam terpaksa direhatkan buat sementara waktu memandangkan la ni asyik hujan ja pada sebelah petang.. Opsss.. lupa plak nak bgtau awak. La ni Ayah telah berkecimpung dalam bidang renang kat Kulim Golf setelah melihatkan sendiri lemak² manja perot Ayah ni di dalam gambaq².

Dear Farreal,
Kemunculan secara mendadak lemak² manja kat perot Ayah ini mungkin disebabkan jarangnya Ayah bersukan. Lebih² lagi setelah ditransfer ke Penang pada tahun 2008. Bukan takdaq sukan yg company Ayah buat tapi memandangkan kerja Ayah yang tak menentu membataskan penglibatan Ayah utk bermain bola di petang hari.. Lagipun Ayah jugak mensyaki makanan dan lauk pauk cafe kat opis ayah itu menjadi salah satu penyumbang terbesar dalam pembikinan lemak manja perot Ayah ini.. Ditambah pula dengan kehadiran Nde sebagai housewife sepenuh masa, memantapkan lagi alasan kukuh makanan sedap sentiasa ada kat rumah.

Dear Farreal,
Pada awal pembabitan Ayah dalm acara pemboroian ini, Ayah tak begitu kisah tentang berat badan Ayah. Tapi setelah Ayah menyedari Ayah mula slow buat gheja, lemah dan malaih di waktu² dinihari, Ayah rasa ketidakselesaan dengan perubahan bentuk dan berat badan Ayah.. Maka dengan itu, disamping sokongan Nde, Ayah telah mendaftarkan diri Ayah sebagai pengunjung tetap swimming pool Kulim Golf & Country Resort.

Badan & kudrat ni nak guna lama. Kalau tak dijaga dari sekarang, apa la gamaknya yang akan jadi lagi 5-10 tahun yang akan datang. Bila badan ni naik, maka ia biasanya diiringi dan dipackagekan dengan pelbagai variasi penyakit.. Sebelum dipackagekan dengan penyakit² yang kelakar, better lah rasanya Ayah bersenam.

Perubahan pada bahagian dada kelihatan jelas setelah Ayah pergi meng"swimming"kan diri selama hampir setiap hari dalam masa seminggu lebih.. Setiap kali swimming, Nde slaku jurulatih tak bertauliah menyasarkan target sebanyak 15 laps dan seperti biasa, 15 laps tu penuh dengan penyeksaan lebih² lagi pool yang ada kat Kulim Golf ni standard Olympic.. Kalau setakat pool kat plaza tu, senang² je la 30 laps.. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ....

Dari apa yg Ayah perhatikan dalam acara bersenam ni, cara dan target hendaklah seiring bagi mandapatkan result yang dikehendaki. Seperti yang awak sedia maklum, setiap hari Ayah mensasarkan minimum 15 laps. Kalau setakat buat 5 laps, pastu stop.. Lambat la sket effect dia.. Jangan jadi mcm kawan Ayah. Tiap² hari datang swimming sekali tp stakat p berendam, pastu budget bley kuruih dan mantap mcm body BFF Ayah, Christiano Ronaldo. ƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ .. Mampuihhh...

Dear Farreal,
Setelah sesi renang direhatkan buat sementara waktu, Ayah telah kembali berkecimpung ke Gym setelah lebih setahun meninggalkan arena ini.. Ayah xde la beriya nak ber"gym" ni.. Saja dok teman kawan Ayah yg beriya sangat nak kuruihkan badan.. Menurut kata beliau, kadar metabolisma beliau sgt rendah. Jenuh ikat perot tak makan nasi. Asyik makan roti je tetiap hari. Tapi badan still naik.. Lain plak kes Ayah. Metabolisma Ayah sangat tinggi sehinggakan Ayah terpaksa makan ubat bagi menstabilkan kadar metabolisma ini.. Cissss.. Rasanya awak pun memiliki metabolisma badan sama mcm Ayah. Kalau tak, masakan 2 bungkuih nasi lemak time breakfast tak memberi apa² kesan kat berat badan awak.. Dalam erti kata mudahnya..
"Makan banyak pun, badan tak naik²"
Metabolisma badan juga merupakan salah satu punca awat badan susah nak naik @ susah nak turun..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 18, 2011

Hantu Togel


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'..

Dear Farreal..
Wahhh.. Encem plak la hai Ayah tgok anak Ayah ni togel kepala.. Kiyut je kan? Hahaha.. muka plak fresh je all the time.. Maka sehari suntuk berjalan² pun tak nampak kusut.. Sejujur²nya, Ayah mula menyenangi fesyen rambut baru awak ni.. Good decision my son. Well done.. Am proud of u.. =)

Dear Farreal,
Syukur ke hadrat ilahi & thanx to your mama sebab give us spend more than 2 days bulan ni.. Terubat la sket rindu Ayah & Nde kat awak..

اَلْحَمْدُلِلّهِ..

Dear Farreal,

Awak sedar tak awak dah makin tinggi sekarang? Wahhh.. Time awak tengah tidoq tu, Ayah saja ja dok perati awak. Terdetik kat hati Ayah, 'dah besaq panjang dah anak Ayah ni'.. Baru je 4 tahun tapi dah tinggi lebih dari pinggang Ayah.. No wonder la ramai orang ingat awak ni dah sekolah rendah... Hakikatnya awak still baby Ayah.. Tak dinafikan la sedikit sebanyak, awak matang dari kawan² yg sebaya ngan awak.. Kalau awak bebual ngan Ayah @ Nde pun dah nmpak kematangan awak tu.. =)

Dear Farreal,

Di usia awak begini, there's a lot of things yang awak nak belajaq. Maka setiap patah perkataan atau dengan ayat lebih mudahnya, 90% perkataan yang keluaq dari mulut awak ni berbentuk pertanyaan.. Semua benda awak nak amik tahu... Salah satu soalan maut yang ditanya awak dimana sampai sekarang Ayah tak boleh lupa, sewaktu kita sama² lalu depan Sunway Lagoon dan ternampak billboard "House of Horror"

Farreal : "Ayah, kenapa orang tu boleh jadi hantu Ayah?"

Ayah: "Sebab orang tu kena rasuk dengan Zombie..sebab tu dia jadi hantu.."

Farreal: "Kalau Zombie rasuk orang, orang jadi Hantu, abes tu sapa yg rasuk Zombie?"

Ayah: "Erkkkk??!!!"

Ahhhh.. sudahhhh.. Apa Ayah nak jawap ni...?

Out of a sudden, awak keluarkan gula² suggus dari mulut awak, letak atas tangan then awak cakap..

"Otakkkk... otaaakkkk..."

Sah! hat ni mesti penangan ceghita 'Zombie Kampung Pisang'

Demmittttt... Sapa² je la yang dok ngajaq anak Ayah ni tgok ceghita hantu ni.. No wonder la penakut skarang...

Pengajaran yang Ayah nampak kat sini, time² lagu ni la every single questions yang popped up dari awak, Ayah akan menjawap dengan cara ilmiah dan berdasarkan fakta..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 14, 2011

Misi Mencari Costume Ironman

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Dear Farreal, Tarikh awak bersunat pun dah dekat. Awak plak request pelik².. Nak costume Ironman.. haishhh.. Kalau awak kata nak costume Spiderman ke, Ben 10 ke, Superman ke, senang la sket gheja ayah ni..

Nak dijadikan cerita, costume Ironman sangat² payah nak dicari. Memandangkan cerita Ironman 2 dah lama ditayangkan di cinema, maka xdaq la promotion² yang melibatkan watak-watak dalam cerita Ironman tu lagi.. Tak salah ayah, citer Ironman 2 pun keluaq kat wayang tahun 2009. Awak plak baru merasai kehebatan Ironman tu setelah melihat sendiri cerita tu kat umah kita baru² ni..

Sehari suntuk kita kat Midvalley hari ni semata² nak cari costume sama mask Ironman idaman awak tu.. Natijahnya, kaki awak dah melecet² sbb berjalan terlalu lama dan bahananya plak, ayah terpaksa mendukung awak yang gagah lagi perkasa tu sepanjang kita menservey costume idaman awak ni... hahahah... Padan dengan muka Ayah... =p

Pengajaran yang dapat kita lihat disini ialah bila dah ada anak, lebih² lagi kalau anak emas tu, jgn la gatai² tayang citer-citer adiwira yg dah lama xde promosi. Kelak akan memakan diri sebab every single minute anak2 akan merungut dan merengek² gedik suruh cari jgak costume yg amat rare di pasaran Malaysia ni.. Kalau dia nak topeng Transformers kan ke baguih.. Belambak-lambak je kat Toy 'r' Us tu...


Adehhhh... tolongggg... tolongggg... Mana mau cari costume Ironman niiihhh??
Harap², Ayah jumpa jgaklah costume sama topeng full face Ironman awak ni sebelum awak bersunat nanti...

.انشـــــاء الله ..

Doakan kejayaan Ayah..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ...

P/s: I'll do anything for you..anything you ask me too...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 12, 2011

Berbakti Pada Tanah


Dear Farreal,
Semenjak digelakkan oleh tuan punya kedai kat depan tu,Ayah teruih bernekad nak bercucuk tanam,ada ka patut dia gelakkan Ayah sebab Ayah nak beli daun Pandan sama daun Cenohom..? Demmmm..

Hahaha..mana la Ayah nak tau,kedai-kedai runcit kat kawasan umah kita ni jarang juai daun² kampung lagu tu..no wonder la kebanyakan dari jiran² kita ada tanam pokok pandan..

"Tokey,daun pandan ada ka tokey?"

"Hahaha,xda juai ma,lu kalau mau,lu pegi petik ja belakang rumah wa tu,free of charge.."

Memang la tak dinafikan,belambak-lambak pokok pandan sekitar umah kita ni,tapi takkan la Ayah nak simply pi petik je,haiyaaa...mesti ada orang tanam punya..HARAM kalau diambik..

Bertuahnya duduk kat kawasan perdalaman ni ialah,everytime musim buah²an,jiran-jiran kalau pi kebun depa pasti bawak balik sebemban buah-buahan kasi kat kita,macam last time musim durian,sebakul Uncle Nathan kasi durian,kalau musim rambutan,seplastik besaq Pakcik Man sebelah umah ni bagi..heheheh.. Murah rezeki kita nak,dok kat kawasan sub urban ni.. Dek sebab malu,xbagi apa²,kalau Ayah singgah pi Kebun Bubu tu,Ayah bawak le balik cempedak..kasi kat depa sama..kadang² sampai busuk cempedak-cempedak kat kebun Yayah tu,xde sapa pun yg nk p amik makan..tu la yang bestnya dok kampung ni..hasil-hasil kampung senang dapat,penah lastime masa musim rambutan,durian atau cempedak,semua buah-buah ni dijuai RM0.50 sekilo..? mana nak dapekkkk kat bandar tuuuu? Itu pun xlaku jugak disebabkan penawaran melebihi pemintaan..

Tapi tu la,bila dah dok kawasan sub urban ni,kedai-kedai runcit jarang nak juai daun-daun yang biasa dijual kat kawasan bandar tu..contohnya macam daun cenohom (kesom), daun pandan & daun kunyit..

Maka,berbekalkan tanah sekangkang kuceng blakang umah kita,Ayah mula menceburi bidang pertanian,dari dok main Farmville kat fesbuk tu,ayah try la tanam Pokok Cabai, Pokok Kunyit, Pokok Selasih, Pokok Cenohom, Pokok Pandan, Pokok Lengkuas, Pokok Kari & Pokok Serai..lepaih ni,xpayah la susah² nak mengagau mencari daum cenohom kalau nak buat laksa ke,asam pedas ke..

Penah last time,Ayah ngan Nde terpaksa mencari daun cenohom sampai ke Pekan Padang Serai tu semata-mata nak cukupkan rencah buat Asam Pedaih,tu pun takdaq!? Haishhh..kecewa sungguh..last² Ayah call Bubu suh bawakkan benih pokok² yang Ayah kata tadi tu la..tanam belakang umah..settle problem..

Nak dijadikan cerita,bukan senang la hai nak menanam pokok ni,lebih² lagi kalau kita transferkan pokok dari pasu pastu tanam kat tanah,kalau tak kena gaya, a week after that,pokok yang ditanam pon mampuih,siram tiap² hari pun xdaq guna..

Maka, setelah gagal dalam percubaan menjadi petani past few month ago,berbekalkan pengalaman dan sedikit research tentang cara penanaman pokok,project pertanian Ayah ni nampak macam berjaya,dah hampir sebulan Ayah tanam,namun tanda² pokok-pokok tu nak mampuih tidak kelihatan...mwaghahahha.. BRAVO!?

Bila dah tanam pokok² kat blakang rumah tu,membuatkan Ayah berpikiaq banyak kali nak simen blakang umah tu..rasa sayang plak..kang kalau simen,dah boleh bercucuk tanam lagi..klu tak simen,pun mcm xkena gak,ingat mcm nak tambah blakang umah tu,besaqkan dapoq sket.. Xde la semak sgt dapoq Nde awak ni,kat situ la dapoq, kat situ la nak washer machine,kat situ la rak pinggan mangkuk,peti ais, kuali..haishh... Dapoq dah la kecik..semua dok situ..semak..semak..


Maka,telah menjadi rutin harian Ayah,tiap kali sebelum & selepaih kerja,Ayah siram la la pokok kebanggaan Ayah ni,sambil menyanyi lagu "Suri ram ram, suri ram ram..suri rammmm yang manissss.." Bagi lebih menjiwai proses penanaman ni..
Nde dok gelak²kan Ayah je kata ni beriya sangat,macam kebun besaq..padahai mwaghahah..awak pun tau la kan blakang umah kita tu besaq mana sangat...at least takde la sangkakkkkk sangat...heheheh..


P/s: Bila awak balik sini,kita p tebaih kebun Yayah tu tau..cian Yayah dok menebas sensorang..lepaih menebaih,kita p terjun Sungai Ulu Paip tu..awak memang hantu air, Ayah tauuuuuuu...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Masalah Meniduri

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'

Aduhh.. duh.. duh... pnyakit susah nak tdoq ni datang melanda lagi.. Jeles tgok Nde yg dh bersulam suli berdengkur.. dari bunyik motor Demak CX90 awak sampai kluar bunyik Honda Shadow Yayah kedengaran..

Ntah apa yang Ayah pikiaqkan pun Ayah kurang pasti. Mungkin pasai gheja sket, pasai awak, pasai planning masa depan.. dok bercampoq² dlm kepala genius Ayah ni..

Slalunya salah satu cara Ayah nak kasi tdoq bila masa kepala hotak ni dok bergiat cergas ialah dengan cara ayah bermain henpon takpun main laptop.. Layannnnkan je sebab bila dilalaikan dengan benda² lagha lagu ni, ayah takdaq la fokus sangat benda² yang bermain dlm kepala ni..


Time memula dulu, Nde ada gak bising sebab Ayah asyik men henpon je sebelum tdoq. Abeh tu nak wat camana. Tdoq ni mana bley dipaksa² (bagi ayahlah). Dia kena tunggu feel tu mai, baru sedap tdoq.. Lama kelamaan Nde pun dh makin paham..

Sebab tu la kot time belajaq dulu, buku study adalah ubat yang paling mujarab bagi Ayah tdoq. Tak sampai setengah jam bukak buku, Ayah dah slamat sampai ke 'destinasi'.. Lebih² lagi kalau Ayah dok membaca ataih katil.. berdesup² setan dok ataih mata ni kasi pejam..

Banyak benda yang Ayah pikiaqkan sebenaqnya.. Selalunya pasai perkara² yang melibatkan awak & masa depan.. Kekadang tu, berangan pun kuat jgak.. Baguih berangan ni sebenaqnya. Bila Ayah berangan, I'll do wuteva it takes to make sure angan² tu jadi kenyataan.. Walaupun digelar angan-angan tapi angan-angan Ayah masih berpijak di ataih bumi yang nyata.. Angan-angan bagi ayah tu lebih kurang macam personal target la.. Target tu biaq realistik sket.. Contoh target yang tak realistik tu mcm nak ajak Megan Fox kluaq p tgok wayang.. hat tu digelar angan² mat jenin moden.. hahahaha..


Lately ni, angan-angan ayah asyik menerjah nak p buat Umrah..
Hurmmm...

Harap² angan-angan ayah tuh jadik la kenyataan..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wayang Lebih ★

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ'...

Sampai bila sandiwara dan janji² manis perlu ditaburkan, semata² hanya untuk hebat dan baik di mata masyarakat & untuk kepentingan peribadi kau sendiri...?

Aku dah muak dengan orang² yang bermuka-muka ni.. Depan pijak semut pun tak mati,blakang kita segala mak nenek cerita dijaja, dibuat cerita.. Apakah motif kejadahnya semua ini? Apa yang dimahukan lagi?

Untuk menjaga periok nasi sendiri, habis ditaburnya pasir di periok nasi orang lain? Mana letakkan akal fikiranmu? Bertunggang langgang mengadap tuhan sedangan hatimu itu umpama syaitan? Sesuka hati menilai orang tanpa usul periksa.. Tak guna semua tu kalau perutmu busuk umpama bangkai..

Kalau ada benarnya aku buat salah.. buktikan.. Jangan berbual seolah² kau tu malaikat.. Negara berkembang pesat. Segala benda kalau bercakap berdasarkan fakta, bukanya auta atau gerak rasa hati..

Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku.. Jangan masuk campur urusan aku. Aku dah bosan.. Bosan dengan permainan yang kau mainkan sekarang.. Masyarakat ada mata, ada otak utk menilai.... Wayang yang dimainkan membuatkan orang makin menyampah..

Aku bukan marah, cuma dah naik muak dengan wayang yang kau mainkan.. Apa saja tohmahan kau tetap akan sampai ke telinga aku.. Aku cuma tak paham, apa yg kau nak kan?

Simpati?

Nama?

Sokongan?

Yang pastinya aku masih mencari² agenda tersembunyi kau tu.. Tak cukup ke apa yang dapat & ada selama ini?

Tak reti bersyukur eh?

Hentikan saja janji² manis.. Aku dah muak.. mual.. geli.. Bahkan jelik mendengar setiap kata² manis yang kluar dari mulot bangkaimu itu.. Jangan berjanji kalau tak pasti..

Sedikit demi sedikit, nilai hormatku terhadapmu makin luntur... Jangan sampai terus hilang..

Semoga perkara ni tak berterusan..

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ ..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

October 10, 2011

Terjahan Kerinduan

Jemmmm... memang jem.. This past few days nih, feeling rindukan Farreal kuat menerjah diri ini.. nak-nak lepaih jumpa anak-anak kengkawan yang mai umah, especially Noah.. dengan gaya, lenggok & cara bermanja saling tak tumpah mcm Farreal time Farreal sebaya Noah, 2 tahun..

Maka natijahnya, abeh kesemua gambaq-gambaq sama video-video kenangan awak, ayah layan satu persatu... hurmmm... tak puas rasanya.. adehh.. jemmm.. jemmm...
Perbualan dengan Farreal sekarang nih pun lebih puas.. dah nmpak dah anak ayah nih dah besaq.. matang dari usia sebenar... Rasa baru semlam je Ayah azankan awak.. kejap je dah 4 tahun... Tahun depan dah masuk tadika betoi-betoi.. La nih still tadika memain.. Harap awak tak cepat bosan belajar memandangkan awak dah pi tadika since umoq 3 tahun lagi...

Ayah tengah dok menghitung hari nih,tak sabaq rasanya tunggu bulan sebelas nih, p amik awak balik sini, sunatkan awak...


















Erkkk??!! bila cakap pasai sunat nih, awak punya request nak topeng Iron Man sama baju Iron Man masih gagal ayah jumpa.. Harap-harap ada la kat Toy 'r' Us kat Kolompo nun... Beskal hat kaler merah Ayah dah jumpa.. Katanya nak pakai suit Iron Man sambil bawak basikal keliling taman... hahaha.. Hebat tul imaginasi anak Ayah nih... takpe... nanti kita cari topeng Ironman tu sampai jumpa eh?dah dapat beskal sama suit Iron Man tu nanti, blajaq sama ngaji jangan malas plak..

October 07, 2011

Cabai Mulut Tue Kang


"Tennnndangggg kangggg... bodoh!"


Terkasima Ayah awak kata macam tu. Ikut zaman Ayah kalau cakap macam tu, memang Bubu dah hadiahkan ayah cili padi cicah penampaq padu kat mulut ayah nih... Pantang betul Bubu kalau dengar bebudak mencarut. Lebih-lebih lagi kalau dengan orang yang lagi tua..


Ayah terdiam...
Tak tau nak kata apa. Ayah terus terpikiaq kat mana anak Ayah belajaq bercakap mcm tu.. Nasib baik la dalam phone. Kalau awak depan mata Ayah, memang dah jadi citer lain.. Kemungkinana besaq awak kena grounded dlm bilik amat tinggi possibility-nya... Setahu Ayah, tak penah la lagi ayah dok berkata sedemikian rupa lebih lebih lagi kalau depan awak..


Memang tak dinafikan, hati Ayah nih terhiris la bila anak ayah kata mcm tu kat Ayah sebab I would never expected anak ayah akan keluarkan kata-kata mcm tuh..
Mana awak belajar nih sayang?


Mungkin jugak pergaulan awak kat Tadika menyebabkan awak belajar new thing... Ayah perhatikan je dari jauh. Dulu kalau awak bersembang ngan Afrina, Aqilah atau Abg Aqil, awak akan bahasakan diri awak "Kite". Tapi lately nih, awak dah bahasakan diri awak "Aku"... Wowwww.. kalau gini lah gayanya, Ayah rasa better tak payah g tadika. Bukan lebih mendisplinkan diri, lagi teruk je ayah tengok.. Kata dihantar tadika PASTI.. PAS punya.. Tak nampak pun apa yang PASTInya tu... Makin hampPAS lagi je ayah tengok? Sia-sia masuk tadika dari umoq 3 tahun... hurmmm... correct me if i'm wrong..


Akhirnya sedikit demi sedikit mimpi ngeri ayah dah macam nak jdi kenyataan bila awak dah pandai memberontak, nak buat benda-benda ikut kepala awak sendiri.. Last time ayah bawak awak pi potong rmbut, seboleh-boleh awak nak botak. Bukan ayah tak bagi botak tapi ayah x ske tengok budak-budak kecik botak.. Tak reti Ayah nak terangkan mcmana. Ayah cuma bley bagitau, ayah tak suka budak-budak botak. Ayah tak boleh tengok. Ayah sedih.. Last-last, ayah cakap awak boleh botak sekiranya awak dah ada Janggut @ Misai.. Baru kacak..


Point yang ayah nak cakap bukan pasai rambut botak tuh. That's not the point. Point dia ialah semenjak dua menjak nih, awak dah pandai buat decision sendiri.. Dah tau apa yang awak nak.. Alhamdullilah.. that is a good thing.. Yang menjadi masalahnya sekarang ialah, awak masih tak nampak circumstances dari apa yang awak decide tu.. So, part untuk menerangkan bahana-bahana yang bakal terjadi setelah decision dibuat tu, offcourse.. Ayah lah...


Yesss... Ayah tau dan Ayah jugak sedar, Ayah tak boleh sangat tell you what you should do & what you shouldn't do ALL THE TIME. Ayah harapkan segala mistake yang awak buat membuatkan awak lebih matang.. Lebih banyak mistake yang kita buat dalam hidup, lebih banyak pengajaran yang kita dapat belajar... but at the same time, Ayah nak awak berpuas hati dengan decision yng awk buat...


Ohh buah hati Ayah...
Seperti kata pepatah... Bayi tu umpama kain putih. Adalah menjadi tanggungjawap ibu dan bapa mencorakkannya.. Maka, dalam kes awak nih special sket.. Awak ada Ayah, Nde, Mama & Baba yang sedang bertungkus lumus mencorakkan awak menjdi manusia yang berguna kepada AGAMA, bangsa & negara.. Yang mana ajaran yang eloq tuh, ikut lah.. Yang mana kalau agak-agak songsang tu, jgn la gatai-gatai nak ikut...